Channel ilmu emas Jennyfine
346 subscribers
11.2K photos
650 videos
9 files
4.07K links
Update info emas
Download Telegram
#TabungSimpanan

Saya suka semangat cikgu cantik ini, sejak zaman belajar dia dah ada impian yang baik dan betul.

Jangan pedulikan pandangan orang lain, utamakan matlamat kewangan kita.

Hanya kita yang tahu apa yang kita ingin capai.

kredit Tuan Azizul Azli Ahmad
#TabungSimpanan

BANYAK MANA SIMPANAN KITA?

1. Sudah 6 tahun saya menulis di fb secara aktif. Tema saya adalah #Tabung.

2. Saya beri pelbagai kaedah menabung dan buat simpanan buat kengkawan semua. Ianya percuma.

3. Penuhkan tabung kecemasan ini sebelum nak buat apa apa dengan gaji kita.

Simpanan sebaiknya antara 3 - 6 bulan gaji. Zaman pandemik ada 12 bulan lebih selamat.

4. Ramai penjawat awam yang hadir seminar saya tiada simpanan kecemasan ini, kerana mereka yakin gaji 'pasti' ada bulan depan.

5. Buatlah Tabung Bewarna, Potongan Tetap, Rompak Dompet Sendiri, Lantik Isteri Jadi Gabenor Bank, Simpan dan Lupakan dan banyak lagi boleh baca percuma di fb ini.

6. Jika kita kelompok yang 6% ini, bersedialah untuk hidup senang, kaya, kacak, seksi dan beriman berbanding golongan 94% itu!

Kawan kawan,

Ada yang sedang menabung dengan sangat kuat, agar boleh hidup bersama lebih lama.

Ada yang sedang menghabiskan wang untuk kebersamaan yang sementara.

Jika anda gagal menyimpan, saya gagal menulis sebenarnya!

Belum ada simpanan emas?
Daftar sini : https://boards.com/a/fQ0du.VRM9Sb

Kredit Tn.Azizul Azli Ahmad
Menabunglah Demi Masa Depan
#TabungSimpanan

SINKING FUND 2025

Jika tahun depan kita tak nak gelabah lagi bab sekolah anak, puasa dan raya.

Jom mulakan menabung bulan depan.

Kita ada baki lagi 10 bulan lagi.

Katakan kita perlukan RM3000 nanti. Maka, kita hanya perlu menyimpan RM300 sebulan.

Kita suami yang kacak macam gorila simpan RM200, isteri jelita simpan RM100 sebulan.

Jika kita rasa tak mampu, minta isteri yang lawa macam Nora Danish tu simpan RM250, kita bantu sumbangkan RM50.

"Tak adillah macam nie bang, asik saya jer kena bagi banyak sumbangan". Kata sang isteri yang kita bagi nafkah tiap bulan.

Maka tukar sedikit, kita sumbang RM299 dan dia sumbangkan RM1 sebulan.

"Alah RM1 pun abang nak berkira dengan saya ya".

Dah simpan jer lah RM300 sebulan bang, senang.

Kawan kawan,

Mulakan mulai besok. Jadilah orang bijak kewangan. Simpan untuk tahun depan sekolah, ramadan dan raya nanti.

Jangan gaduh dengan isteri, kita tak akan menang. Menyimpanlah.

Kredit Encik Azizul Azli Ahmad