Rahsia mak simpan duit. Bukan kuantiti tapi tabiat!
=====================================
Mak, masa muda-muda dulu macammana mak simpan duit?’ Tanya saya.
‘Dulu masa mula-mula kahwin, mak cakap gaji abah sebagai cikgu ratus-ratus aja kan?’ tanya saya lagi.
‘Haah. Dulu mak dengan abah bukan hidup senang lenang. Gaji abah ratus-ratus aja’
‘Abah akan bagi duit belanja dapur kat mak. Mak akan buat budget’
‘Mak akan buat budget kurang sket daripada duit yang abah kasik. Supaya boleh tarik sedikit duit untuk simpan’ cakap mak
‘Kalau budget ketat sekali pun, mak akan cuba tarik walau pun RM10 untuk mak simpan’ Mak membuka cerita.
‘Budget kurang ke, tak cukup ke, carilah usaha untuk tarik RM10 dan simpan. Kalau boleh tarik lebih, lagi bagus’
‘Yang penting, tabiat menyimpan kena ada. Ia bukan pasal berapa RM yang kita boleh simpan, tapi sejauh mana kita boleh konsisten menyimpan walau pun budget tengah ketat’
‘Jangan sesekali menyerah pada keadaan. Kalau duit takde, tak nak simpan. Cuba simpan juga RM10’
‘Bila dah ada tabiat menyimpan, InsyaAllah bila ekonomi dah semakin baik maka nilai simpanan bolehlah dinaikkan’
‘Yang penting adalah membina tabiat’ cakap mak lagi.
‘Jangan tunggu duit banyak baru nak simpan. Kalau budget ketat, simpan sikit. Kalau budget besar, simpan banyak’
Tuan puan sekalian, tabiat konsisten simpan duit lebih penting dari nilai duit tersebut.
Jika anda rasa menyimpan itu susah, sebenarnya ia bukan susah. Ia belum jadi tabiat anda sahaja.
Once dah jadi tabiat, segalanya jadi mudah 😁
Itulah rahsia mak kumpul duit, beli emas, beli tanah, beli 2 rumah walaupun hanya suri rumah dan takde langsung slip gaji.
Saya mengangguk ‘Oh! Faham-faham mak. Nie nak kena cerita kat kengkawan nie. Semoga nasihat mak nie boleh lekat kat hati diorang. Dapat pahala kat mak 😁’, bisik saya.
Ok. Dah pos. Semoga bermanfaat.
Boleh dikongsi tanpa izin. Halal 100%
#TabiatLebihPenting
#PesananMak