Channel ilmu emas Jennyfine
339 subscribers
11.4K photos
666 videos
9 files
4.15K links
Update info emas
Download Telegram
DECAMILLIONAIRE

Tahukah kalian apakah itu decamillionaire?

Decamillionaire adalah mereka yang memiliki kekayaan lebih dari 10 juta.

Tuan Azizi Ali Mentor Wang, pakar kewangan negara kita ini merupakan salah seorang dari decamillionaire. Setiap kali tengok perkongsian Tuan Azizi Ali tentang kewangan kami macam terpukul.

Terutamanya semalam.

Beliau sedang bercuti di pergunungan Switzerland tapi masih lagi bersemangat berkongsi tips kewangan, perniagaan, bebas hutang terutamanya tentang simpanan emas.

Begitulah beza sikap dan pemikiran seorang decamillionaire. Walaupun tengah bercuti tapi minda beliau masih ‘bekerja’.

EXTRAORDINARY.

Antara tips yang dikongsikan semalam,

1️⃣ Jangan sesekali berhutang untuk buat pelaburan kerana pelaburan itu sendiri sudah mempunyai risikonya yang sendiri. Jadi bila kita berhutang, kita menambahkan lagi risiko.

Contoh; berhutang untuk beli emas, crypto, saham.

Berhutang untuk beli hartanah ok.

2️⃣ Dalam perniagaan jangan berhutang waktu nak mulakan. Berhutang hanya bila perniagaan dah besar, stabil dan kita perlukan modal tambahan untuk kembangkan perniagaan.

3️⃣ Sebaiknya tempoh pinjaman untuk beli kereta hanya 3 tahun. Jika bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 3 tahun itu terlalu tinggi dan kita tak mampu, bermakna sebenarnya kewangan kita tak mampu untuk beli kereta itu.

Beli kereta mengikut akal, bukan nafsu.

4️⃣ Simpan 3 - 6 bulan wang tunai sebagai dana kecemasan di tempat yang risiko rendah seperti ASB tetapi selebihnya tukarkan kepada emas kerana beberapa faktor seperti inflasi dan kejatuhan nilai matawang akan membuatkan simpanan kita semakin hilang kuasa beli.

Dalam beberapa perkongsian Tuan Azizi Ali sebelum ini, beliau banyak kali tekankan tentang kepentingan mempunyai pendapatan pasif dan pelbagaikan sumber pendapatan bagi mengekalkan kekayaan dan kewangan yang stabil terutamanya bila ada krisis dunia seperti Covid-19.

Apakah perniagaan yang Tuan Azizi Ali cadangkan untuk kita buat?

Berdasarkan ribuan buku yang beliau baca serta pengalaman bertahun mencuba pelbagai jenis perniagaan, Tuan Azizi Ali berpendapat Public Gold merupakan ’right business’ disebabkan oleh 3 perkara;

1️⃣ PRODUCT

PG merupakan perniagaan yang menjual emas. Bila kita mengajak orang untuk membeli emas, kita sebenarnya sedang mengajar orang untuk menyimpan. Jika penyimpan di bawah kita berjaya kukuhkan kewangan melalui emas, kita juga dapat pahala melalui ilmu yang kita ajarkan.

2️⃣ PEOPLE / LEADERSHIP / CULTURE

PG diterajui oleh kepimpinan yang hebat, sentiasa memikirkan penambahbaikan untuk memudahkan perjalanan setiap dealer dalam menjana pendapatan pasif untuk diri dan keluarga. Walaupun ramai jutawan emas dalam PG ini tapi tidak ada budaya ‘show off’ kekayaan masing-masing. Para dealer pula sentiasa amalkan budaya persaingan untuk berjaya yang sihat dan saling membantu satu sama lain.

3️⃣ SYSTEM

Sistem perniagaan yang hebat. Dalam era serba-serbi teknologi ini, PG merupakan perniagaan yang boleh dijalankan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Walaupun kita berada di hujung dunia, kita masih boleh membantu penyimpan kita menyimpan emas sekaligus menjana pendapatan pasif untuk kita sekeluarga.

Satu lagi perkara tambahan yang kami sendiri suka tentang PG,

4️⃣ BUSINESS MODEL

PG mempunyai model perniagaan yang menyeluruh. Dari mengajar orang menyimpan emas sehinggalah mengajak orang berbelanja secara bijak melalui PG Mall, PG telah mencipta satu kitaran kekayaan pengguna-penyimpan-pemilik perniagaan yang lengkap.

“You’re in the right business, right time and right technology..” - Azizi Ali

Soalan yang sering kami tanya pada diri kami sendiri,

kalau seorang decamillionaire, pakar kewangan negara yang berumur 60 tahun pun masih baca buku, pergi kelas belajar dan semangat ‘all out’ buat bisnes Public Gold ini untuk membantu lebih ramai mencapai kewangan yang stabil, kenapa yang berimpian untuk menjadi millionaire pula tak buat apa-apa?

Jangan takut untuk jadi kaya.

Kredit Azizi Ali
🔥1
Selamat pagi 😊semoga semua penyimpan emas dapat capai target 🎯 simpanan 1 dinar .

Tidak mustahil capai 100 KEPING .

