Channel ilmu emas Jennyfine
339 subscribers
11.4K photos
666 videos
9 files
4.15K links
Update info emas
Download Telegram
โœจ ๐‘ท๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘ฎ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ซ ๐‘ช๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ณ๐‘ผ ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ผ! ๐ŸŽ‰

Hai ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, berita gembira untuk anda semua! Public Gold Kota Kinabalu kini ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ž๐ซ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ข ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“!

Kini lebih mudah untuk anda datang berurusan sama ada untuk jual beli emas, buka akaun simpanan emas atau dapatkan khidmat nasihat dalam suasan yang lebih selesa dan mesra pelanggan! ๐Ÿ˜๐Ÿขโœจ

๐Ÿ“ Alamat Baharu: ๐๐จ ๐Ÿ‘, ๐‹๐จ๐ซ๐จ๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐Ÿ, ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐€๐ข๐ซ, ๐Ÿ–๐Ÿ–๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก
๐Ÿ“ž Nombor Telefon: +๐ŸŽ๐Ÿ–๐Ÿ–-๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ”

Jemput singgah ke cawangan baharu kami dan nikmati pengalaman berurusan yang lebih mudah, cepat dan menyenangkan! ๐ŸŒŸ

#PublicGoldKotaKinabalu #CawanganBaharu #KotaKinabalu #PublicGold #PGBO #PublicGoldBusinessOwner #LokasiStrategik
SIJIL PATUH SHARIAH PUBLIC GOLD

Pertanyaan tentang sijil patuh shariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat shariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, sijil patuh shariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fee ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan shariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh shariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

PS. Setiap penasihat shariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat shariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.

Syukor Hashim

#publicgold #patuhshariah #investment #goldsavings #emaspublicgold #dinar #emasfizikal #AkaunEmasGAP #goldbars
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat โ€” menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisisโ€ฆ

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka โ€˜borongโ€™ stok lebih awal โ€” kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit โ€˜profit takingโ€™ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah โ€” kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik โ€” ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilaiโ€ฆ tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai โ€œpelindung nilaiโ€ terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas โ€” tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
Gais.

Semalam, selepas data GDP keluar, harga emas naik.

Namun selepas itu, harga emas mencatatkan penurunan.

Kenapa?

Pada hari Khamis, 1 Mei 2025, harga emas jatuh dengan ketara โ€“ lebih daripada 1.6% โ€“ dan mencecah paras terendah dalam dua minggu, sekitar $3,235 satu auns.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapannya melibatkan beberapa faktor utama yang berlaku serentak:

1. Pelabur mula berani mengambil risiko.

Pelabur kini lebih yakin terhadap pasaran saham dan pelaburan berisiko.

Ini kerana ketegangan perdagangan global semakin reda, dan ada perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan antara AS, India, Korea Selatan dan Jepun.

Media China juga melaporkan bahawa pihak US telah menghubungi pihak China bagi membuat rundingan perdagangan.

Bila pelabur rasa yakin, mereka tinggalkan aset selamat seperti emas, dan beralih kepada pelaburan yang berpotensi beri pulangan lebih tinggi.

2. Nilai Dolar AS Semakin Kuat

Bila dolar Amerika Syarikat mengukuh, harga emas secara automatik jadi lebih mahal bagi pelabur antarabangsa.

Ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun dan menyumbang kepada kejatuhan harganya.

3. Pelabur menunggu data NFP (Non farm payroll) esok.

Pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan bukan pertanian (non-farm payroll) dari AS, yang boleh mempengaruhi keputusan Federal Reserve tentang kadar faedah.

Sebarang petanda bahawa Fed mungkin menurunkan kadar faedah akan memberi kesan kepada arah pasaran emas.

4. Pelabur emas ambil untung.

Emas sebelum ini telah mencecah paras tertinggi lebih $3,500 satu auns.

Ramai pelabur ambil peluang untuk jual dan ambil keuntungan.

Bila ramai pelabur emas menjual sekaligus, tekanan jualan ini menyebabkan harga emas jatuh.

Kesimpulannya:

Penurunan harga emas ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi gabungan perubahan sentimen pelabur, pengukuhan dolar, jangkaan data ekonomi, dan tindakan ambil untung.

Ini perkara biasa dalam dunia pelaburan โ€“ naik dan turun sentiasa berlaku.

Saya selalu menulis โ€œHarga emas boleh jatuh dalam jangka masa pendekโ€, seperti yang berlaku sekarang.

