Nota Emas RieHan
70 subscribers
1.23K photos
168 videos
8 files
300 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Apa Maksud Ringgit Jatuh?

Ringgit jatuh menyebabkan nilai ringgit kita menjadi lebih lemah kuasa belinya berbanding mata wang lain. Contoh:

Dulu 1 USD = RM 3.00
Sekarang 1USD = RM 4.20

Ini bermaksud kita perlu sediakan lebih banyak ringgit untuk dapat jumlah wang asing yang sama.

Kesan Negatif Kepada Rakyat Biasa

1. Barang Import Naik Harga
Barang dari luar negara seperti telefon, komputer, kereta, makanan import – akan jadi lebih mahal.

2. Kos Sara Hidup Meningkat
Harga barang naik adalah kesan awal. Apabila inflasi meningkat kuasa beli rakyat semakin lemah. Walaupun gaji naik ia hanya menampung kenaikan harga barang.

3. Kos untuk melancong ke luar negara juga meningkat.
Nak rukar duit mahal
Kos tiket mahal,
Hotel mahal,
Makanan maha.
Nak masuk toilet pun RM 4

4. Kesan pelajar oversea juga pasti tertekan.
Bayaran yuran & kos hidup untuk pelajar kita di luar negara jadi lebih tinggi.

Siapa Yang Boleh Untung Bila Ringgit Jatuh?

Pekerja syarikat yang gajinya dibayar dalam USD, jadi bila tukar ke ringgit akan dapat lebih banyak untung.

Penyimpan emas juga untung kerana harga emas biasanya naik bila ringgit jatuh sekaligus emas dalam simpanannya bertambah nilai.

Apa Patut Kita Buat?
👉 Kurangkan hutang, usaha untuk tutup hutang jahat.
👉 Simpan aset selamat seperti emas fizikal untuk lindung nilai.
👉 Berjimat, elak perbelanjaan luar negara kalau tidak perlu.
👉 Setiap langkah kewangan fikir kesan jangka panjang, bukan hanya kesan segera.

#AAR