Channel ilmu emas Jennyfine
346 subscribers
11.2K photos
650 videos
9 files
4.08K links
Update info emas
Download Telegram
#TabungDuit

KITA TAK BOLEH KAWAL BANK?

1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.

2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.

3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.

4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.

5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.

6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.

Kawan kawan,

Mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja.

Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita.

Kredit Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

11 TABIAT HABISKAN WANG

1. Kopi bukan jadi keperluan, akhirnya ia jadi satu budaya hidup manusia. Kopi mesti mahal baru 'terasa' nikmatnya. Minum kopi murah, malu kita nak cerita disosial media.

2. Kad Kredit adalah duit masa depan kita, duit tak dapat lagi kita dah guna. "Dapat gaji nanti bayarlah apa susah". Pastikan kita ada disiplin kewangan yang baik baru guna, kadar faedah kad kenakan 15%-18% sahaja woi!

3. Hiburan tak semestinya perlu bayar dan mahal. Ada banyak hiburan baik yang murah untuk kita nikmati selain tonton wayang sepanjang masa.

4. Merokok terbukti banyak habis duit, "Abang tak merokok, banyak ker harta abang ada?", "Banyak dik, abang nak sebut pun kadang kadang lupa, itu sebab abang tak pernah merokok dik"

5. Bangsa lain cukup rajin bawa botol air kemana mana, ia satu budaya kesihatan dan kewangan yang baik.

kawan kawan,

yang lain tambah sendiri ya,

nak hantar anak kesekolah dah nie.

Jaga duit masing masing moga berjaya.

Azizul Azli Ahmad

8 TANDA KEWANGAN KITA SIHAT

Jalani sahaja hidup ini dengan baik,

Jika kita bersedia dari segi kewangan tiada apa yang perlu kita bimbingkan tahun depan kawan.

#AAA
#TabungDuit

BUAT APA BILA DUIT MELEMAH?

Bila duit kita semakin melemah, jangan merungut sahaja. Ia tak guna.

Selain ringgit matawang negara jiran juga ada yang melemah.

Apa kita boleh mula buat?

Belajar simpan duit kita dalam bentuk emas. Sifat emas itu universal.

Jika dolar mengukuh, harga emas akan mula menurun biasanya.

Jadi,

Jika ada duit lebih, dan rancang untuk takkan guna dalam 2-3 tahun kedepan. Saya galakkan simpanlah emas.

Hari ini 13 Julai 2023

0.5 gram emas = RM205
1 gram emas = RM316
10 gram emas = RM3,160
20 gram emas = RM6,306
50 gram emas = RM15,690
100 gram emas = RM31,239

1/4 dinar = RM405
1/2 dinar = RM790
1 dinar = RM1,343
5 dinar = RM6,716
10 dinar = RM13,431

Kawan kawan,

Merungut dan salahkan kerajaan tak ubah apa apa pun macam semalam.

Harga tetap sama, yang boleh kita lakukan buat simpanan buat siri dan keluarga kita.

Belajar menyimpan emas buat masa depan, bahaya simpan emas bila sekali beli ketagih nak beli dan simpan lagi.

Kredit nota: Tuan Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

FINANCIAL INDEPENDENCE ITU?

Bila kita tidak lagi bergantung hidup pada sesiapa .

Kita boleh uruskan duit dengan sendiri dan bersedia dengan semua risiko hidup.

Banyakan rasa bersyukur dengan apa adanya hari ini.

Jangan terlalu melihat kelangit, tetapi menunduklah agar kita rendah diri.

Jangan irihati dan cemburu akan kejayaan rakan sekolah kita, ia membuatkan kita kurang bersyukur dengan suami kita yang kacak macam gorila kebun bunga.

Kredit : Dr. Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

PERATURAN TENTANG DUIT

Hidup ini agar tak susah, ikut peraturan.

Jika dapat bina peraturan hidup sendiri agar kita tak susah.

