“Awak generasi pembeli Dinar emas yang mana?”
1. Lihat gambar: Dinar emas paling atas adalah generasi pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Public Gold.
Syilling emas berketulenan 22 karat (916) dan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer.
Ia mula dijual sejak tahun 2008 lagi. Dinar emas ini dihentikan pengeluaran pada tahun 2014 iaitu setahun sebelum perlaksanaan GST.
Ini kerana jongkong/syiling emas keluaran tempatan tertakluk kepada GST. Jadi untuk tidak membebankan pengguna, dinar emas 916 ini ditamatkan pengeluaran.
Walaupun tidak dijual lagi, namun dinar emas ini masih banyak disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas Public Gold.
2. Dinar emas 916 diganti dengan Dinar Emas LBMA (#LBMA: London Bullion Market Association).
Dinar emas ini berketulenan 24 karat atau 999.9 dan dibuat oleh Nadir Metal Refinery (NMR) dari Turki. Ia adalah kilang emas yang telah mendapat pengiktirafan "LBMA accredited refiners". Saya sendiri ada pergi ke kilang mereka di Istanbul.
Semasa GST dilaksanakan, Public Gold adalah satu-satunya jongkong dan dinar emas yang tidak dikenakan GST kerana termasuk di dalam kategori IPM (investment precious metals).
3. Setelah Malaysia bertukar kerajaan dan GST ditamatkan, maka emas tidak lagi tertakluk kepada cukai GST atau SST.
Jadi Public Gold telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dinar Emas keluaran tempatan dengan ketulenan 999.9 (gambar paling bawah sekali).
Ini adalah dinar emas terbaru!
Jadi sepanjang 12 tahun (2008 hingga 2020) kita dapat melihat 3 jenis Dinar Emas yang dikeluarkan oleh jenama Public Gold.
Memandangkan berat dan ketulenan kedua adalah sama, jadi harga dan susut nilai kedua ini sama sahaja.
Siapa ada beli dan simpan ketiga-tiga design ini, kita geng!
Kredit : Hafizul Hakim