Sebab itu, anda perlu beli emas fizikal dengan mindset simpan untuk 3 tahun.

Adakah ini peluang untuk kita beli emas pada harga diskaun?

Kita tunggu laporan besar NFP esok, Jumaat, jam 8.30 malam.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#HargaEmas #PelaburanEmas #BijakMelabur #PasaranKewangan #Emas2025
Gais.

Malam nie (5/5/2025) harga emas naik mendadak.

Apa sebabnya?

Jawapan: Ia berkaitan tentang pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 100% ke atas filem yang dihasilkan di luar negara.

Langkah dasar yang tidak dijangka ini telah meningkatkan ketakutan terhadap perang perdagangan global, menyebabkan penurunan ketara dalam indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average, S&P 500, dan Nasdaq.

Harga emas melonjak naik, dengan harga emas semasa melebihi $3,300 per auns โ€” satu peningkatan ketara selepas kejatuhan minggu sebelumnya.

Kenaikan ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidaktentuan perdagangan, tetapi juga faktor geopolitik dan penyusutan nilai dolar AS.

Mesyuarat polisi Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang turut menjadi tumpuan.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah dijangka dalam masa terdekat, ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap inflasi telah meningkatkan tarikan emas.

Penganalisis menjangka Fed mungkin menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga terdapat bukti yang lebih jelas mengenai kelembapan ekonomi, sekali gus menyokong kedudukan emas sebagai lindung nilai terhadap kejatuhan pasaran.

Kesimpulannya, gabungan ketegangan perdagangan yang diperbaharui, ketidaktentuan pasaran, dan risiko geopolitik mendorong pelabur beralih kepada emas โ€” sekali lagi menegaskan peranannya sebagai aset perlindungan tradisional ketika ketidakstabilan ekonomi.

Gais.

Harga emas sukar diramalkan.

Ia boleh turun atau naik dengan cepat dan banyak bergantung kepada news yang keluar.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Gais.

Sekarang anda boleh tempah emas Public Gold untuk syarikat, atau untuk hadiah kepada staff syarikat dan banyak lagi.

Anda Impikan, Public Gold realisasikan!

Sama ada bentuk rumah idaman, kapal terbang mewah, kereta eksotik atau apa sahaja rekaan unik dari imaginasi anda โ€” Public Gold boleh cipta segalanya dalam bentuk jongkong emas.

Emas tempahan khas ini sesuai untuk pelbagai majlis dan tujuan istimewa seperti:

๐Ÿ† Hadiah Korporat Premium โ€“ Lambang penghargaan tertinggi untuk rakan niaga dan pelanggan utama.

๐ŸŽ–๏ธ Penghargaan Pekerja Cemerlang โ€“ Anugerah berprestij yang akan dikenang selamanya.

๐ŸŽ‰ Sambutan Ulang Tahun Syarikat โ€“ Simbol kejayaan syarikat yang membanggakan!

Cipta kenangan abadi dengan gold bar rekaan khas hanya dari Public Gold!

Anda berminat wassap saya
http://wasap.my/60129151907/design

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold #GoldBarEksklusif #EmasTempahanKhas #HadiahKorporat #PenghargaanPekerja #RekaanEmasUnik #CustomGoldBar #GoldMinting #EmasKenangan #Dinar #EmasUntukSemua
๐ŸŽ‰๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐๐† ๐‰๐„๐–๐„๐‹๐ŸŽ‰
PG Jewel kini lebih dekat dengan anda! โœจ

Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ๐œ๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐† ๐‰๐ž๐ฐ๐ž๐ฅ di ๐’๐š๐›๐š๐ก akan dibuka secara rasmi pada ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐€๐ก๐š๐)!๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Lokasi:
๐๐š๐ญ๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐‡๐ฒ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ ๐Š๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ง๐ , ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก

๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐€๐ง๐๐š :
๐Ÿ’Ž Emas perhiasan 999 & 916 dengan rekaan eksklusif
โœจ Pengeluaran Emas Perhiasan 999 daripada Akaun GAP
๐Ÿ“ˆ Beli emas terpakai
๐ŸŽ Promosi hebat sempena pembukaa

๐Ÿ“… ๐’๐š๐ฏ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐๐š๐ญ๐ž: ๐Ÿ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Majlis Pembukaan Rasmi yang penuh dengan kejutan, dan promosi istimewa!

#PGJewel #CawanganBaru #KotaKinabalu #PGJewelSabah #BukaCawangan #Emas916 #Emas999 #PublicGold #GrandOpeningSabah
Analisis harga emas 23/5/2025.

Gais.

Malam nie harga emas tiba-tiba harga emas mencanak naik (54.03 USD/Oz) menjadi USD3351.31

Apa sebabnya?

Jom saya buat analis untuk anda.

Malam nie ada satu news yang keluar dan ia meningkat ketegangan dalam perang perdagangan.

Donald Trump mengumumkan cadangan tarif baharu โ€” 25% ke atas iPhone yang tidak dikilangkan di AS dan 50% tarif terhadap semua import dari Kesatuan Eropah bermula hujung minggu depan.

Reaksi pasaran adalah serta-merta dan negatif, dengan saham Apple menjunam lebih 3% manakala indeks pasaran hadapan S&P 500 dan Eurostoxx 600 turut terjejas.

Berita ini menyebabkan harga emas memberikan tindakbalas positif.

Sebagai aset lindung nilai, emas mencatatkan lonjakan harga sebanyak 1.1% dan melepasi paras $3,300 seauns โ€” satu peningkatan yang signifikan.

Walaupun harga emas jatuh mendadak minggu lepas (14/5/2025) disebabkan perkembangan positif antara US dan China, namun ia tidak bermaksud harga emas akan terus jatuh.

Perang perdagangan antara US dan the rest of the world masih wujud dan masih hangat.

Apabila ada negatif news yang keluar (seperti malam nie), harga emas boleh mendadak naik.

Pada pendapat saya, bila harga emas menjunam, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Ingat strategi pelaburan emas.

1. Tambah gram emas anda dari masa ke semasa.

2. Fikir jangka masa panjang (2 tahun ke atas)

3. Bila harga jatuh banyak, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Sekian.

Sila share jika bermanfaat.

23/5/2025 jam 8.50 malam.

#emas
#publicgold
#EkonomiGlobal #PasaranEmas #AnalisisEkonomi #SafeHavenAssets #PelaburanBijak
Setiap Selasa , Wajib hadir weekly Zoom meeting #teampg1m :)

Pesanan Madam Mona
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Weekly Meeting PG1M kali ini Mdm Mona berkongsi topik Goal Setting.

Semua PGBO, mesti jadi FMD dengan 1000 frontline. Sooner or later kita akan capai juga matlamat yang hendak dicapai.

Cuba kita tengok baby penyu. Dari saat mula menetas, sampailah ia sampai ke gigi air. Banyak cabaran yang perlu baby penyu harungi untuk meneruskan hidup. Sebab habitat penyu bukan di atas pasir, tetapi di dalam laut!

Apabila baby penyu berjaya mengharungi dugaan dan cabaran, sampai juga ke gigi air. Ini bukan lah kejayaan, tapi permulaan untuk cabaran yang seterusnya. Baby penyu perlu survive di lautan yang terbentang luas!

Sama lah macam PGBO, dah terbuka satu pintu, teruskan perjalanan untuk membuka pintu seterusnya!!

If you want to go fast, go alone.
If you want to go far, go together with PG1M.

Untuk dealerยฒ aktif Mona, terus berusaha. Kerana hasil tidak mengkhianati usaha.

#familyPG1M #1000FMD #1000FL #PG1M
#PUBLICGOLD
.
Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja โ€” ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

โžก๏ธ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

โžก๏ธ Nilai dolar AS akan melemah.

โžก๏ธ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil โ€” dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal โ€” seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan โ€” inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang โ€œbeli murah jual mahalโ€ โ€” ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EmasNaik #PG1M
Gais,

Ada story saya nak share, semoga memberi inspirasi kepada anda.

Seorang customer susurgalur saya, En K telah membuat keputusan untuk menyimpan emas Public Gold secara konsisten.

Apa yang beliau buat?

Beliau terus set GAP autodebit sebanyak RM1000 sebulan selama 5 tahun terus! ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜†

Beliau start autodebit 29/4/2025 sehingga 29/3/2030 (tengok gambar)

Dengan kata lain, setiap bulan akaun bank beliau akan ditolak dan gram emas akan masuk ke dalam akaun GAP beliau.

Jadi setiap bulan selama 5 tahun, gram emas beliau akan bertambah secara automatik, tak kira samada harga naik atau turun.

Orang yang set autodebit macam nie, dia adalah penyimpan emas tegar.

Dia tak peduli harga emas, dia hanya nak tukar duit jadi gram emas.

Ikut pengalaman saya, orang yang konsisten dan fikir jangka panjang, dia akan beruntung dengan emas, InShaAllah.

Selain itu, Public Gold juga buat cabutan bertuah menang gold bar 10g dan banyak lagi hadiah, untuk anda yang buat autodebit.

Jadi, selain gram emas bertambah, anda berpeluang dapat cabutan bertuah!

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
โค1
Gais,

Malam nie ada satu laporan penting yang keluar jam 8.30 malam iaitu Consumer Price Index (bulan Mei)

Laporan ini menunjukkan kenaikan tahunan CPI pada bulan Mei adalah sebanyak 2.4%, sedikit meningkat berbanding 2.3% pada April.

Ini masih merupakan peningkatan tahunan paling rendah sejak Februari 2021.

Sejurus selepas laporan ini keluar, harga emas memberikan reaksi positif.

Namun selepas itu, ia mula turun balik. Dengan kata lain, laporan malam nie memberikan impak sementara sahaja.

Untuk pembeli emas fizikal, kita tak terasa sangat, tapi kalau ada orang trade spot gold / futures maka harga spike macam nie boleh menyebabkan untung banyak ataupun terus bungkus akaun trade dia.

Ramai penganalisis kini percaya bahawa emas mempunyai potensi untuk terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang โ€” terutamanya jika inflasi terus naik atau jika Fed berkeras untuk tidak menurunkan kadar faedah.

Gais.

Emas bukan sekadar komoditi โ€” ia adalah insurans kekayaan.

Samada harga naik atau turun, pastikan gram emas anda meningkat.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #
Analisis harga emas 14/6/2025.

Gais,

Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD.

Apa sebabnya? Jom saya buat analisis.

Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak.

Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.

Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini.

Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas.

Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik.

Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa.

Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 โ€“ 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

โœ… tingkatkan % simpanan anda dalam emas.
โœ… Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
โœ… Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan โ€“ ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
C๐Ÿ’ฅ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‰๐€๐Š: ๐‰๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐€๐ƒ๐Œ๐ˆ๐ ๐…๐„๐„ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐€๐”๐“๐Ž ๐ƒ๐„๐๐ˆ๐“! ๐Ÿ“ข

๐Ÿ“ฃ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’•๐’‚ ๐’ƒ๐’‚๐’Š๐’Œ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’‘๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‘๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ท๐’–๐’ƒ๐’๐’Š๐’„ ๐‘ฎ๐’๐’๐’… ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚!
Mulai 1 Jun 2025, anda boleh nikmati ๐ฉ๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐๐ฆ๐ข๐ง ๐…๐ž๐ž ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐š๐ฎ๐ญ๐จ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง โ€” khas untuk pelanggan yang bayar guna Auto Debit! ๐Ÿ”๐Ÿ’ณ

๐Ÿ“Œ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง ๐„๐๐๐Ÿ” โ€“ ๐Ÿ” ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง
โœ… Bayaran ke-2: Potongan RM5
โœ… Bayaran ke-3 hingga ke-6: Potongan RM2.50/bulan
๐Ÿ’ฐ Jumlah penjimatan: RM15!

๐Ÿ“Œ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง ๐„๐๐๐Ÿ๐ŸŽ โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง
โœ… Bayaran ke-2: Potongan RM3
โœ… Bayaran ke-3 hingga ke-10: Potongan RM1.50/bulan
๐Ÿ’ฐ Jumlah penjimatan: RM15!

๐ŸŒŸ Lepasni, lebih mudah untuk anda simpan emas secara konsisten, dan pilihlah pembelian secara EPP mengikut kemampuan anda, dan aktifkan Autodebit anda ๐Ÿฅณ

๐Ÿ’กPilih pelan yang sesuai untuk anda! Segalanya mudah di Public Gold

#PublicGold #PGBO #PublicGoldBusinessOwner #AdminFee #EPP #AutoDebit #JimatAdminFee #SimpananBijak #easypaymentplan #ansuranmudah #dinaremas #jongkongemas #goldbar
Gais.

Ada fakta menarik saya nak share dengan anda.

Untuk pengetahuan anda, emas naik 31.17% dalam tempoh setahun ini (lihat gambar)

Ia mengatasi semua aset selamat yang lain.

๐Ÿ“ˆ Harga emas spot kini $3,392.31 /oz โ€” selepas menembusi harga tertinggi $3,500 April lalu!

Emas telah mengalahkan aset-aset lain seperti:

โœ… Bon Perbendaharaan AS
โœ… Yen Jepun
โœ… Franc Swiss
โœ… Dolar AS (jatuh hampir 10%)

Kenapa dunia beralih ke emas?