Bila ada keluarga, bina peraturan keluarga juga agar semua tak sengsara.

1. Jangan belanja lebih dari apa kita dapat. Guna formula 50/30/20.

2. Jangan berhutang untuk kagumkan orang. "Ish malulah bawak kereta kecik, kau tu pegawai".

3. Melabur dan faham bagaimana duit dijana. Fahami ini, "Pelaburan bodoh hanya untuk orang yang bodoh".

4. Jangan buang duit beli aset yang susut nilai. Fahami, apa aset dan liabiliti dulu. Jika kita faham, hidup kita akan tenang.

Kawan kawan,

Bina peraturan hidup dan nikmati hidup.

"Tak enjoy la bang, muda muda hidup banyak peraturan".

"Banyak peraturanlah hidup kita lebih enjoy sepanjang zaman".

Kredit Tn.Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

Hasutan Syaiton.

Duit selalu habis nie bukan salah kita, syaiton yang salah.

Kalau selalu hilang, toyol yang salah.

Jika kuat makan, hantu raya yang salah.

Jika makan tak henti henti, saka yang salah.

Jika duit selalu jatuh, pocong yang salah sebab kuat melompat.

Jika duit selalu terbang, langsuir yang bersalah.

Jika tak ada duit boleh gelak ketawa, Pontianak yang salah.

Moga kita selalu berduit, agar tiada siapa yang salah

Kredit Tn.Azizul Azli
#TabungDuit

BAGAIMANA MEKANISME CUCI DUIT?

1. Mencuci duit merupakan aktiviti menyembunyikan atau menyamar wang yang diperolehi dari sumber haram atau jahat.

Ia bertujuan menyucikan duit haram agar menjadi duit 'sah' disisi undang undang.

2. Istilah ini kali pertama muncul pada tahun 1920 an di Amerika. Waktu itu banyak mafia mendapat duit dari aktiviti dadah, pelacuran, ugutan, pelacuran.

3. Wang ini tidak boleh sewenangnya dimasukkan kedalam bank kerana akan mencurigakan pemerintah dan pihak bank sumber duit itu.

4. Usaha yang paling terkenal pada waktu itu adalah kedai dobi pakaian. Maka istilah 'money laundering' muncul untuk usaha 'murni' penjenayah ini.

Bagaimana ianya berlaku?

5. Misalnya, Haji Baharom Daniel mendapatkan wang dari usaha haramnya, untuk menutup tindakannya dia beli Hotel di Bali atau buka kedai Roti.

6. Duit haram Haji Baharom Daniel adalah RM20 juta, duit dari kedai roti atau Hotel Bali RM5 juta.

7. Haji Baharom Denial melaporkan duit yang dia dapat dari pelaburannya adalah RM25 juta.

8. Dengan ini dia boleh menyembunyikan aktiviti haramnya dan membuat seolah olah duitnya berasal dari aktiviti Hotel Bali dan kedai Rotinya.

9. Melalui aktiviti ini, Haji Baharom Daniel boleh meletakkan duitnya kedalam bank tanpa dicurigai oleh pihak berkuasa.

10. Antara ciri lain, mereka suka gunakan selebriti untuk cuci duit juga dengan buka perniagaan. Jadikan selebriti sebagai pemilik syarikat, mereka sediakan modal dan berniaga terus berjaya.

11. Dalam sekelip mata boleh buka banyak cawangan sedangkan untung jualan sangat kecil dan tiada permintaan. Selebriti yang menyanyi pun sumbang, tetiba boleh jadi usahawan berjaya dan kaya raya nampaknya. Tiba tiba boleh cakap bab perniagaan!

12. Ahli politik, pada ustaz selebriti juga ada yang mengunakan kaedah yang sama sebenarnya. Hanya masa yang menentukan apakah akan kita tahu atau tidak akhirnya.

Begitulah manusia sebenarnya.

Dapat sesuatu?

Kredit TnAzizul Azli Ahmad