Bijak Emas Mek Public Gold
219 subscribers
2.43K photos
428 videos
4 files
715 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
#TabungEmas

GADAI EMAS BELI KERETA?

Saya terjumpa satu tulisan tentang gadaikan emas untuk beli kenderaan.

Saya setuju bila penulis kata, "emas amat bernilai bila diperlukan".

Sangat setuju.

Cuma izinkan saya beri sedikit pandangan tentang 'pelaburan klasik gelang emas gaya dulu kala ini'.

1. Beli emas dan ada impian untuk digadaikan, bukanlah pilihan yang baik bagi orang yang faham bab kewangan.

2. Kedai pajak (Ahrahnu) akan bagi nilai pada sekitar 70% ker 75% dari nilai emas sahaja. Ada sesetengah tempat beri hingga 85% dari nilai emas.

Bermakna jika emas kita bernilai RM10,000 nilai yang boleh pinjam hanya RM7000-7500 sahaja.

3. Faedah pinjaman dikira dari nilai barang kemas, bukan dari jumlah duit yang kita pinjamkan. Boleh bayangkan tak, untung giler kedai pajak.

4. Kadar upah yang disebut sebanyak RM2022.82 bagi tempoh 6 bulan. Bermakna setahun faedah pinjaman sekitar RM4044 setahun! .

Faedah ini dari jumlah kita pinjaman RM32,700 sahaja

Bermakna faedah sekitar 8.08% setahun!.

5. Jika kita buat pembiayaan kenderaan untuk 5 tahun sahaja untuk beli Alza pada nilai 90% dengan jumlah pinjaman RM29,430 (RM32,700).

Kadar yang Bank Rimau bagi 3.15% bermakna faedah hanya RM4171.70 sahaja.

Apa maknanya?

Jika kita beli kereta dengan pajak emas.

Kita perlu bayar upah pajak emas, dalam setahun kita kena bayar RM4044! Setahun

Jika kita buat loan kenderaan dalam tempoh 5 tahun, faedah pinjaman hanya RM4171.70. Selepas 5 tahun!

6. Kiraan ini hanya untuk tunjukkan perbezaan sahaja agar kita tahu mana lebih banyak 'makan' duit kita.

"Saya tak suka hutang lama lama bang".

Ini bukan soal hutang cepat atau lama, ia soal duit kita lebih banyak keluar sebenarnya.

Itu kita belum bahas bab insurance dan leverage duit yang ada.

7. Satu fakta menarik juga untuk kita fahami, 80% orang yang berhutang di pajak gadai gagal tebus semula apa yang mereka gadaikan. Mereka tahu tempoh 6 bulan orang tak akan mampu!

8. Jika kita terdesak dan ada kecemasan. Kita boleh jangkakan 6 bulan lagi tak akan mampu sediakan bayar kembali hutang.

Jual sahaja emas tersebut, tak perlu gadaikan. Setidaknya kita akan dapat 100% nilai semasa emas waktu itu. 6 bulan tempoh waktu yang sangat pantas dan menguntungkan kedai pajak gadai.

"Sayanglah nak jual, nanti bukan boleh beli lagi".

Kawan kawan,

Emosi dan nostalgialah yang banyak telan duit kita nanti kawan kawan.

Tulisan ini bukan untuk mengatakan pajak emas salah, ia sebagai panduan mana pilihan yang baik. Buat hire purchase kenderaan atau masuk pajak gadai.

Moga ada manfaatnya ya.

Kredit : Dr Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

HARGA EMAS DIJANGKA KEKAL NAIK?

Kita belum jumpa zaman harga emas menurun, jika menurun hanya bersifat sementara.

Selebihnya akan kekal naik.

Dalam ketidak tentuan ekonomi global hari ini, ramai menjadikan emas sebagai 'safe heaven' mereka.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Jika bimbang matawang hilang nilai, buatlah simpanan emas sikit sikit buat masa depan kita.

"Sikit tu banyak mana bang?"

Jika simpanan kita ada RM100,000. Jadikan 10%-20% simpanan itu dalam bentuk emas.

Kredit : Dr Azizul Azli Ahmad

Nak mula simpan emas fizikal mudah, selamat & patuh syariah klik sini
https://publicgold.me/nurulimanina