Nota Emas RieHan
70 subscribers
1.23K photos
168 videos
8 files
300 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Dana Pendidikan sebaiknya disimpan dalam bentuk emas.

Harga emas akan naik seiring usia anak-anak.

Hari ini harga emas sekitar RM400++ segram.


Bagaimana 10 tahun lagi?
Bagaimana 20 tahun lagi?

Bila anak-anak dah besar, harga emas telah pun naik. Itulah sebab emas sesuai dijadikan sebagai Dana Pendidikan.


Ikhlas,
Mazuri Zakaria
Priority Dealer
Gais,

Baru-baru ini ada orang tanya saya pasal syarikat emas yang jual emas 20g tapi dapat 100g.

Dengan kata lain, ini strategi istimewa sebab beli 1 dapat ganda 5.

Apenii???

Well gais, nasib baik saya dah kenal emas sejak 17 tahun lepas.

Bukan setahun jagung saya dengan emas, tapi dah 17 tahun jagung 🤭

Jadi saya boleh cerita pengalaman saya dengan konsep jualan emas seperti ini.

Untuk pengetahuan anda, konsep modal 20% ke 30% daripada harga emas tapi dapat emas 100% nie dah wujud sejak tahun 2008.

Lama dah syarikat emas pakai strategi nie.

Takde apa yang specialnya.

Sebab apa? Baca sampai habis.

Tahun 2008 sampai 2011 nie adalah zaman trend harga emas menaik.

Jadi, ada satu company ketika itu, namanya Etika Emas Estet Sdn Bhd aktif buat promosi beli emas 100g dan dapat 300g.

Wow! Cammana beli seketul 100g tapi dapat 3 ketul? (300g)?

Jawapannya; anda bayar untuk 100g, lepas tu company Etika Emas akan tambah lagi 2 ketul.

Kemudian, ketiga-tiga ketul 100g tu akan digadaikan di Arrahnu Bank Rakyat.

Waktu tu arrahnu bank rakyat bagi pinjaman buat penggadai kali pertama dalam 65%.

Jadi, hasil gadaian 300g tu (termasuk yang anda bayar full 100g) SEMUANYA diserahkan kepada agen syarikat sebagai duit belian baki 200g tu.

Jadi, anda sebagai pembeli dapat 300g dan syarikat penjual dapat duit untuk 200g tadi.

Walaupun pembeli dapat 300gram, tapi semuanya dalam arrahnu kan?

Walaupun pembeli dapat 300 gram,
Tapi ia datang dengan hutang arrahnu untuk 300g dan upah simpan yang nak kena bayar setiap 6 bulan.

Lepas tu, pembeli diajar teknik overlap surat gadai.

Maksudnya bila harga emas naik, diorang pergi buat surat gadaian yang baru dengan nilai emas yang baru. Jadi akan ada lebihan duit dari arrahnu dan upah simpan telah ditolak siap-siap.

Pembeli seronok sebab dapat duit lebihan dan tak payah bayar upah simpan.

Dia tak sedar yang dia bakal terjerat dengan pinjaman yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih tinggi untuk surat kedua tu.

Jadi gais,

Selagi harga emas naik, selagi itu diorang repeat proses buat surat gadaian baru, dapat duit dan upah simpan tak payah bayar.

Hdup pembeli emas secara arrahnu ini sangatlah indah sehinggalah….

Bila gold market berada dalam trend menurun mulai hujung tahun 2011.

Jadi, pembeli tak boleh renew surat sebab harga emas jatuh dan mereka terpaksa membayar upah simpan setiap 6 bulan.

Kalau bayar sekali takper… tapi kalau trend harga emas jatuh lebih setahun?

Memang habis koyak pembeli emas mereka. Waktu tu ramai yang terlelong emas mereka sebab tak mampu bayar upah simpan dan pinjaman, sebab amountnya dah jadi terlalu besar.

Over leverage.

Sebab tu kaedah jualan emas tersebut dah pupus ketika zaman 2011-2015 waktu trend harga menurun.

