Channel ilmu emas Jennyfine
345 subscribers
11.2K photos
651 videos
9 files
4.08K links
Update info emas
Download Telegram
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

CreditedAzizul Azli Ahmad
#TabungEmas

"Boleh jual atau pajak tak sini encik". Tanya gadis manis tadi.

"Tak boleh Cik, Cik kena ke Ahrahnu atau Pejabat pos". Jawab kakitangan Bank Islam tadi.

Saya perhati sahaja, wajahnya gelisah.

"Jauh tak dari sini nak ke tempat tu encik". Soalnya lagi.

"Jauh juga, dalam 30-40 minit perjalanan". Saya cuba membantu.

Dia terus duduk dikerusi sebelah saya. Dia kelihatan gelabah.

"Banyak beli emas nie dik"? Soal saya cuba selidik.

"Ada sikit jer encik, tapi saya nak pakai duit". Dia kelihatan semakin tertekan.

Dia bangun perlahan lahan dan hilang diantara manusia lain yang sedang masuk kedalam bank.

Adik adik,

Emas sifatnya adalah Penyimpan Nilai.

Pada saya emas bukanya PELABURAN tetapi adalah SIMPANAN.

Tetapi ada yang menyatakan emas sebagai pelaburan, itu pandangan masing masing.

Emas tidak membuat kekayaan kita berkembang, tetapi boleh selamatkan kekayaan kita jika ekonomi dan politik tidak stabil.

Sebelum nak simpan emas, kita perlu ada simpanan kecemasan 3-6 bulan dulu. Jangan simpan dana kecemasan dalam bentuk emas. Jangan!

Emas tidak rugi, selagi kita tidak menjual, ia tetap pada nilainya.

Jangan juga dengar nasihat,

"Oh nanti bila sesak sesak boleh letak di Ahrahnu jika nak pakai duit".

Itu nasihat sonsang sebenarnya.

Saya ada tulis di channel Telegram kadar faedah yang luarbiasa tinggi Ahrahnu kenakan.

Jika kita pajak di Ahrahnu emas kita, rekod kewangan kita juga jadi tak cantik untuk mohon beli sebuah rumah nanti.

Simpan kekayaan kita hanya 10%-30% dalam bentuk emas, jangan berlebihan dari itu.

Bagi pelajar, saya tak galakkan simpan emas dulu waktu belajar.

Bila mereka 'sesak' dan perlukan duit, Ahrahnu hanya beri 'pinjam' 70% dari nilai asal.

Sedangkan kadar faedah dikenakan dari nilai 100% emas tersebut. Tak ker hebat modul perniagaannya.

Memadai simpan di ASB dan Tabung Haji sahaja dulu zaman belajar ini.

Memang seronok dengar cerita orang, tetapi ia tak sama dengan masalah kita.

Adik tadi angguk angguk faham, apatah lagi jenama emas yang dia bawa tadi tak pernah saya dengar namanya.

Waktu dia berlalu pergi, ada sesalan diwajahnya. Moga dia belajar sesuatu hari ini.

Bagaimana jika dia ditipu dan terbeli emas palsu?. Dia belum ada ilmu.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

Dalam pelaburan hartanah golongan ini juga ada.

"Beli rumah banyak banyak, sebab itu rumah tak cukup dan mahal".

"Asik suruh orang beli emas, habis nak makan apa?"

Ada orang,

apa yang dia lihat akan ditafsir berdasarkan tahap pemikiran semasa dia sahaja.

"Asik tunjuk emas jer, menunjuklah tu. Ingat semua orang kaya ka?"

"Bagus juga emas nie untuk simpanan bagi anak isteri bila tak ada nanti".

Ia bergantung tahap kefahaman kita bab kewangan dan aset. Sebab itu lahir perkaraan 'Bodahlah awak ini' pada akhir status ini.

Kawan kawan yang baik.

1. Jangan simpan emas dengan duit keperluan harian kita. Duit gaji untuk belanja dapur jangan guna beli emas.

2. Fahami tujuan kita simpan emas, simpan untuk kahwin, untuk bersara, untuk hadiah pada isteri bila tiada nanti, untuk beli tanah, beli rumah, simpanan perniagaan, untuk menjaga nilai wang dari ditelan inflasi ada macam macam tujuan.

3. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika ada impian beli telur masin, bawang dan beras jangan simpan emas dulu. Simpanan emas yang baik 5 tahun dan kedepan.

4. Penjual emas juga, jangan persenda orang yang tak beli emas sebagai tidak bijak. Itu tidak adil, kefahaman kewangan tiap orang berbeza. Bersyukurlah jika ada kesedaran awal. Sama seperti menabung, tak semua orang rasa menabung itu wajib.

5. Jika belum ada duit lebih, jangan menyimpan emas. Nanti kita canang satu dunia emas ini rugi sebab beli semalam nak jual hari ini.

6. Jangan juga tunggu duit lebih baru beli, adakala duit selagi tidak dipaksa menyimpan. Ia tak akan lebih, maklumlah nafsu kita dan kuda sama sama naik bila jualan bonanza merdeka!

Bagi pendidikan kewangan, jangan putus asas. Menyimpanlah dan jaga keluarga kita.

Kredit Azizul Azli Ahmad
Tips Pelaburan Emas yang Simple Tapi Power
.
"𝗕𝘂𝘆 𝗴𝗼𝗹𝗱 𝗮𝗻𝗱 𝘄𝗮𝗶𝘁, 𝗻𝗼𝘁 𝘄𝗮𝗶𝘁 𝘁𝗼 𝗯𝘂𝘆 𝗴𝗼𝗹𝗱"
.
"𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂...𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗹𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶"
.
Sebab:
.
Bila ada gram dalam simpanan, barulah kenaikan harga emas menguntungkan anda
.
Bila asyik tengok sahaja harga emas tapi takde gram dalam simpanan, maka untung = kosong

#TabungEmas
#TabungEmas

SIMPAN EMAS ATAU BMW

Secara purata dalam tempoh 10 tahun emas meningkat nilai sebanyak 16.2% setahun.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik, emas tidak beri pulangan dividen.

Cuma simpan emas 999 nie tak boleh bergaya macam BMW, orang beli emas simpan dalam peti besi.

Beli BMW boleh bawa kemana mana dan boleh dapat pujian percuma.

Beli emas orang tak tahu kita kaya, emas hanya menyimpan kekayaan kita.

Belajarlah simpan emas, jangan simpan dendam.

Belajar simpan emas disini ya :

https://boards.com/a/fQ0du.VRM9S

Penulisan Kredit : Tn.Azizul Azli
Gambar kredit: Tn.Razzaaq Ajaq
#TabungEmas

KELEBIHAN EMAS

Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.

Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.

Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit  habis semua digunakan, nafsu menguasai diri untuk membeli pelbagai jenis barang.

Sebab apa? Sebab kita kaya. Huhuh

Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.

Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.

Selebihnya, bolehla simpan dalam tabung haji atau ASB.
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS

Ungkapan "Simpan emas, jangan sampai lemas" biasanya digunakan sebagai nasihat untuk berhati-hati ketika melabur dalam emas.

Ada beberapa makna yang boleh diambil dari ungkapan ini:

1. Pelaburan Berhemah:

Emas adalah aset yang sering dianggap selamat, tetapi seperti semua pelaburan, ia datang dengan risiko.

Ungkapan ini menasihatkan orang supaya tidak melabur dalam emas sehingga mengabaikan aspek kewangan lain yang penting, seperti kecairan tunai atau kepelbagaian pelaburan.

2. Jangan Berlebihan:

Walaupun emas boleh menjadi pelindung nilai yang baik, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada risiko jika terlalu banyak modal dihabiskan untuk emas sahaja.

Ini boleh menyebabkan masalah kewangan jika ada keperluan mendesak yang tidak dapat dipenuhi kerana aset berada dalam bentuk emas yang kurang cair.

3. Pengurusan Risiko:

Pelabur dinasihatkan untuk memastikan mereka tidak menjadi 'lemas' dengan hutang atau komitmen kewangan lain hanya kerana terlalu banyak membeli emas.

Penting untuk menyeimbangkan antara pelaburan dan keperluan hidup harian.

Kawan kawan,

Secara ringkas, ungkapan ini memberi amaran kepada orang ramai agar bijak dan seimbang dalam pelaburan emas, supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan di masa hadapan.

Kredit: Azizul Azli Ahmad
Simpanlah Emas#TabungEmas

Simpanlah Emas