Bijak Emas Mek Public Gold
219 subscribers
2.43K photos
427 videos
4 files
715 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
Gais.

Hari ini harga emas mencatatkan kenaikan harga tertinggi $2830 seOz dalam sesi dagangan New York.

Ini disebabkan pasaran menjadi tidak menentu akibat daripada perang perdagangan yang dicetus oleh Trump.

Trump mengenakan tariff 25% keatas Kanada, Mexico.

China pula akan kena 10%.

Tariff ini bakal berkuatkuasa 4/2/2025.

Namun last-last minit, President Mexico mengumumkan bahawa tariff terhadap Mexico ditangguhkan selama sebulan.

Ini kerana Mexico telah bersetuju menghantar tertera mereka ke sempadan Mexico-US bagi mengawal sempadan bagi menghalang penyeludupan dadah fentanyl.

Selepas pengumuman itu, harga emas dilihat jatuh sikit.

Pasaran saham yang mula-mula jatuh, akhirnya sedikit pulih.

Gais,

Drama masih lagi panjang. Kita boleh tonton reaksi daripada negara-negara lain berkenaan tariff dari US.

Esok malam kita tengok lagi.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
3/2/25
Buat masa ini, harga emas adalah dalam strong uptrend.

Namun, kita perlu memantau harga emas hari ini (Jumaat) sehingga pagi Sabtu.

Adakah harga emas boleh ditutup diatas 3000 USD ataupun ia akan turun kerana aktiviti pengambilan untung.

Mari perhatikan.

#NotaEmasSyukorHashim
14/3/2025
Gais.

Harga Emas Cecah Rekod Tertinggi, Kemudian Menjunam – Apa Sebenarnya Berlaku?

Baru-baru ini, harga emas melonjak ke paras $3,168 per auns troy — tertinggi dalam sejarah!

Namun selepas itu harga emas menjunam lebih $100 dalam sesi dagangan yang sama.

Apa yang berlaku?

Jawapan: Pengumuman Presiden Trump mengenai tarif baharu pada 2/4/2025 menyebabkan pelabur-pelabur panik dan jual emas untuk menampung kerugian dalam aset lain, biasanya kerugian dalam pasaran saham.

China pula membalas dengan mengenakan tariff sebanyak 34% ke atas produk US dan ini memburukkan lagi situasi.

Gais.

Ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam pasaran. Ia selalu berlaku.

Menurut Commerzbank, harga emas biasanya akan pulih semula selepas kejatuhan mengejut sebegini.

Tambahan pula, pasaran menjangka 2 perkara akan berlaku (1) Fed akan turunkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas tahun ini, (2) tarif oleh Trump dijangka menaikkan inflasi di US.

Namun, ada berita yang menarik iaitu — emas dikecualikan daripada tarif! Tapi ini juga mungkin memperlahankan aliran emas fizikal ke AS.

Apa maksudnya untuk anda sebagai penyimpan emas fizikal?

Bagi saya, Ini mungkin peluang terbaik untuk pelabur emas fizikal membeli ketika harga jatuh banyak — tapi pastikan anda tahu strategi anda.

Antara strategi yang boleh digunapakai adalah beli emas secara konsisten dan borong jika harga jatuh banyak (jika anda ada lebihan duit)

Pada pendapat saya, harga emas sekarang sangat menarik.

Gais.

Sila follow FB saya untuk info terkini tentang pelaburan emas dan ekonomi global.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PelaburanEmas #HargaEmas #EkonomiGlobal #GoldUpdate #Emas2025
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! 🔥

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara 📈

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025
Gais,

Semalam saya buat analisis samada harga emas yang sedang tinggi sekarang boleh naik lagi tinggi.

Saya cakap “Ye, boleh naik tinggi sebab faktor Trump”

Kemudian, apabila gold market dibuka ajer hari Isnin pagi (selepas cuti Good Friday) harga emas terus melonjak naik.