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2009, syarikat Etika Emas Estet tu disiasat oleh Bank Negara.

Jadi terus terbenam syarikat tersebut dan habis agen-agen mereka meroyan.

Pembeli emas mereka tersepit sebab kena tanggung upah simpan dan company tak boleh beli balik emas tu kat arrahnu.

Last-last emas terlelong atau kena jual kat pembeli surat pajak dengan harga yang rugi.

Disebabkan insiden Etika Emas Estet inilah, banyak arrahnu bank ketika itu mengambil keputusan untuk TIDAK MENERIMA gadaian jongkong emas ketika itu.

Jadi, nampaknya sejarah bakal berulang lagi.

Dengan kenaikan harga emas sekarang, dah wujud kembali teknik beli emas dengan modal 20%.

Kalau arrahnu di Malaysia tak ambil cakna perkara ini dan membiarkan ia berleluasa, nescaya ia bakal mengundang kesan buruk di masa akan datang.

Gais,

Dalam emas nie, tak payahlah terliur dengan janji-janji untung banyak dan untung cepat dan modal sedikit dapat emas banyak.

Semua tu terbukti bohong.

Namun, sekiranya anda tidak pernah ditipu sepanjang anda hidup dan anda nak untung cepat, saya cadangkan anda beli sebanyak mungkin emas dengan konsep bayar 20% nie.

Ia sangat bagus untuk anda.

Sebab guru emas saya pernah berpesan

“Setiap orang perlu ada pengalaman kena tipu at least sekali dalam hidupnya.

Kalau tak kena tipu sekarang, bila lagi? 🤭
Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
🚨🚨 *Price Alert* 🚨🚨

*Harga GAP = RM486/gram*

Harga emas semasa tengah *turun* sebanyak *RM5 segram* daripada *RM486* kepada *RM481* sekarang.

Ini sesuai kalau nak beli item bermula 10gram atau 1 Dinar secara *full payment* atau *EPP*. Harga berubah setiap 20 minit.

Boleh tambah simpanan. 👍🏻
Harga emas GAP *naik RM6* kepada *RM492/gram*. Semalam dah _alert_ kan pergerakan harga. 👍🏻
𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡

1. Jika anda berhasrat menjadi pelabur emas, item minimum cadangkan ialah gold bar 100 gram , 250 gram dan 1 kilogram.

2. Ini kerana harga per gram lebih rendah dan susut nilai kecil hanya 6% dan 7% sahaja.

3. Emas juga adalah ibarat aset seperti hartanah dan rumah cuma emas jauh lebih mudah dijual berbanding rumah dan hartanah.

4. Selain itu semua urusan jual beli emas Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisor dan diaudit setiap tahun.

POV : Aset Yang Senang Dibeli Berdikit-Dikit & Senang Jual Balik Tak Risau Cari Buyer (Process pun cepat)

Kredit Kak Nida
Minggu ini dan seterusnya adalah minggu gaji.

*Jom kayakan diri sendiri dulu* dengan asingkan sebahagian gaji untuk simpanan EMAS:

1️⃣ GAP serendah RM100
2️⃣ GAP segram RM494 harini
3️⃣ GAP berapa saja jumlah
4️⃣ Gold bar atau dinar 1x bayar
5️⃣ Gold bar atau dinar 6x bayar
6️⃣ Gold bar atau dinar 10x bayar
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2024 gram
RM 494 = 1.0000 gram

Harga GAP 🔼 RM 2

Terendah: RM 409 (1 Jan 2025)
Tertinggi: RM 533 (22 Apr 2025)

Dikemaskini: 22 May 2025
Ini 5 Dinar Public Gold.
Beratnya 21.25gram.
Harganya hari ni sekitar RM10,000+

5 Dinar ini boleh buat apa?

Kahwin - 4keping
Deposit rumah idaman - 5keping
Dana kecemasan - 6keping
Dana pendidikan anak-anak - 6keping

Tak perlu nak tunggu ada calon untuk berkahwin atau nak tunggu anak dah nak masuk universiti baru nak mula simpanan 5 dinar ni.

