Bijak Emas Mek Public Gold
219 subscribers
2.43K photos
427 videos
4 files
715 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
Simpan emas tidak menjadikan kita kaya dan apabila harga emas turun, tidak menjadikan kita miskin.

Apa yang pasti, kita menyimpan emas mesti ada sebab. Sebab yang utama adalah untuk selamatkan duit dari habis dibelanjakan dengan menukar duit kepada emas.

Ilmu tentang emas yang menjadikan kita kaya. Kita dapat selamatkan lebih banyak duit dari habis dibelanjakan pada perkara yang tidak perlu.

Emas juga dapat mendidik kita supaya lebih bersabar untuk menyimpan. Bina tabung simpanan #1bulan1gram dan konsisten menabung, inilah yang akan buat kita kaya tanpa sedar sebenarnya.

Kekayaan sebenar bukan berapa banyak gaji yang kita dapat, tetapi berapa banyak simpanan yang kita telah buat.

Saya percaya jika kita tahu betapa pentingnya menyimpan, kita tidak akan teragak-agak untuk membuat simpanan. Simpanan kita hari ini untuk kemudahan di masa hadapan.

Nurul Imanina
Mek Public Gold

p/s : Kalau ada pertanyaan, Iman di sini sedia membantu 🤗

Boleh follow https://linktr.ee/nurulimanina
Apa itu PELABURAN EMAS yang SEBENAR

------------------------------

Dalam pelaburan emas yang penting adalah KETULENAN emas tersebut. Disyorkan untuk beli emas di syarikat yang kukuh, telus dan terkenal seperti Public Gold .

Hal ini kerana syarikat ternama dan terkenal akan menjaga reputasi produknya dan keyakinan pelanggannya.

Jongkong emas dan syiling emas sepatutnya mempunyai no siri dan SIJIL KETULENAN yang disahkan oleh badan bebas.

Pelaburan emas yang SEBENAR adalah beli emas fizikal dan dapat emas fizikal. Emas itu dapat dilihat, dirasa, dipegang dan dimiliki.

Sebut sahaja tentang pelaburan emas ia merangkumi jongkong emas dan syiling emas sahaja. Barang kemas tujuannya hanyalah untuk tujuan perhiasan sahaja.

INGAT, pelaburan emas Bukanlah DIJANJIKAN pulangan wang bulan-bulan. Ia berisiko dan mungkin merupakan skim cepat kaya atau 'money game' yang bertopengkan pelaburan emas semata-mata. Sila hati-hati. Jangan sampai tersontot.

Sebelum melabur emas, anda disyorkan mempunyai dana kecemasan dahulu dalam bentuk tunai di bank sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan atau gaji dan ke atas.

Dana kecemasan ini amat penting jika anda ditimpa musibah luar jangka seperti dibuang kerja dan sebagainya.

Bila dana kecemasan sudah ada, barulah melabur emas dengan jayanya.

Pendek kata, pelaburan emas ini adalah beli emas pada harga rendah dan jual balik jika harga emas naik untuk mengambil UNTUNG.

Tapi kalau mereka yang beli emas untuk MELINDUNGI KEKAYAAN. Mereka akan beli emas bila ada duit ditangan, mereka tak kisah dengan harga sebab mereka hanya akan fikirkan gram yg dimiliki.

Bila harga tinggi pun mereka tidak akan menjualnya dan jika perlukan wang , mereka akan cairkan melalui arrahnu.

Dan yang pastinya EMAS ITU AKAN DIWARISI KEPADA ANAK-ANAK NYA.

#1bulan1gram
#dealerpublicgold
#emasmudahdimiliki
#emasmurah
Info umum bagaimana cara memajak di arrahnu

💥Apa yang perlu di bawa?

Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

💥Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

💥Berapa banyak pinjaman akan diberi?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri.

Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

💥Berapakah caj yang dikenakan?

Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

💥Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

💥Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

🔢Cara pengiraan untuk renew surat:

Pajakan pertama;
Nilai emas = RM10,000
Pinjaman 65% = RM6,500
Upah simpan (RM0.70 x 10,000) = RM70

Renew;
Nilai emas = RM12,000
Pinjaman 65% = RM7,800
Upah simpan (RM0.70 x 12,000) = RM84

Baki RM1,300 akan dibayar sebagai tambahan pinjaman.

Tapi itu kalau harga emas naik masa kita pergi renew surat. Kalau harga emas turun? Kita kena tambah pulak baki pinjaman. Sebab tu bagi yg biasa gadaikan emas di arrahnu, biasanya duit pinjaman tu takkan digunakan semua.

Ada cikgu yang pernah pesan kat saya, sebaik-baiknya kita gunakan 10% sahaja dari pinjaman. Selebihnya, kita simpan utk tebus emas kita nanti bila kita cukup modal.

