orangperak.com
3.33K subscribers
129 photos
1 video
5 files
661 links
Terkini dari orangperak.com
Download Telegram
๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-70.

Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga melanjutkan usia Tuanku Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan.

Menjunjung kasih Tuanku.

Sembah Takzim daripada

Pasukan pengendali laman fb Orang Perak
Tugu Perang Perak 1875-1876 di Kampung Gajah

Berhampiran Arked MARA Kampung Gajah, terdapat sebuah tugu peringatan yang tidak ramai tahu mengenainya. Mereka yang melalui Simpang 4 Kampung Gajah pasti akan perasan tugu Parang yang menjulang di tengah dataran Kampung Gajah ini.

Tugu ini dibina pada tahun 2009 oleh Majlis Daerah Perak Tengah bagi memperingati peristiwa Perang Perak yang meletus selepas kematian Residen British Perak yang pertama, J.W.W. Birch akibat dibunuh oleh orang-orang Melayu di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Tugu yang dibina pada tahun 2009 ini turut mempunyai informasi sejarah berkenaan Perang Perak. Walaubagaimanapun, keadaan papan informasi tersebut sudah agak uzur dan tulisannya semakin kabur akibat daripada terdedah dengan cuaca dan sebagainya.

Diharapkan pihak berwajib dapat menjalankan proses baik pulih terutama pada papan informasi sejarah tugu berkenaan.

https://www.facebook.com/share/p/1H9yN26s8T/
Satu program gotong-royong untuk membersihkan Masjid Al-Madinah, Kampung Bandor telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Februari 2025 dengan kerjasama beberapa orang waris Kampung Bandor, Guru Tahfiz serta Cikgu Rezal mewakili team Orang Perak.

Aktiviti pembersihan ini memberi tumpuan kepada ruang solat utama serta kawasan sekitarnya, termasuk Makam Ulama Negeri Perak, Sheikh Muhammad Taib Al-Minangkabawi. Program ini dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghidupkan semula fungsi masjid tersebut, yang telah dicadangkan untuk dijadikan Pusat Pengajian Tahfiz.

Masjid Al-Madinah ini memiliki nilai sejarah yang tinggi kerana pembinaannya melibatkan kayu-kayu yang diwakafkan oleh Panglima Kinta, Muhammad Yusuf, kepada seorang tokoh agama terkenal, Tuan Guru Haji Idris Al-Minangkabawi, semasa pembinaan Masjid Panglima Kinta pada tahun 1898.

https://www.facebook.com/share/p/1A2RFZJSK5/
The owner of this channel has been inactive for the last 11 months. If they remain inactive for the next 20 days, they may lose their account and admin rights in this channel. The contents of the channel will remain accessible for all users.
Bekalan Air di Tapah Akan Pulih Secara Berperingkat Mulai Esok

IPOH โ€“ Penduduk di beberapa kawasan di Tapah, Bidor, dan Teluk Intan yang mengalami gangguan bekalan air sejak Khamis lalu boleh menarik nafas lega kerana bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat mulai esok. Perkara ini diumumkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Exco Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak.

Beliau menjelaskan bahawa pemulihan awal bekalan air dijangka mencapai 50 peratus di kawasan terjejas. Ini adalah hasil daripada kerja-kerja penyelenggaraan paip yang bocor akibat kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya berhampiran Tapah. Lembaga Air Perak (LAP) telah menjalankan kerja-kerja baik pulih paip bocor serta menyediakan bekalan air sementara melalui lori tangki bergerak.

https://www.facebook.com/share/p/1XHtEfRuFR/
Lemang Tepung, Makanan Tradisi Negeri Perak

Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak yang seakan bengkang atau bingka dan cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.