Kenapa?

Sebab ancaman Trump untuk memecat Jerome Powell, Federal Reserve chairman

Pasaran kewangan US dan global bergoncang akibat kenyataan terbaru Donald Trump yang menyerang Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Trump bukan sahaja kritik terbuka – malah beri bayangan mahu memecat Powell.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EkonomiGlobal #DonaldTrump #SellAmerica #FederalReserve #JeromePowell #PasaranKewangan
Gais.

Kelmarin harga emas naik dengan banyak, sehingga menghampiri 3500 usd/Oz.

Kemudian harga menurun balik.

Apa sebabnya? Mai sini saya bagitau.

Semalam Trump telah mengeluarkan kenyataan yang mengurangkan ketegangan dalam pasaran.

Trump mengeluarkan kenyataan positif mengenai hubungan perdagangan antara AS dan China serta pendiriannya terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Trump cuba mengurangkan ketegangan perang perdagangan dengan China, dengan menyatakan bahawa AS “berada dalam keadaan baik dengan China.”

Walaupun AS telah mengenakan tarif import sebanyak 145% terhadap barangan dari China, dan China membalas dengan tarif 125% ke atas barangan dari Amerika, Trump masih optimistik bahawa hubungan dengan Presiden China, Xi Jinping, akan bertambah baik dan kadar tarif akan diturunkan.

Satu news penting yang disukai oleh pelabur adalah bila
Trump menyatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk memecat Jerome Powell, walaupun sebelum ini mengkritik tindakan US Fed berkaitan dasar kadar faedah.

Kenyataan ini menyebabkan pasaran menjadi tenteram dan pelabur menyambut baik kenyataan ini.

Kita dapat lihat apabila pasaran mulai tenteram, maka harga emas akan jatuh.

Itulah dia gais sebab-sebab harga emas naik kelmarin dan semalam ia start menurun.

Gembira melihat harga emas turun? Sila beli dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Sekarang harga emas berada dalam trend menaik yang sangat kuat.

Bukan setakat tahun ini, malah tahun depan pun harga emas dijangka berada dalam trend menaik.

Kenapa?

Satu laporan dari JPMorgan telah menarik perhatian saya — mereka menjangkakan bahawa harga emas mungkin akan mencecah lebih dari $4,000 per auns menjelang suku kedua tahun 2026.

Angka ini memberi isyarat bahawa emas menjadi aset paling bernilai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Apa yang mendorong ramalan ini?

Terdapat beberapa faktor yang akan memacu kenaikan harga emas.

1. Risiko kemelesetan global semakin meningkat, terutamanya disebabkan oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bila dunia berada dalam ketidaktentuan, emas seringkali menjadi pelaburan selamat — “safe haven” — yang dicari ramai.

2. Permintaan emas oleh bank-bank pusat dan pelabur meningkat secara konsisten.

Purata permintaan sekitar 710 tan emas setiap suku tahun menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap nilai logam ini dalam jangka panjang.

3. Prestasi pasaran semasa juga sangat menggalakkan — emas telah melonjak 29% tahun ini dan telah mencecah paras $3,500 per auns, sebelum jatuh balik.

Ini menunjukkan minat terhadap emas semakin kukuh dan bukannya sementara.

Penting juga untuk kita tahu…

Goldman Sachs juga telah menyemak semula unjuran mereka — mereka jangka harga emas boleh mencecah $3,700 menjelang akhir 2025.

Malah, dalam situasi yang ekstrem, mereka percaya emas boleh naik hingga $4,500/Oz.

Namun….

Ramalan ini bukan tanpa risiko. Ada risiko harga emas boleh jatuh juga.

Jika bank-bank pusat mula mengurangkan pembelian emas atau jika ekonomi AS kekal kuat (menyebabkan kadar faedah naik), maka harga emas boleh tertekan.

Bagaimana pula dengan silver/perak?