Jom simpan emas

#1bulan1gram
#ilmuarrahnu
#celikemas
#mekpublicgold

Harap bermanfaat. Jika bermanfaat sila share ya.
Ruginya Tak Simpan Emas Sejak Anak Lahir Lagi, Umur Anak 18 Tahun Dah Boleh Cecah Hampir RM40,000!
.
Ramai sekarang ni tersangkut dengan duit untuk pendidikan anak-anak sehinggakan ramai yang terpaksa membuat pinjaman PTPTN!
.
Kalau cerita seorang anak, kos untuk pendidikan Diploma dan Degree je dah cecah RM40,000. Kalau 2 orang anak, kos itu jadi 2 kali ganda iaitu RM80,000!
.
Tahu tak, duit yang kita simpan selama ini akan berlaku inflasi dari tahun ke tahun. Inflasi ni maksudnya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
.
Walaupun kita simpan di tempat yang ada dividen sekali pon, tetap tak berbaloi. Contohnya ASB dan Tabung Haji. Itu belum kira lagi faktor naik turun ringgit ni.
.
Nak mudahkan lagi, dari sudut nombor bertambah, namun ‘kuasa beli’ jatuh teruk dari tahun ke tahun.
.
Contohnya.
.
Tahun 1980, anak bawa duit belanja ke sekolah RM0.50 pon masih boleh makan nasi lemak, air dan kuih.
.
Tahun 2018, anak perlu bawa duit belanja ke sekolah RM3.00! Dengan RM3.00 baru dapat makan nasi lemak dan air kosong. Kalau nak kuih kena tambah lagi RM1.00.
.
Nampak tak perbezaan 2 tahun kat sini?
.
Kos kenaikan harga meningkat 6 kali ganda! Manakala kuasa beli duit kertas turun mendadak hingga ke 80% dalam tempoh 38 tahun!
.
Itu baru cerita anak yang sekolah rendah. Macam mana pula kalau anak yang nak teruskan belajar di Diploma dan Degree?
.
Dengan era sekarang, bukan semua ibu bapa sanggup untuk hantar anak-anak mereka ke Universiti.
.
Dengan beban kos pendidikan yang kian meningkat, ibu bapa yang tak mampu untuk membiayai dana pendidikan anak-anak, terpaksa mohon pinjaman PTPTN.
.
Diploma
1 sem = RM2,500
6 sem = RM15,000
.
Degree
1 sem = RM3,200
7 sem = RM22,400
.
Total diploma dan degree
RM15,000 + RM22,400 = RM37,400
.
Kos pengajian Universiti tempatan sahaja nak cecah RM40,000! Belum cerita pengajian swasta lagi.
.
Jadi solusi untuk mak ayah tak nak lagi rasa terbeban dengan duit dan hutang, adalah DENGAN MEMBUAT SIMPANAN EMAS SEJAK ANAK LAHIR LAGI!!
.
Mudah je. Guna je formula 1:1 ni :
.
#1BULAN1GRAM
.
Tahu tak, nilai RM37,400 ini bersamaan dengan 216 gram emas semasa. Untuk dapatkan 216 gram, ianya memerlukan tempoh masa 18 tahun.
.
1 bulan : 1 gram
1 tahun : 12 gram
18 tahun : 216 gram (18 tahun x 12 bulan)
.
Bayangkan, simpan 1 bulan 1 gram dari anak lahir lagi, nanti umur anak dah 18 tahun dah ada simpanan melebihi atau berganda -ganda dari RM37,584 (18 tahun akan datang pastinya harga emas akan meningkat berganda-ganda ) 10 tahun sudah harga emas hanya RM80 sahaja. Hari ni harga emas RM190, pastinya 18 tahun akan datang harga emas akan menjadi RM400 ke atas. Jadi kira la sendiri berapa jumlah yang kita akan dapat.
.
Nampakkan, duit dah berpuluh ribu dalam bank pun tetap ianya duit kertas. Sekali je inflasi datang melibas, habis semua nilainya terkandas. Ssbab itu la pentingnya simpan emas!
.
Nota tambahan : Cara terbaik untuk simpan emas #1gram1bulan buat masa sekarang hanyalah di Public Gold. Harga termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).
.
Sesiapa berminat boleh whatsapp Iman di sini sekarang juga :
.
👉🏻 wasap.my/60145006825/SimpanEmasUntukAnak
.
Ada 3 aset yang utama dan yang menguntungkan untuk kita iaitu

TANAH, RUMAH DAN EMAS

TAPI HANYA EMAS SAHAJA YANG BOLEH DIBELI SIKIT-SIKIT DAN PALING MUDAH DI JUAL DAN DI BELI SERTA DI BAWA LARI.

HANYA DALAM 1 GENGGAMAN SAHAJA BERNILAI RM350 RIBU.

Nak bermula, mulakan hanya 1 gram sebulan dah memadai. Kalau banyak lagi baik.

NURUL IMANINA
PG095994
PENDIDIK EMAS ANDA
0145006825

#1bulan1gram
#dealerpublicgold
#MekPublicGold
#emas
#dinar
Welcome #SEPTEMBER!

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga September, antara sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 9gram emas.

Ya betul angka 9 telah tercapai.
Itu angka minima.
Kalau kita benar-benar fokus simpan, entah-entah angka itu lebih. Bukan 9gram, entah-entah 100gram.

Siapa tahu kan!
.

Jom kita buat kira kira supaya lebih faham.

Harga emas hari Ini = RM315 segram
Nilai Harga 9 gram emas = RM2835

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah🤲🏻

Simpanan kita telah pun melebihi RM2000.

Bukan mudah sebenarnya nak simpan duit sebanyak itu, kadang-kadang RM20 pun habis. Inilah pula RM200 ehhh RM2000.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa. 💪🏻😁

https://publicgold.me/nurulimanina

#MekPublicGold
Welcome #OGOS!

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga Ogos, antara sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 8gram emas.

Ya betul angka 8 telah tercapai.
Itu angka minima.
Kalau kita benar-benar fokus simpan, entah-entah angka itu lebih. Bukan 8gram, entah-entah 80gram.

Siapa tahu kan!
.

Jom kita buat kira kira supaya kita lebih faham.

Harga emas hari Ini = RM389 segram
Nilai 8gram emas = RM3,112

Alhamdulillah🤲🏻 Simpanan kita telah pun melebihi RM3000.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa. 💪🏻😁

#Ingat!
Simpan emas bukan sebab mahu kaya semata-mata tetapi simpan emas untuk elak kita meminta-minta.

Ketahuilah saat kita meminta-minta, itu antara situasi yang sangat sukar.

Ayuh sediakan dana kecemasan dalam bentuk emas. BEKU!

#PG1M