Ia susah untuk didapati di kedai atau pasar malam oleh kerana beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Antaranya adalah ia tidak boleh disimpan dengan lama, ia juga tidak begitu menguntungkan dan hanya boleh bertahan untuk beberapa hari sahaja.

https://www.facebook.com/share/p/18iamFmPR8/
Bukit Selfie, Tempat Menarik Untuk Mengambil Gambar Yang Tidak Diketahui Ramai

Gunung Besout, yang terletak di daerah Sungkai, Perak, Malaysia, semakin popular dalam kalangan penggemar aktiviti luar dan fotografi. Salah satu tarikan utama di kawasan ini ialah Bukit Selfie, sebuah lokasi yang menawarkan pemandangan indah dan peluang untuk mengambil gambar yang memukau.

Jika anda mencari destinasi yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan moden, Bukit Selfie adalah pilihan yang tepat. Bahkan ia menjadi destinasi pilihan para pengantin disini untuk mengabadikan gambar kenangan perkahwinan mereka.

https://www.facebook.com/share/p/15nGFjomfH/
Meor Hezbullah Meor Abd Malik Dilantik Sebagai Datoโ€™ Pengelola Bijaya DiRaja Perak

Dalam satu perkembangan terkini, Meor Hezbullah Meor Abd Malik telah dilantik secara rasmi sebagai Datoโ€™ Pengelola Bijaya DiRaja Perak yang baharu, menggantikan Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai semalam, menandakan permulaan satu era baharu dalam pentadbiran istana.

Pengumuman rasmi berkenaan pelantikan beliau dibuat menerusi akaun Facebook (FB) Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada malam tadi. Menurut hantaran tersebut, Meor Hezbullah, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Perak, akan menjalankan tugas sebagai Datoโ€™ Pengelola Bijaya DiRaja kepada Sultan Nazrin, Gred 14 (Terbuka) secara pertukaran sementara.

https://www.facebook.com/share/p/1AySUu4MaD/
LOJI RAWATAN AIR BUKIT TEMOH KINI BEROPERASI SEMULA DENGAN KADARAN 50%

Lembaga Air Perak (LAP) dengan ini memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh telah beroperasi semula dengan kapasiti 50% daripada pengeluaran sebenar. Hal ini berikutan pengaktifan semula saluran paip air mentah bersaiz 900mm dari Muka Sauk (Intake) Batu 10.

Proses rawatan air kini sedang dilaksanakan, dan air yang telah dirawat akan disalurkan ke dalam sistem agihan untuk mengisi tangki-tangki takungan utama. Proses ini dijangka mengambil sedikit masa untuk mencapai kestabilan sebelum air dapat disalurkan kepada pengguna.

Bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan air, LAP akan melaksanakan sementara catuan penggiliran bekalan air ke daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Bekalan air kepada pengguna, di kawasan Tapah dan Bidor, akan disalurkan secara berperingkat mulai awal pagi 12/02/2025 dan seterusnya digilirkan ke kawasan Hilir Perak.

https://www.facebook.com/share/p/1A4QjHsFA8/
Lembaga Air Perak memaklumkan bahawa bekalan air akan dibuka sementara di kawasan terlibat seperti Kampung Padang Tembak, Kampung Selabak, Kampung Banjar, Jalan Karim, Pekan Baru, Jalan Sultan Abdullah, Kampung Bahagia, Jalan Changkat Jong, Jalan Bidor Teluk Intan dan kawasan sekitarnya.

Bekalan air akan dibuka pada jam 8 malam 12 Februari 2024 dan bekalan air akan ditutup apabila air kolam takungan habis. Anggaran masa air dibuka adalah selama 5 jam. Pengguna dinasihatkan menyimpan air semasa pembukaan sementara tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan LAP Teluk Intan di talian 019-3024277.

https://www.facebook.com/share/p/1PspTjApxW/
Kelamai, Makanan Tradisi Orang Rao Di Perak

Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, kelamai adalah sejenis kuih yang seakan-akan dodol yang menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih. Cara pembuatan kelamai sama seperti membakar lemang dan yang membezakannya ialah bahan-bahan yang digunakan.