Inti NYA konsisten & focus
HARGA EMAS GAP 1 GRAM (SEPTEMBER 2022)

1/9/2022 = RM268/gram
2/9/2022 = RM264/gram ⬇️
3/9/2022 = RM267/gram ⬆️
4/9/2022 = RM266/gram ⬇️
5/9/2022 = RM266/gram
6/9/2022 = RM266/gram

Harga emas kekal rendah di paras RM266 manakala emas fizikal turun sedikit kepada RM265😊😊

Harga tertinggi RM301 pada Mac 2022

Hubungi saya untuk pendaftaran

http://www.wasap.my/60129151907/daftarakaungaptekegram
Gaiss emas apa yang kamurang nampak kena curi ???😞mungkin terdesak 😣

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/878715/amah-bawa-lari-barang-emas-majikan-dicekup

#beritaemas
#TabungDuit

11 TABIAT HABISKAN WANG

1. Kopi bukan jadi keperluan, akhirnya ia jadi satu budaya hidup manusia. Kopi mesti mahal baru 'terasa' nikmatnya. Minum kopi murah, malu kita nak cerita disosial media.

2. Kad Kredit adalah duit masa depan kita, duit tak dapat lagi kita dah guna. "Dapat gaji nanti bayarlah apa susah". Pastikan kita ada disiplin kewangan yang baik baru guna, kadar faedah kad kenakan 15%-18% sahaja woi!

3. Hiburan tak semestinya perlu bayar dan mahal. Ada banyak hiburan baik yang murah untuk kita nikmati selain tonton wayang sepanjang masa.

4. Merokok terbukti banyak habis duit, "Abang tak merokok, banyak ker harta abang ada?", "Banyak dik, abang nak sebut pun kadang kadang lupa, itu sebab abang tak pernah merokok dik"

5. Bangsa lain cukup rajin bawa botol air kemana mana, ia satu budaya kesihatan dan kewangan yang baik.

kawan kawan,

yang lain tambah sendiri ya,

nak hantar anak kesekolah dah nie.

Jaga duit masing masing moga berjaya.

Kredit Azizul Azli Ahmad
KENAPA SAYA SIMPAN EMAS?

Setiap orang pasti ada alasan tersendiri kenapa mereka simpan emas. Begitu juga dengan saya.

Walaupun yang membuka mata saya tentang emas pada permulaannya ialah trend kenaikan harga emas dan tujuan saya membeli emas pada mulanya adalah untuk "buy low, sell high", tetapi selepas saya belajar dari guru emas saya dan Mohd Zulkifli Shafie, banyak lagi manfaat-manfaat lain simpanan emas dan ia membuatkan saya terus menyimpan emas hingga ke harini.

Kenapa?

Saya beli emas kerana 3 tujuan utama:

(1) FORGOTTEN SAVING

Saya jadikan emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Saya rasa simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah 'tangan yang gatal' menyentuh wang simpanan dari dibelanjakan pada perkara yang kurang penting.

Memang terbukti, sejak ogos 2016 saya tak pernah lagi menjual emas simpanan saya. Hanya "beli, beli, beli" sahaja. Setakat ni tak pernah bocor, alhamdulillah.

(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN

Bila saya faham teori "1 dinar 1 ekor kambing", saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. 1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan "kekal".

(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI

Bila memiliki emas, kita tak terikat dengan sesiapa. 100% di dalam kawalan kita. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. Dan nilainya berdiri dengan sendirinya.

Tiada sesiapa yang boleh rampas dan membekukan kekayaan itu. Hatta kalau jatuh bangkrup pun, ia masih milik kita. Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja. Dengan memiliki emas, saya rasa BEBAS dari kongkongan sesiapa.

Itulah 3 sebab utama kenapa saya simpan emas.

Walaupun 3 sebab itu, pada saya emas hanyalah satu daripada banyak alat kewangan.


Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali Mentor Wang(Pakar Kewangan), at least 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.

Kredit Rahman Ismail
1🔥1
Malam ini 🔥 coaching bersama dengan team pg1m and sekali bersama hari dealer dengan Tuan Syukor Hashim Mahaguru Emas Malaysia.

Business di PG simple and tidak payah try hard to gain pasif income

Contoh:

Cik Zaza &
sekeluarga duduk di Jepun, Cik Zira nurse di Jeddah, cik Ngan start jadi dealer masa bekerja di Perth. 

Nampak kan ?

#coachingpg1m
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cik jun yang sentiasa positive vibes 🔥

Orang yang buat business ini mesti berada di yang sangat2 positive supaya boleh grow 🪴 dengan jaya nya

Negative negative go away 😊

#coachingpg1m
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Puan halimatussaadiah upadte E-book ke 2 bakal dilaunching tidak lama lagi

Tahnniah penyimpan emas public gold

Kemudahan membeli emas dengan panduan E-book 🔥

#coachingpg1m
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Puan Suzie update info public gold Indonesia

Saya mencari warga Indonesia yang duduk di Indonesia

Saya berhasrat kembangkan lagi empayar sayap saya di sana

Doakan saya gaiss 😘

#coachingpg1m
Ingin menjadi dealer public gold seperti saya jom sertai keluarga team pg1m

#coachingpg1m
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selesai weekly coaching bersama team pg1m & hari bersama dealer

Semoga ilmu disampaikan bermanfaat 😊

#coachingpg1m