Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.29K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
#TipsEmas

Penyimpan emas yang berilmu tak akan rugi sebab:

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa biasa. Penyimpan emas yang berilmu, dia akan beli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 - 3 tahun.

2. Emas adalah duit tunai juga.

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik (i.e. inflasi) itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!

Nak mulakan simpanan emas dan perlukan bimbingan saya sedia berikan bimbingan secara percuma.

Saya Master Dealer yang aktif sejak tahun 2015 dan telah membimbing lebih 500 penyimpan emas seluruh Malaysia.

Nota:
Untuk 1Dinar - 10 Dinar @ 10gram - 1000gram, promo boleh bayar 10x selama 10bulan masih ada.
Waktu Terbaik Bermula
=====
Bagi sesiapa yang nak bermula menyimpan emas, tak perlulah nak tunggu harga yang terbaik. Sebaiknya, mulakan dengan bajet kecil (sekitar RM100-RM200) supaya ada penanda aras (benchmark) untuk diri sendiri terlebih dahulu.
.
Pembelian pertama itu akan buatkan kita lebih faham apabila belajar tentang emas. Jangan fikir nak buat untung lagi ya. Baru beli 1gram, dah tanya bila boleh jual 🤔🤔🤔.

Bagaimana cara nak untung, kita perlukan ilmu. Belilah buku-buku, datang ke seminar-seminar dan berkawanlah dengan orang-orang yang ada ilmu tentang emas.
.
#TipsEmas #Simpanan #Emas #Ilmu