JPMorgan juga menjangkakan harga perak akan pulih menjelang akhir 2025, mencecah sekitar $39 per auns, walaupun buat masa ini industri pengguna perak masih tidak stabil.

Apa maknanya semua ini untuk kita sebagai pelabur atau penyimpan emas?

Ini petanda bahawa menyimpan emas fizikal mungkin menjadi langkah yang bijak, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku dalam 1–2 tahun akan datang.

Jika anda sudah menyimpan emas — bagus lah. Anda boleh senyum sekarang.

Ingat, emas bukan hanya pelaburan — ia perlindungan nilai untuk jangka masa panjang.

P/s: Kalau anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan juga dengan rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim
24/4/2025

#publicgold
#PelaburanEmas #JPMorgan #GoldForecast #Recession2026 #EkonomiGlobal #SimpananMasaDepan
Gais.

Bulan April 2025 ini sahaja customer saya telah menukar sebanyak RM20.5 juta bentuk emas fizikal.

Saya doakan pembelian emas fizikal ini akan menjadi magnet kekayaan buat mereka semua.

Emas adalah simpanan jangka masa panjang.

Dalam sehari dan seminggu, harga emas boleh swing banyak.

Maklumlah, Donald Trump nie adalah president yang perangainya tak boleh dijangka.

Dia selalu membuat kejutan.

Kejutan ini menyebabkan kita boleh tengok harga naik dan turun melebihi 100 usd / Oz dalam masa sehari.

Phew!!

Kita konsisten dan istiqamah sahaja.

Tambah gram dan fikir long term.

Simpan emas untuk 3 tahun ke atas.

Baru tenang jiwa.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#emas
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Isnin, 28/4/2025 jam 9 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh : 28/4/2025 (Isnin)
Masa : 9 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan April 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Sebelum April melabuhkan tirainya, Public Gold mencatatkan milestone terbaharu iaitu customer dah cecah 1.777777 juta orang.

Dengan hanya menawarkan urusniaga jual beli emas dan perak yang simple sejak tahun 2008.

Tak perlu janji untung ganda-ganda 10x. Itu semua mengarut. Tak perlu memainkan sentimen.

Beli emas dapat emas.

Kalau tak nak pegang emas, Public Gold simpankan tanpa sebarang cas penyimpanan.

Kalau nak keluarkan emas fizikal, boleh keluarkan anytime.

Kalau jumpa mesin gold ATM Public Gold, anda boleh keluarkan emas fizikal.

Public Gold - Mudah, murah dan patuh syariah.

Sekian.

#notaemassyukorhashim
30/4/2025
Gais.

Berita baik! PG Jewelry ada keluarkan cincin kualiti tinggi 999 untuk anda.

Nama cincin ini: Gelombang Cinta ni. Anda kena pre-order cincin nie (lebih kurang 1 bulan)

Kelebihan cincin 999 ini adalah spread yang kecil (dalam 9%++)

Isteri saya baru order Cincin Gelombang Cinta nie 1 pc.

Yang bestnya ada size 8-21 , jari isteri saya size 9 ajer 😍

Bagi yang jari halus mulus macam dia , dont worry ada size.

Sedikit maklumat:

Cincin ini ialah emas 999
Dengan teknologi 5G, cincin ini lebih keras dan lasak untuk emas 999
sesuai pakai dan juga buat simpanan sebab spread kecik untuk jual semula
ada size 8-21
boleh bayar secara full payment ataupun bulanan sebanyak 6 kali menggunakan epp
belian boleh dibuat di website PGmall, store pgjewel

Link cincin ada kat komen pertama.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Bulan lepas dan bulan ini, kita dapati harga emas boleh bergerak dalam kadar yang extreme dalam tempoh sehari.

Naik dan turun boleh melebihi 100 usd/Oz. Memang berpinau mata tengok 🤭

Walaupun arah pergerakan harga dalam jangka pendek sukar diramal,
data sejarah menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, harga emas menunjukkan trend peningkatan.

