#TabungWang
Tinggal di kampung dulu, saya selalu dengar pesan pesan ini dan ianya diulang berkali kali.
1. "Jimat jimat duit" pesan tok tiap kali dia bagi duit belanja sekolah buat kita.
2. "Jangan lupa menabung". Lepas bagi duit atau dapat duit dari saudara mara, pesan ini akan masuk ketelinga kita pula. Laju pesan ini, supaya kita tak lupa.
3. "Jangan suka meminjam, nanti orang benci". Pesan ini juga akan selalu dengar bila ada sedara yang kerjanya meminjam sahaja.
Hidup ini, jangan suka meminjam. Bahaya.
4. "Tunggu mampu baru beli". Pesan ini akan sampai ketelinga bila Tok Wan teringin nak beli peti sejuk dulu. Selagi belum mampu, jangan berhutang maksudnya.
5. "Duit simpan dalam tin milo". Bila perlu bayar buku sekolah, Tok wan ambil duit dalam tin Milo. Mereka tetap ada dana kecemasan bila bila masa.
6. "Cukup makan sudah". Pesan ini gambaran hidup sederhana sudah, jangan lebih lebih bergaya.
7. "Bagi duit kat surau". Tiap kali jumaat, mak bagi duit supaya masuk tabung masjid. Susah macam mana pun orang dulu suka sedekah.
Paling tak boleh lupa, duit lebihan pergi kedai biasanya akan dianggap sebagai 'upah' kayuh basikal dan dikejar anjing Ah Tong yang gila nak mengawan itu.
Azizul Azli Ahmad
#OrangTuaDuitSimpanDuitCelahKopek 😅