Ia kerana:

๐Ÿ” Emas tiada hutang & tidak dikawal kerajaan.

๐Ÿฆ Bank pusat dunia beli lebih 1,000 tan emas tahun lepas.

๐Ÿ“‰ Ketidakpastian ekonomi, tarif, & ketegangan geopolitik buat pelabur lari dari dolar & bon!

๐Ÿ’ฌ Kata pakar: โ€œEmas selamat, apolitikal & ada nilai sebenar. Tak perlu percaya mana-mana kerajaan untuk lindungi nilai kekayaan.โ€

Dalam situasi tidak menentu sekarang, emas adalah pilihan yang terbaik.

Sebagai penyimpan emas, kita akan sentiasa senyum.

Ingat.

Simpan emas untuk jangka panjang dan sentiasa tambah gram.

Love gold and gold will love you 10x ganda ๐Ÿฅฐ

Sumber: CNBC

18/6/2025

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas2025
Seminar Edukasi Emas

21 June 2025

Mahaguru emas iaitu founder kita PG1M, Tn Syukor Hashim dijemput memberikan seminar โ€œKaya dengan EMASโ€ di Jakarta, Indonesia.

Ini adalah aktiviti sesi pagi oleh Public Gold Indonesia sempena hari Award Recognition Night.

Seminar ini dihadiri oleh dealer aktif Public Gold dari Malaysia dan Indonesia.

Semoga Public Gold berkembang besar di Indonesia.

Aminn..

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#publicgold

21/6/2025
๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†
Gais,

Semalam, Sabtu 21/6/2025, saya dijemput oleh Public Gold Indonesia untuk memberikan seminar bertajuk โ€œKaya dengan EMASโ€

Selepas seminar, saya telah ditemuramah oleh wartawan TVRI iaitu Televisi Republik Indonesia.

TVRI adalah stesyen televisyen tertua Repulik Indonesia.

Kemudian, mereka telah menyiarkan interview ini dalam siaran tv malam tadi.

Jadi saya nak share dengan anda video klip tv semalam ๐Ÿ˜

Terima kasih TVRI dan Public Gold ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

#NotaEmasSyukorHashim
#Publicgold
#publicgoldindonesia
โค1
Gais,

Public Gold kini telah mencapai 1,888,888 customer!

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Public Gold kerana telah mencapai pelanggan ke-1,888,888.

Ini bukan sekadar angkaโ€ฆ

Ini adalah bukti kepercayaan jutaan customer terhadap Public Gold dalam membantu mereka menyimpan dan melindungi kekayaan dengan emas dan perak.

Ini adalah hasil usaha dealer-dealer aktif Public Gold dalam mendidik masyarakat tentang simpanan emas yang tepat, selamat dan patuh syariah.

Tahniah kepada Muhammad Iqram Muqrish dan introducernya Muhammad Azib yang masing-masing mendapat hadiah 1gram setiap seorang.

Semoga Public Gold terus maju, terus berkembang, dan terus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia! ๐ŸŒ

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold
#TahniahPublicGold #SyukurAlhamdulillah #SimpanEmasLindungNilai #EmasUntukMasaDepan
Gais.

Analisis harga emas 7/7/2025.

Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.

Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:

1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.

Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.

2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.

Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).

Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.

3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.

Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.

Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.

Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.

4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.

Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.

Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:

โœ… Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)

โœ… Dolar AS yang lebih kukuh.

โœ… Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.

Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:

1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion

Jangkaan harga emas bulan depan.

1 Ogos 2025 โ€“ Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.

Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.

Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.

Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas #AnalisisPasaran #TarifAS #EkonomiGlobal #Fed #BRICS
โ€‹โ€‹Phone biasa je Tapi simpanan emas hampir 1 kilogram lebih 450 ribu ringgit ๐Ÿ”ฅ

Biar tak bergaya tapi kaya. Buat apa iphone kalau simpanan emas 1gram sahaja.

Dari Tabung Haji ke simpanan Emas.

Bila lihat kenaikan harga emas lebih 36% dalam masa setahun kebelakangan ini berbanding dividen TH sekitar 3.25%, Puan M terus ambil keputusan untuk alihkan sebahagian simpanan beliau TH ke dalam bentuk emas.

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan โ€œsavers are losersโ€. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP di #PublicGold.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Pembelian emas bersama Public Gold adalah mudah,murah dan patuh syariah.

Terima Kasih Puan Nadira kongsikan kisah inspirasi ini.