Channel ilmu emas Jennyfine
346 subscribers
11.2K photos
650 videos
9 files
4.07K links
Update info emas
Download Telegram
Sebagai syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia  dan berpengalaman selama 16 tahun dalam jual beli emas fizikal, apakah masalah bagi #PublicGold menjual emas digital tanpa perlunya menggerakkan emas fizikal?

Jawabnya PG boleh buatnya dengan mudah kalau PG mahu.

Tapi Founder PG tetap berpegang PRINSIP paling penting dalam pelaburan emas, iaitu "beli emas mesti dapat emasnya"...

Sila hati-hati dengan #SkimCepatKayaBertopengkanEmas...

Hanya masa sahaja yang akan membuktikan mereka semua

Kredit Tn.Azam Amiri
Sudah terang lagi bersuluh ia adalah scam. Ciri-ciri yang jelas;

1. Beli emas tapi dijanjikan pendapatan. Sedangkan pelaburan emas yang betul tak ada apa-apa pendapatan.

2. Beli emas tak dapat emas. Emasnya disimpan oleh syarikat penjual dan pembeli memang tak dapat emas mereka. Pelaburan emas yang betul, beli emas mesti dapat emas fizikal.

3. Dividen / keuntungan 5% - 15% setiap 10 hari. Dengan kata lain, keuntungan mencecah 182.5% - 547.5% setahun! Wow... Mana-mana pelaburan yang menjanjikan keuntungan lebih 15% setahun, semuanya scam. Kecuali dibuktikan sebalik oleh pakar kewangan.

4. Dijanjikan JAMINAN keuntungan. Wow... Pelaburan yang betul, rugi dalam tangan tapi untung belum tentu. Mana-mana pelaburan yang berikan "jaminan", ketahuilah itu adalah scam.

Mudah-mudahan tip ringkas ni boleh dijadikan panduan supaya kita tak jatuh lingkup dalam mana-mana #SkimCepatKayaBertopengkanEmas. Moga Tuhan melindungi kita semua. Amiiin YRA...

#TipKayaDenganEmas