Mulakan sekarang 😊
“Gaji Baru Masuk, Tapi Duit Dah Habis?”

Pernah alami situasi ni? Gaji baru je masuk, tup-tup rasa macam dah tinggal syiling je. Bukan sebab gaji tak cukup, tapi sebab duit bocor! 😩

Duit bocor ni bukan sebab dompet koyak ya. Tapi sebab duit keluar senyap-senyap—beli itu, beli ini, swipe sana sini. Lagi-lagi zaman sekarang, semua main sentuh je. Sekali tap, poof duit lesap.

Yang seramnya, kita pun tak tahu ke mana duit tu pergi. Tiba hujung bulan, mula la garu kepala.

Sebab tu penting ada ‘pelampung’ kewangan—contohnya, simpan emas.

Kenapa emas? Sebab emas susah nak cairkan untuk benda remeh. Takkan la nak jual emas semata-mata nak beli bubble tea kan?

Bila duit dalam bentuk emas, kita jadi lebih berhati-hati. Lama-lama, tabiat boros pun boleh jinak.

Kalau rasa duit selalu ‘ghaib’, mungkin dah sampai masa tukar cara simpan. Cuba simpan emas. 😌💰
HARGA GAP MEI 2025

Tertinggi : RM502/gram
Terendah : RM469/gram
Purata : RM489/gram

Harga hari ini (31 Mei) sama seperti harga harga purata bulanan: *RM489/gram*.

Boleh tambah simpanan. 👍🏻
Membina benteng kewangan peribadi perlukan disiplin dan konsisten macam usaha membina Tembok Besar China. Ia tak dibina sehari, tapi batu demi batu, sampai jadi benteng pertahanan kukuh yang mampu bertahan menjangkau ribuan tahun

Sama juga dengan simpanan emas. Nampak sikit, tapi bila konsisten, anda sebenarnya sedang membina "Tembok Emas" sendiri. Setiap gram emas, macam sebuah bata yang disusun kemas.

Lama-lama, "Tembok Emas" ni akan menjadi benteng kewangan yang melindung anda dari ekonomi yang tidak menentu dan inflasi.

Jadikan simpanan emas sebagai rutin, walaupun serendah 1 gram sebulan, walaupun serendah RM100 sebulan.

Ayuh, mula menyusun bata, membina tembok emas anda bersama saya!

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Analisis harga emas 2/6/2025 (Isnin).

Gais.

Harga emas melonjak naik dalam dagangan Asia pada hari Isnin.

Emas meningkat pada hari Isnin apabila ketegangan perdagangan antara AS dan China meningkat, dan ancaman Trump terhadap tarif komoditi yang lebih tinggi mendorong pelabur menjauhi aset berisiko.

China pada hari Isnin menolak tuduhan Trump bahawa ia telah melanggar perjanjian perdagangan yang baru ditandatangani, dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak untuk melindungi kepentingan nasionalnya. 

Harga emas secara umum juga mendapat sokongan daripada kelemahan dolar, selepas Gabenor Rizab Persekutuan Christopher Waller menyatakan sokongannya terhadap penurunan kadar faedah pada akhir tahun ini. 

Kelemahan dolar menjadikan emas lebih murah bagi pembeli asing, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap logam berharga tersebut.

Secara keseluruhan, ketegangan perdagangan yang berterusan antara dua ekonomi terbesar dunia dan ketidakpastian mengenai dasar tarif AS telah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, mendorong kenaikan harga dalam dagangan Asia.

Semoga pelabur emas tersenyum 😁

#NotaEmasSyukorHashim
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik, RM4/g lebih tinggi berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.1996 gram
RM 501 = 1.0000 gram

Statistik Jun 2025
Tertinggi: RM502 (03/06)
Terendah: RM489 (01/06)

Statistik 2025
Tertinggi: RM533 (22/04)
Terendah: RM409 (01/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM533 (22/04/2025)