Public Gold by EZ
370 subscribers
4.36K photos
60 videos
4.46K links
Download Telegram
TIPS BELI EMAS

Soalan: Bila masa terbaik beli emas?

Pertanyaan biasa dari pemerhati luar yang menunggu harga emas jatuh baru nak mula.

Beberapa pilihan jawapan;

Jawapan terbaik,
20 tahun lepas ketika harga emas sekitar RM35 segram.

Jawapan kedua terbaik,
10 tahun lepas ketika harga emas sekitar RM165 segram.

Jawapan ketiga terbaik,
SEKARANG ketika harga emas sekitar RM270 segram.

Dengan purata kenaikan sekurang-kurangnya 10% setahun, harga emas akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

RM270 segram hari ini akan murah bila harga emas melebihi RM300 segram tahun depan.

Kawan-kawan,

Harga emas yang murah dah jadi bahan sejarah.

Mereka yang terus menanti nak mula, banyak kes duit simpanan pun dah habis belanja entah ke mana.

Nasihat kami, mulakan dulu sekecil 1 gram.

Lagi pula beberapa hari ni harga emas di paras terendah tahun ni.

Beli saja.

Daftar percuma di sini.
http://bit.ly/PG-registration

#PG1M
#ezgoldtips
TAKUT ZAKAT EMAS

Emas logam istimewa yang cantik dan bernilai yang dijanjikan sebagai satu ganjaran di Syurga.

Bila miliki emas akan terbit rasa sayang, keinginan nak simpan dan terus kumpul, bagi perlindungan dan tak nak lepaskan. Fitrah semulajadi manusia terhadap emas.

Hinggakan Allah swt bagi ancaman yang pedih. Diperintahkan penyimpan emas agar keluarkan juga dalam bentuk zakat bila simpanan telah cukup haul dan nisab.

Ada golongan yang kami jumpa jadikan zakat sebagai alasan untuk tidak memiliki emas. Mereka menjadi gerun bila berbicara tentang zakat.

Banyak salah faham yang perlu dibetulkan. Mari tonton Ustajah Jaja bagi penerangan tentang zakat emas.

Zakat hanya diwajibkan kepada orang kaya. Belum lagi kami dengar sesiapa jatuh miskin akibat simpan emas dan bayar zakat.

Zakat mensuci dan menyuburkan harta.
Zakat berkongsi dan menambahkan rezeki.

Mari bersama kami melayakkan diri menjadi penyumbang zakat. Ramai pelanggan kami bercita-cita untuk menjadi ‘orang kaya’ yang sebenar dengan menjadi pembayar zakat emas.

Untuk mereka di Jepun boleh salurkan sumbangan zakat kepada Japan Da’wah Centre atau hubungi Tuan Zulkarnain Hasan Basri. Rujuk gambar.

Mulakan langkah pertama dengan bertanya kepada kami,

https://wa.me/601151106707

#PG1M
#ezgoldtips
#PublicGold
#SimpananEmas
KOLABORASI SIRIM DAN PUBLIC GOLD MINT

Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kualiti di sektor perkilangan dan sedang bertugas di Jepun mendalami budaya masyarakat yang mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan, ada beberapa isi tersurat dan tersirat yang menarik perhatian dari berita ini.

Antara fakta menarik yang membezakan Public Gold dengan syarikat emas lain;

1️⃣ Kilang sendiri
Public Gold Mint (PGMint) ialah kilang pengeluar emas milik Public Gold Group, fasiliti yang digunakan untuk proses logam mentah sampai bentuk produk emas milik Public Gold dan untuk syarikat emas lain.

Antara kelebihan memiliki kilang sendiri;
▪️ Bekalan terjamin dan tak putus
▪️ Pengeluaran maksimum boleh tampung permintaan tinggi
▪️ Penjimatan kos operasi dapat kurangkan harga pergram emas

2️⃣ Pengiktirafan SIRIM
PGMint ialah syarikat pertama akan melalui saringan ketat Piawaian Emas SIRIM. Pengiktirafan SIRIM akan memberi jaminan produk berkualiti tinggi kerana disahkan mempunyai penyeliaan, kawalan dan pemeriksaan yang ketat.

Kata orang ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Kesediaan untuk berada di bawah kanta pembesar SIRIM menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan proses dan produk Public Gold.

3️⃣ Panel penasihat industri
Kolaborasi bersama SIRIM menjadikan Public Gold sebagai panel rujukan kepada SIRIM perihal industri penapisan dan penempaan logam (‘metal minting and refinary’).

Proses dan produk Public Gold akan digunakan sebagai rujukan dan menjadi penanda aras untuk memastikan keberkesanan dan memperkasakan Piawaian Emas SIRIM untuk kemajuan industri emas tempatan.

4️⃣ ‘Market Leader’
Public Gold sentiasa menjadi peneraju kepada pasaran emas tempatan. Ketika pelanggan beragama Islam gusar dengan kepatuhan syarak, Public Gold mengambil inisiatif menjadi syarikat pedagang emas pertama di dunia yang mendapatkan sijil patuh syariah.

Kini dengan lambakan produk emas di pasaran, Public Gold akan terus membezakan kualiti produk dengan pengiktirafan jaminan oleh SIRIM.

5️⃣ Pasaran antarabangsa
Pelan strategik Public Gold seterusnya ialah untuk menembusi pasaran dunia. Pengiktirafan dari SIRIM diperlukan sebagai batu loncatan untuk memperoleh akreditasi London Bullion Market Association (LBMA) untuk pasaran antarabangsa.

Sehingga kini Public Gold telah tembus pasaran negara jiran Singapura, Brunei dan Indonesia.

6️⃣ Kepuasan pelanggan
Sejak penubuhan tahun 2008, Public Gold telah menjadi syarikat pengeluar emas yang berkredibiliti tinggi.

Public Gold sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan para pelabur dan penyimpan emas. Tidak hairanlah Public Gold menjadi syarikat emas pilihan nombor satu Malaysia dengan hampir 900,000 keahlian telah berdaftar sehingga kini.

Ts. Ezzy Ismail
Principal Engineer
Customer Technical Support
Tokyo Jepun

Ezzy & Zaza
Public Gold Business Owner

Ingin kami bimbing?

Hubungi kami di sini:
https://wa.me/601151106707

Daftar percuma di sini.
http://bit.ly/PG-registration

#SIRIM
#PG1M
#PublicGold
#simpananemas
#ezgoldtips

https://www.thesundaily.my/business/public-gold-mint-inks-mou-with-sirim-MH10062439?fbclid=IwAR3zCfRQ40TqFXs45WNq0OMoCwp-Np80Rat-3w8-9etKeVF3kCPuS9Sbsys