Proses penyediaan bahan untuk membuat kelamai memerlukan tempoh masa yang lama kerana bahan yang siap diadun perlu diperap selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk dibakar.

Ia bertujuan supaya bahan tersebut sebati sepenuhnya dan membentuk corak tertentu pada potongan isi kelamai yang sudah masak. Apa yang membezakan lemang dengan kelamai adalah pada buluh yang digunakan.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel pada link diruangan komen ya

#orangperak
#sejarahperak
#MudaBerilmu
#jatidiri
#teamperak

https://www.facebook.com/share/p/1JtBFNY4BN/
Ipoh, bandaraya yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budayanya, kini semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Menurut laporan terbaharu oleh Resonance Consultancy, Ipoh telah berjaya menempatkan diri dalam senarai 100 bandar terbaik di rantau Asia-Pasifik.

Ini bukan sekadar pencapaian biasa, tetapi satu pengiktirafan terhadap kekuatan ekonomi, kualiti hidup, dan daya tarikan budaya yang dimiliki oleh bandar ini.

Dalam laporan bertajuk โ€œBandar Terbaik Asia-Pasifik 2025โ€, Kuala Lumpur mendahului senarai di tangga ke-10, diikuti oleh Johor Bahru (ke-29) dan Pulau Pinang (ke-31). Namun, yang menarik perhatian adalah Ipoh yang berjaya menduduki tangga ke-98. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan tetapi juga menunjukkan potensi besar Ipoh sebagai destinasi yang semakin dikenali di peringkat global.

https://www.facebook.com/share/p/15czJ7FfWr/
Pokok Hujan-Hujan Berusia 140 Tahun Tumbang di Taman Tasik Taiping: Kehilangan Sejarah yang Menyayat Hati

Kejadian menyedihkan berlaku di Taman Tasik Taiping semalam apabila sebatang pokok hujan-hujan (Samanea Saman) yang berusia lebih 140 tahun tumbang di Raintree Walk. Pokok ikonik ini, yang menjadi saksi bisu sejarah kolonial sejak tahun 1880-an, tumbang dipercayai akibat angin kencang yang melanda kawasan itu semasa hujan lebat.

Gambar-gambar pokok yang tumbang itu dengan pantas tular di media sosial, mencetuskan gelombang rasa sedih dan kecewa dalam kalangan netizen, terutamanya pencinta alam sekitar. Ramai yang meluahkan rasa kehilangan mereka kerana pokok hujan-hujan ini bukan sekadar sebatang pokok, tetapi merupakan salah satu tarikan utama Taman Tasik Taiping yang telah memikat hati berjuta pengunjung sejak puluhan tahun lalu.

https://www.facebook.com/share/p/181J1bgyr1/
16 Februari 1935, Peristiwa Bersejarah Istiadat Penyerahan Semula Dinding Kepada Kerajaan Negeri Perak

Pada tanggal 16 Februari 1935, 90 tahun yang lalu, satu peristiwa bersejarah telah berlangsung di hadapan Rumah Rehat, Lumut, yang menandakan pengembalian semula pentadbiran Dinding kepada Kerajaan Negeri Perak.

Istiadat penuh makna ini disempurnakan dengan kehadiran dua tokoh penting, Sultan Perak ke-30, Sultan Iskandar Shah, dan Residen British Perak ke-20, Geoffrey Edmund Cator. Acara ini bukan sekadar upacara formal, tetapi ia melambangkan pengiktirafan semula kedaulatan Perak ke atas wilayah Dinding setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran British.

https://www.facebook.com/share/p/1F9YnQGok6/
Pada 17 Februari 2003, 22 tahun yang lalu, satu lagi lembaran sejarah pendidikan Malaysia telah ditulis dengan pembukaan rasmi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (SBPI Gopeng). Terletak di Jalan Kota Bharu, Gopeng, Perak, sekolah ini dibina di atas lot 137664, Mukim Teja, dengan keluasan 27 ekar.

