Nota Emas RieHan
71 subscribers
1.19K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Photo from Riehan Store
Pada April 2021, ada dua sahabat berminat dengan pelaburan dan simpanan emas. Masing-masing ada RM25,000 boleh digunakan untuk membeli emas.

Seorang rajin membaca sebelum membeli emas. Seorang lagi hanya ada impian nak kaya cepat. Jadi pendapat dan cara pemikiran mereka tidak sama. Yang rajin membaca hanya beli emas cara konvensional dengan Public Gold sebanyak 100 gram. Seorang lagi beli emas dengan syarikat pelaburan untung 10 kali ganda.

Kalau harga emas naik jadi RM500 segram, yang nak kaya cepat dah kira dia akan ada setengah juta ringgit. Dah boleh beli rumah tunai tanpa perlu kerja keras. Pada waktu itu, cerita emas RM500 segram dah mula kedengaran, jadi tidaklah mustahil.

Hari ini harga emas dah capai RM500 segram. Sahabat yang beli emas Public Gold pada nilai RM25,000 emasnya hari ini dah bernilai RM50,000. Kawannya yang masuk ke skim emas ganda-ganda masih bergenang air mata mengenangkan withdrawal yang tak kunjung tiba.

Ingat tuan puan, beli emas mesti dapat emas. Tidak ada skim ganda-ganda dengan emas. Emas tidak ada dividen.

Kisah sekadar rekaan bukan untuk mengeruhkan suasana, tapi untuk kita semua beringat di luar sana ramai orang yang berniat jahat nak pergunakan mereka yang tamak.

Kredit: Tn Nazim
Disebabkan harga emas naik begitu pastas hari ni, jadi harga GAP berubah dari RM406 ke RM503
perang dagang US-China
Harga GAP naik lagi ke RM510😅
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! 🔥

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara 📈

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025
📉 SAHAM VS 📈 EMAS

Tahun ni so far, emas dah naik +13.5%, tapi saham S&P 500 pula jatuh -15%

Ramai excited dengan rekod baru harga emas — tapi ada fakta yang korang kena tahu:

Throwback balik ke Januari 1980, harga emas pernah cecah $850/oz. Bila adjust dengan inflasi, harga tu sebenarnya lebih kurang $3,486 dalam nilai hari ini.

Walaupun sekarang harga emas nampak mencanak, ia belum pun capai ‘true all-time high’ dalam kuasa beli sebenar. Faham?

Maknanya kita belum pun sampai kemuncak sebenar lagi.

Gold Silver via Emas2U
Ini keratan berita pada tahun 2012.
Pada ketika itu, pakar menjangkakan harga emas akan mencecah RM503 pada tahun 2020. Walaupun lewat 5 tahun, namun hari ini angka itu tiba jua.

😢 Kalau la saya simpan emas waktu tu..

😢 Kalau la saya bermula lebih awal..

Jangan mengeluh. Kita tak akan dapat kembali ke masa lalu. Kita juga tidak dapat mengawal kenaikan harga emas.

Apa yang boleh kita buat adalah mengambil tindakan segera dan bermula.

BERHENTI BERTANGGUH
BERHENTI MENUNGGU
BERHENTI MEMBUAT ALASAN

Seterusnya tersenyum melihat simpanan kita terus berkembang.

Dapat sesuatu?

Semoga bermanfaat ☺️
Harga emas GAP *turun RM3* kepada *RM508/gram* berbanding harga tertinggi RM511/gram, semalam.

Boleh ambil peluang tambah simpanan pada harga diskaun.
EMAS design kapal cruise mewah. Memang cantik! 😍

*gambar sebelum item ditimbang, disahkan ketulenan, dan diletakkan pada kad.
PG melancarkan gold bar 1 GRAM design baharu iaitu kapal cruise mewah.

Dinamakan sebagai *Budapest River Cruise* - diinspirasikan daripada pelayaran mewah menelusuri Sungai Danube yang merentasi bandar bersejarah Budapest! 🎉

Bukan sahaja design kad bertemakan kapal cruise, tetapi *cetakan emas* itu sendiri adalah *berbentuk kapal cruise*! Wow! 🥳

Terhad kepada 10,000 keping sahaja. Sudah boleh buat pengeluaran melalui GAP mulai sekarang!
Kilang Penulenan Emas Public Gold – Batu Kawan

Ramai tak tahu, kilang emas ni ada banyak jenis. Tapi hari ni saya betul-betul teruja sebab dapat info berkenaan proses projek kilang refinery emas Public Gold yang sedang dibina di Batu Kawan. Progress pembinaan kini dah capai 40%!

Untuk yang belum tahu, kilang 'refinery' berfungsi untuk menulenkan semula emas yang kurang dari 999 seperti barang kemas, nugget, atau emas campur.

Ini bakal jadi sejarah negara.
Nama Public Gold bakal sekali lagi terpahat dalam Malaysia Book of Records.

Sebelum ini, Malaysia tak ada satu pun kilang penulenan emas seperti ini. Setiap kali nak tulen semula emas, kita perlu hantar ke luar negara—kos tinggi, masa pun lama. Tapi dengan kewujudan kilang ini, semuanya akan jadi lebih mudah dan kos jauh lebih rendah.

Apabila siap nanti, kilang ini dijangka mampu mengeluarkan sehingga 10 tan emas setahun!
Ini bukan saja membantu Public Gold, tapi juga menguntungkan seluruh industri emas tempatan.

Dengan adanya kilang 'refinery' ini, kita hampir lengkapkan keseluruhan rantaian emas—daripada proses penulenan hinggalah ke tangan pengguna.

Tahniah Public Gold!
Tahniah semua penyimpan emas PG!
Kita bukan main-main, we’re going global!

Semoga kita semua terus cemerlang dan memberi impak besar kepada ekonomi rakyat.
Photo from Riehan Store
[Alert Harga]

Harga emas GAP telah dipinda kepada RM520 per gram dengan perbezaan RM9/g dari harga tengah malam tadi.
Dunia sedang gila-gila beralih kepada EMAS atas pelbagai sebab: antaranya tarif, jangkaan kenaikan harga dan jangkaan recession.

Takkan kita tengok saja?