Sebagai contoh, dalam tempoh setahun yang lalu, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 24.80%.

Lebih signifikan lagi, dalam tempoh dua dekad, nilai emas telah meningkat secara kumulatif sebanyak 767.55%

Angka-angka ini memberi isyarat jelas tentang potensi emas sebagai aset yang stabil dan menguntungkan. Namun mesti jangka masa panjang.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa pasaran tidak akan pernah berada dalam keadaan “stabil sepenuhnya”.

Fluktuasi adalah sebahagian daripada sifat semula jadi pasaran kewangan, termasuk pasaran emas.

Oleh itu, menunggu harga emas turun ke paras tertentu mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih besar – iaitu untuk memiliki emas itu sendiri.

Strategi yang terbukti berkesan dalam menghadapi ketidaktentuan ini adalah menyimpan emas secara konsisten, tanpa terlalu bergantung kepada spekulasi jangka pendek.

Kemudian, strategi kedua adalah “fikir long term”

Ingat, beli dahulu dan tunggu, bukannya tunggu dahulu baru beli.

Baru anda akan rasa tenang.

Sebagai orang yang dah 17 tahun dalam bidang ini (since 2008) inilah yang saya pegang.

Gais.

“Sayang emas dan emas akan sayang anda balik 10 kali ganda 😍

“Love gold and good will love you back 10x 😍

Sila share jika bermanfaat.

14/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 15/5/2025.

Setelah harga emas menjunam, harga emas dilihat naik sedikit hari ini, jadi saya nak buat sedikit analisis untuk anda.

Pertama, kejatuhan harga emas mewujudkan peluang membeli pada harga yang menarik.

Kejatuhan harga emas sekitar 10.86% (daripada 3500 usd kepada 3120) dilihat menarik untuk pembeli masuk pasaran.

Selain itu, baru-baru ini ada kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell, yang menekankan pendekatan yang berhati-hati dan bergantung kepada data dalam menentukan dasar kadar faedah US.

Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi semasa US.

Walaupun bank pusat di Eropah dan United Kingdom telah mula menurunkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada kelembapan ekonomi, Fed memilih untuk mengekalkan kadar faedah utama pada sekitar 4.3% sejak Disember 2024.

Powell menyatakan bahawa Fed tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah, sebaliknya menunggu data ekonomi yang lebih jelas sebelum membuat keputusan lanjut.

Beliau menekankan bahawa inflasi di Amerika Syarikat kekal sedikit di atas sasaran 2%, dan terdapat risiko inflasi tambahan akibat tarif import yang dikenakan oleh Trump.

Walaupun terdapat tekanan politik untuk menurunkan kadar faedah, termasuk daripada Presiden Trump yang mengkritik Powell kerana bertindak terlalu lambat, Fed tetap fokus kepada 2 tugas utama mereka: mengekalkan kestabilan harga dan memastikan guna tenaga maksimum.

Penganalisis ekonomi dari JPMorgan Chase dan Goldman Sachs menjangkakan bahawa Fed mungkin mula menurunkan kadar faedah pada separuh kedua tahun 2025, bergantung kepada perkembangan data ekonomi.

Namun, pendekatan berhati-hati Fed mencerminkan keperluan untuk menyeimbangkan antara menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengawal inflasi.

Jadi, apabila fed membayangkan bahawa ekonomi US masih tidak jelas, maka harga emas akan naik.

Namun begitu, ada lagi faktor yang boleh menggerakkan harga emas contohnya perkembangan trade war antara US dan China serta US dan negara-negara lain.

Jadi, harga emas boleh swing naik dan turun dengan banyak, bergantung kepada news.

Sekian analisis harga emas 15/5/2025

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
Jadi sebagai pelabur dan penyimpan emas; kalau emas turun banyak, ia adalah peluang kita membeli aset mahal pada harga yang lebih murah.