Pembinaannya bermula pada 13 November 2000 dan menelan belanja sebanyak RM30.4 juta. SBPI Gopeng bukan sekadar sebuah sekolah biasa, tetapi ia merupakan salah satu daripada 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dinaiktaraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI).

Lebih menarik lagi, SBPI Gopeng adalah sekolah berasrama penuh integrasi pertama yang dibuka di negeri Perak, sekaligus menandakan permulaan era baharu dalam sistem pendidikan negeri tersebut.

Jom baca dengan lebih lanjut pada artikel di ruangan komen..

https://www.facebook.com/share/p/1F4xY2MmMA/
Jom ikuti pengalaman wakil pasukan Orang Perak iaitu Cikgu Rezal yang berkesempatan menjejaki dan mendedahkan kewujudan Terusan Haji Idris di Kuala Kinta. Beliau juga merupakan waris keturunan guru agama terkenal negeri Perak iaitu Tuan Haji Idris Al Minangkabawi.

Jadi mari kita sama-sama baca nukilan beliau yang diterbitkan di blog Orang Perak.com ini. Artikel berkenaan ada diruangan komen.

https://www.facebook.com/share/p/15cBFcXXmj/
Status Kerja Pemulihan Bekalan LRA Bukit Temoh
17hb Februari 2025

Lembaga Air Perak (LAP) ingin memaklumkan bahawa secara amnya bekalan air kepada semua pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh, Tapah telah kembali pulih.

Sehubungan itu, jika terdapat pengguna yang masih mengalami gangguan bekalan air diharap dapat menghubungi Pusat Aduan LAP di Talian 15353 untuk semakan lanjut pihak LAP.
Kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baru di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan bagi memastikan kedudukan paip berada pada kedalaman yang sepatutnya.

Lembaga Air Perak mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat dalam memastikan bekalan air dapat dipulihkan seperti sediakala. Kesabaran semua pengguna yang terlibat juga amat dihargai.

Sumber Lembaga Air Perak

https://www.facebook.com/share/p/1ACRiKFF6o/
Jadual-Berbuka-Puasa-Ramadan-2025.png
563.2 KB
Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Perak Ramadan 1446 H / 2025 M

Umat Islam di Malaysia dijangka akan memulakan ibadah puasa pada 2 Mac 2025. Tarikh mula puasa bagi seluruh negeri di Malaysia akan ditetapkan berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah mendapat persetujuan daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman rasmi ini akan disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), seperti yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Perak Darul Ridzuan untuk bulan Ramadan tahun ini dapat memudahkan umat Islam di Malaysia merancang waktu bersahur sebelum masuk waktu Subuh serta berbuka puasa pada saat yang tepat.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak bagi tahun 2025! ๐ŸŒ™โœจ
Jadual penuh boleh dimuat turun dari artikel di ruangan komen ini ya..

https://www.facebook.com/share/p/1635k1rUJH/
Moh sertai 5KM Women Night Run sempena Bulan Wanita Negeri Perak 2025! ๐ŸŒŸโœจ

Bersama-sama kita raikan semangat dan kekuatan wanita dalam acara larian malam yang penuh inspirasi! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช

- Tarikh: 27 Februari 2025 (Khamis)
- Masa: 8.00 malam - 11.00 malam
- Lokasi: Perkarangan Jabatan Belia dan Sukan Perak
- Tema Pakaian: Purple / White

๐Ÿ… Medal eksklusif untuk 500 peserta terawal!

๐Ÿฅค Refreshment, water station, dan hadiah cabutan bertuah menarik disediakan untuk yang berdaftar

๐Ÿ“ข Pendaftaran adalah PERCUMA! Scan QR code di poster untuk daftar sekarang!

Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato' Salbiah Mohamed

https://www.facebook.com/share/p/17yWc1QBLs/