Nota Emas RieHan
71 subscribers
1.19K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Mazlifah Public Gold, [06.12.20 08:37]
#TabungEmas

MASANYA MEMBELI EMAS?

Jika kita masih ingat, harga emas pada tahun 2000 hanya RM30/g sahaja, 2008 menjadi RM80/g, tahun 2016 menjadi RM150/g, tahun 2018 RM180/g dan awal tahun 2020 menjadi RM220/g.

Waktu bermula pandemik harga emas semakin naik hampir setiap bulan. Hanya sesekali bulan mac, awal jun, dan penghujung Oktober ada sedikit penurunan.

Selebihnya menaik dengan sihat dan baik. Bermula awal November harga emas mula nampak penurunan.

Bagi pelabur, emas disebut
'safe haven' pada mereka. Ia adalah pelaburan yang selamat untuk menyimpan nilai.

Bila pasaran tidak menentu, orang tak pasti dengan keadaan ekonomi, saham dan hartanah.

Maka emas menjadi pilihan kerana ia dianggap penyimpan nilai paling selamat.

Bila keyakinan pasaran mula tinggi bila China, US dan Rusia mula menawarkan vaksin. Kita mulakan rundingan untuk membeli 30% untuk rakyat, maka kebimbangan terhadap Covid mula semakin reda.

Bila keyakinan ini kembali ada, orang mula rasa selamat dan permintaan emas kembali berkurangan. Maka kita dapat perhatikan harga emas semakin menurun sejak 5 hari ini.

Waktu awal pandemik, ramai orang berebut beli emas sebab pelabur tak pasti dimana pasaran pelaburan yang baik buat mereka 'letak dan simpan' duit mereka.

Maka emas jadi pilihan kerana sifat emas itu sebagai pelindung kewangan yang baik.

Jika berminat nak menyimpan emas waktu harga tengah turun ini. Pandangan saya :

1. Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti kita akan lemas.

2. Sebaiknya jangan beli yang 1gram sahaja. Nilai upah dan susutnya lebih tinggi.

Ada duit himpun beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinnar sebagai permulaan.

3. Emas lebih baik tentunya emas 999 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Ia tiada nilainya nanti.

4. Nilai susut emas bar atau waffle hanya sekitar 7%-9% berbanding emas gelang hiasan anak mami punya. Susut nilainya sangat besar antara 20%-30% banyaknya.

5. Emas bukan seperti saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita himpun untuk penuhi matlamat kewangan kita.

"Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup jual beli kebun"

"Saya himpun emas ini untuk kahwin". Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah

"Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor".

6. Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.

7. Emas adalah aset anti inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.

8. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi sekali kita belum jual. Maka simpanlah emas dengan baik.



Harga emas dijangka akan turun lagi, maka sebaiknya jangan tunggu baru beli, beli dan tunggu.

Gegadis cepat lemas kalau kita asik bagi barang kemas 😋

Kredit : Azizul Azli
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas

#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.
#TabungEmas

EMAS HARI INI!

Pasaran nilai emas hari ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, inflasi, permintaan dan penawaran global, serta ketidakpastian geopolitik.

Berikut adalah beberapa poin utama yang sering mempengaruhi harga emas:

1. Kadar Faedah:

Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung mencari aset yang lebih selamat seperti emas. Ini kerana emas tidak memberikan pulangan faedah, jadi dalam keadaan kadar faedah rendah, emas menjadi lebih menarik.

2. Inflasi:

Emas sering dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Apabila inflasi tinggi, nilai mata wang mungkin merosot, tetapi emas biasanya mengekalkan nilainya.

3. Permintaan dan Penawaran:

Permintaan untuk emas boleh datang daripada industri barang kemas, teknologi, dan pelaburan. Penawaran emas pula bergantung kepada pengeluaran dari lombong dan kitar semula.

4. Ketidakpastian Geopolitik:

Dalam keadaan politik yang tidak menentu atau krisis ekonomi, pelabur cenderung membeli emas sebagai aset selamat.

5. Kadar Pertukaran Mata Wang:

Nilai emas sering diukur dalam USD. Oleh itu, perubahan dalam kadar pertukaran mata wang boleh mempengaruhi harga emas di pasaran antarabangsa.

BELAJARLAH MENYIMPAN EMAS

#rezekiemas

Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas