orangperak.com
3.33K subscribers
129 photos
1 video
5 files
661 links
Terkini dari orangperak.com
Download Telegram
Jom buat siapa-siapa yang berminat, jemput masuk dengan applikasi whatsapp ke group official Orang Perak.

Senang sikit kome nak dapatkan info terkini dari Orang Perak atau kome pun boleh share maklumat terkini dalam group Whatsapp tersebut.

https://chat.whatsapp.com/FHrHIaPa9lKGLmM84RKKgb

Terima kasih 🙂
𝐃𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73.

Patik berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga melanjutkan usia Tuanku Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan.

Menjunjung kasih Tuanku.

Sembah Takzim daripada

Pasukan pengendali laman fb Orang Perak

https://www.facebook.com/share/p/12LomT6U8mH/
Kenali Raja Puan Besar Perak, DYTM Raja Nazhatul Shima

Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, atau lebih mesra dikenali sebagai Ku Dottie, adalah seorang figura yang tidak asing di negeri Perak. Dilahirkan pada 20 Februari 1952, baginda merupakan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan yang memegang peranan penting dalam institusi diraja negeri ini.

Kehidupan baginda penuh dengan warna-warni sejarah, pendidikan, dan dedikasi terhadap keluarga serta masyarakat. Artikel ini akan mengupas lebih mendalam tentang latar belakang, pendidikan, kehidupan peribadi, dan sumbangan baginda kepada negeri Perak.

Raja Nazhatul Shima adalah anakanda kedua kepada Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-33, dan Raja Perempuan Muzwin binti Raja Ariff Shah.

Jom ikuti kisah keperibadian baginda dalam artikel di ruangan komen dibawah..

https://www.facebook.com/share/p/15jy69788W/
Petisyen Pembebasan Sultan Abdullah, 21 Februari 1888

Pada tarikh ini, 21 Februari 1888, satu petisyen telah dihantar oleh komuniti Pulau Seychelles memohon pembebasan Sultan Abdullah dari pulau terpencil itu. Pulau Seychelles, yang terletak terasing di tengah Lautan Hindi, merupakan sebahagian daripada tanah jajahan British dan pada masa itu dijadikan lokasi pembuangan negeri.

Pada Ogos 1877,Sultan Abdullah bersama keluarganya dan beberapa orang pembesar negeri Perak telah dihantar ke Pulau Seychelles setelah didapati bersalah merancang pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak. Setelah bertahun hidup dalam buangan, Sultan Abdullah akhirnya dibenarkan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1894 dan menetap di Singapura.

Petisyen ini bukan sekadar permohonan pembebasan, tetapi juga mencerminkan perjuangan dan harapan sebuah komuniti yang terpisah dari tanah air mereka.

Rujukan : Arkib Negara Malaysia Negeri Perak

https://www.facebook.com/share/p/15iJKZeCYq/
Apam Kuala, Keunikan Kuih Tradisional Perak yang Menawan Hati

Apam Pasang, atau lebih dikenali sebagai Apam Kuala, merupakan salah satu kuih tradisional yang berasal dari negeri Perak, khususnya daerah Kuala Kangsar. Kuih ini bukan sekadar hidangan ringan, tetapi juga menjadi simbol warisan budaya yang masih kekal relevan hingga ke hari ini.

Meskipun dunia semakin moden dengan pelbagai alat elektronik dan teknologi canggih yang memudahkan proses penyediaan makanan, aroma dan rasa Apam Kuala yang dimasak secara tradisional tetap tidak dapat ditandingi. Keunikan dan keasliannya menjadikan kuih ini terus menjadi pilihan ramai, terutama bagi mereka yang menghargai citarasa tradisional.

Jadi jom baca dengan lebih lanjut berkenaan Apam kebanggaan Orang Kuale ini pada artikel yang disertakan di ruangan komen dibawah..

https://www.facebook.com/share/18gLo1PWT7/
Channel photo updated
Perak, negeri yang kaya dengan sejarah dan sumber alam, kini menghadapi satu lagi transformasi besar – menjadi negeri pertama di Malaysia yang berstatus “negeri menua” menjelang 2030.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), sekitar 14.6% penduduk Perak telah berusia 60 tahun ke atas pada tahun 2023, dan angka ini dijangka meningkat kepada 18% dalam tempoh lima tahun akan datang. Situasi ini menuntut persiapan rapi, khususnya dalam menyediakan infrastruktur yang mesra warga emas.

https://www.facebook.com/share/p/18jGh65KR4/
Kenali Datuk Bandar Serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Perak

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan penting dalam membentuk landskap sosio-ekonomi dan fizikal sesebuah negeri. Di Perak, PBT bukan sekadar pengawal selia pembangunan, tetapi juga pemangkin utama dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

PBT merujuk kepada institusi yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pembangunan di peringkat tempatan. Di Perak, beberapa contoh PBT termasuk Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Daerah Kuala Kangsar dan beberapa lagi. Setiap PBT mempunyai bidang kuasa tertentu yang merangkumi perancangan bandar, pengurusan alam sekitar, perumahan, kesihatan awam, dan banyak lagi.

Jadi jom kita kenali Datuk Bandar Ipoh, Yang Dipertua Majlis-Majlis Perbandaran serta Yang Dipertua Majlis-Majlis Daerah di negeri Perak ini. Pastikan kenal pegawai yang mentadbir kawasan tempat tinggal anda..

https://www.facebook.com/share/p/1V7Son8znS/
Menteri Besar Perak Pertahankan Pelantikan Pegawai Khas di Kawasan DUN Pembangkang: Langkah Strategik atau Politik?

Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, hari ini mempertahankan keputusannya melantik pemimpin parti kerajaan sebagai pegawai khas di semua 26 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang. Tindakan ini dikritik oleh beberapa pihak yang mendakwa ia bertujuan untuk "membunuh" karier politik wakil rakyat pembangkang di kawasan tersebut.

Namun, Saarani menegaskan bahawa langkah ini diambil untuk memastikan keberkesanan pentadbiran negeri dan menutup kelompongan yang wujud akibat ketiadaan wakil kerajaan dalam mesyuarat tindakan daerah.

https://www.facebook.com/share/p/1Nxc5J9FhP/
Orang Perak mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta rakyat DUN Air Kuning atas pemergian YB Ishsam Shahruddin yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Didoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya disamping hambaNya yang beriman.

https://www.facebook.com/share/p/1EeWtu78gt/
Fort Carnarvon, sebuah kubu bersejarah yang terletak di Taiping, dibina antara tahun 1880 dan 1885. Pembinaannya adalah tindak balas langsung kepada rusuhan besar-besaran yang tercetus pada 3 Oktober 1879, melibatkan ribuan penduduk bandar tersebut. Tragedi itu mengakibatkan kematian 28 perusuh, kecederaan dua anggota polis, dan ramai lagi yang tercedera.

https://www.facebook.com/share/p/1H8cGjntU2/
Pada hari ini 23 Februari 1973, 52 tahun yang lalu, Hospital Changkat Melintang, Bota telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein.

Hospital ini mula dibina pada tahun 1971 di atas sebidang tanah seluas 8.4 hektar. Pembinaannya adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Dilengkapi dengan 50 katil, Hospital Changkat Melintang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk rawatan pesakit luar, klinik pakar, rawatan harian, farmasi, wad bersalin, dan rawatan kecemasan. Selain itu, hospital ini juga menyediakan kemudahan sokongan seperti surau, kantin, taman permainan kanak-kanak, dan telefon awam untuk kemudahan pengunjung.

Namun setelah 51 tahun beroperasi, pada 29 November 2024, Hospital Changkat Melintang telah ditutup dan operasinya dipindahkan sepenuhnya ke Hospital Seri Iskandar.

https://www.facebook.com/share/p/19kaHXTdFT/
Pada hari ini 25 Februari 2009, satu babak penting dalam sejarah pentadbiran tempatan di Perak telah tercipta dengan pengumuman rasmi melalui Warta Kerajaan Negeri Perak No. 403. Pada tarikh tersebut, nama Majlis Daerah Kinta Selatan telah ditukar secara rasmi kepada Majlis Daerah Kampar. Perubahan ini bukan sekadar perubahan nama, tetapi ia menandakan permulaan era baharu bagi daerah ini, seiring dengan penubuhan daerah Kampar sebagai sebuah entiti pentadbiran yang baharu.

Pembentukan daerah Kampar ini adalah hasil daripada pecahan dua daerah kecil, iaitu Gopeng dan Kampar, daripada daerah Kinta yang sedia ada. Proses pengisytiharan rasmi daerah Kampar telah disempurnakan melalui pengumuman dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 586, No. 587, dan No. 588 pada 23 April 2009. Pengisytiharan ini menandakan pengiktirafan rasmi terhadap Kampar sebagai sebuah daerah yang berdiri sendiri, dengan identiti dan pentadbiran yang tersendiri.

https://web.facebook.com/share/p/1DiWQcVKni/
Berbuka Puasa.png
3 MB
Jom semua letakkan di ruangan komen Facebook Orang Perak, senarai tempat dan harga buffet berbuka puasa yang ada disekitar tempat anda. Boleh juga memudahkan sahabat-sahabat semua untuk merancang berbuka diluar bersama keluarga dan kawan-kawan serta membantu perniagaan warga Orang Perak kita.

https://www.facebook.com/share/p/18poEDVq1h/
Sultan Nazrin Gesa Tindakan Tegas Terhadap Khatib Enggan Baca Teks Khutbah Rasmi: "Jangan Biar Barah Perpecahan Menular"

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, meluahkan kebimbangan baginda terhadap tindakan segelintir khatib di negeri ini yang enggan membacakan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Baginda menyifatkan perbuatan tersebut sebagai "keterlaluan" dan tidak boleh dipandang ringan, malah berpotensi mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam."

Titah baginda, masjid dan surau seharusnya menjadi tempat untuk menyatupadukan ummah, bukannya dijadikan gelanggang menyebarkan dakyah songsang atau propaganda politik.

https://www.facebook.com/share/p/1KwiyLPXYp/
Pada 26 Februari 2005, 20 tahun yang lalu, satu lagi sejarah penting tercipta dalam industri automotif Malaysia apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, merasmikan kilang baharu Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) di Tanjung Malim, Perak.

Kilang yang menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion ini terletak di atas kawasan seluas 518 hektar dan merupakan sebahagian daripada projek Bandar Raya Proton yang meliputi kawasan seluas 4,000 ekar.

https://www.facebook.com/share/p/14VBiQVQnk/
Pada 13 November 1975, satu tragedi hitam berlaku. Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak telah dibunuh dengan kejam oleh dua orang pengganas komunis yang menaiki motosikal. Kejadian ini berlaku di persimpangan lampu isyarat antara Fair Park dan Jalan Anderson di Ipoh, Perak.

Pemandunya, PC 5135 Yeung Peng Chong, juga terkorban ketika cuba melawan penyerang tersebut. Walaupun dibawa ke Hospital Besar Ipoh (kini dikenali sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun), keadaan Khoo Chong Kong semakin tenat akibat kecederaan parah yang dialaminya. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 November 1975, pada usia 50 tahun.

https://www.facebook.com/share/p/15rJqZzZuu/
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 2025M/1446H

https://www.facebook.com/share/p/19xhBiCjmH/