Ingat 2 strategi simpan emas.

1. Tambah gram emas anda.
2. Fikir long term

Sila share jika bermanfaat.

19/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/share/p/15ByUD1Zay/?mibextid=wwXIfr
Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja — ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

➡️ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

➡️ Nilai dolar AS akan melemah.

➡️ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil — dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal — seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan — inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang “beli murah jual mahal” — ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EmasNaik #PG1M
Namun, tanda-tanda kelemahan pasaran buruh (seperti peningkatan pemberhentian kerja dan tuntutan pengangguran) menunjukkan tekanan inflasi mungkin reda, mendorong Fed mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Sebelum laporan ini, harga emas telah meningkat kerana data ekonomi AS yang lemah. Harga kekal melebihi $3,350/oz, walaupun momentum terhad disebabkan pengukuhan dolar AS.

Selepas angka pekerjaan yang lebih kukuh dari jangkaan (+139,000), harga emas menurun — tetapi data ekonomi keseluruhan yang bercampur-campur masih menyokong permintaan emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan.

Laporan NFP menyebabkan harga emas Public Gold turun, jadi kalau anda nak beli emas fizikal, maka harga hujung minggu nie memang cantik.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold

Pasaran pekerjaan US meningkat.
Syarikat di Malaysia nak buang pekerja 😢
facebook.com/share/p/16S
Mengapa Emas Naik?

Pelabur cari aset selamat (safe haven) – Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai.

Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400–$3,450, selagi ketegangan belum reda.

bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas.

Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan.

Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PasaranEmas #IsraelIran #KonflikTimurTengah
Ramalan harga emas:

Sasaran jangka pendek:
USD 3,440 – 3,466/oz

Ramalan harga akhir tahun:
USD 3,700

Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat.

Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur?

Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk:

tingkatkan % simpanan anda dalam emas.
Tambah gram dalam portfolio sedia ada.
Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak

Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan – ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran.

Sekian analisis saya.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Gais.

Potensi pelaburan silver/perak.

Berita gembira buat peminat logam berharga! 🎉 UBS (sebuah bank pelaburan antarabangsa) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka menjangka harga perak boleh naik setinggi $40/auns dalam beberapa bulan akan datang!

Kenapa harga perak naik?

Ramai pelabur mula cari alternatif kepada dolar AS.

ETF (dana dagangan bursa) perak makin laris — lebih 35.6 juta auns dibeli tahun ini!

Dolar AS makin lemah = perak makin bersinar.

Pasaran perak kecil (hanya 11% dari pasaran emas) — jadi sedikit permintaan pun boleh tolak harga naik tinggi!

📈 Sejak awal tahun 2025, harga perak dah naik 26% — jauh lebih pantas dari jangkaan!

Sekarang ia telah melepasi paras rintangan teknikal $34.60!

🎯 Menurut UBS, permintaan global untuk perak akan cecah 1.2 bilion auns, sedangkan bekalan hanya naik 3% kepada 1.05 bilion auns.

Ini bermakna akan berlaku defisit pasaran tahun ke-5 berturut-turut sebanyak 149 juta auns! 😍

UBS juga meramalkan nisbah emas-perak boleh jatuh bawah paras 90x, yang akan menjadikan perak lebih bernilai berbanding emas dari sudut pelaburan.

Nasihat UBS: Kekal simpan perak dalam portfolio anda.

Jadi, kalau selama ni kita hanya fokus pada emas… mungkin ini masa untuk perak bersinar dalam simpanan kita!

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#SimpanPerak
#PelaburanBijak
17/6/2025
Pesanan untuk pelabur emas:

Ini masa untuk peka dengan perkembangan global, terutamanya geopolitik di Timur Tengah.

Jika anda nak tambah gram emas, better beli sewaktu market gold tutup hari nie sehingga 4.59 pagi hari Isnin.

Silakan share.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas