Bijak Emas Mek Public Gold
215 subscribers
2.49K photos
458 videos
4 files
735 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
Harinie saya dapat whatsapp dari seorang kakak nie.

Dia tanya saya pasal emas 0.01 gram.

Ada harga ke? Dan kalau nak jual kat mana?

Well, tips untung kalau beli emas, anda kena jawab soalan-soalan berikut?

1. Kenapa aku nak beli emas tersebut?
2. Macammana aku nak untung dengan emas tersebut?

Kalau kedua-dua soalan nie anda boleh jawab dan anda berpuas hati dengan jawapan anda, maka beli ajer.

Sebab anda beli dengan kefahaman.

Kalau kedua-dua soalan diatas tu anda tak boleh jawab, manakala penjual emas kat live tt tu pun tak bagi jawapan.

Maka tak payah lah beli.

Sebab anda berisiko rugi duit dan rugi emosi.

Sekian.

#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/share/p/1AGqBHHoo8/?mibextid=wwXIfr
Gais.

Analisis harga emas 7/7/2025.

Hari ini harga emas mengalami penurunan sekitar 0.7%, mencecah sekitar $3,311 setiap auns.

Penurunan ini berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor penting yang saling berkait rapat:

1. Penangguhan Tariff Amerika Syarikat.

Presiden Trump mengumumkan bahawa tarif baru yang sepatutnya bermula 9 Julai telah ditangguhkan ke 1 Ogos.

Penangguhan ini telah memberi nafas lega sementara kepada pasaran global dan menyebabkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat (safe haven) menjadi lebih perlahan.

2. Ancaman Tarif Tambahan ke atas Negara BRICS.

Walaupun ada penangguhan, Trump turut memaklumkan perancangan untuk mengenakan tarif tambahan 10% terhadap negara-negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan).

Meskipun butiran lanjut masih belum jelas, pengumuman ini meningkatkan risiko geopolitik yang boleh melonjakkan semula harga emas pada masa depan.

3. Kemungkinan berlaku penurunan kadar faedah US semakin kurang.

Data pekerjaan AS yang kukuh sebelum ini sudahpun melemahkan jangkaan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah secara agresif dalam masa terdekat.

Kini, pasaran hanya menjangkakan dua kali penurunan kadar faedah menjelang akhir tahun.

Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menyokong nilai Dolar AS, sekali gus menekan harga emas.

4. Dolar AS Masih Kukuh
Dolar kekal stabil dan agak menguat sedikit, menambah tekanan ke atas logam berharga.

Ini kerana emas diniagakan dalam Dolar, jadi apabila mata wang AS menguat, kos pegangan emas bagi pembeli luar AS meningkat.

Secara ringkas, terdapat tekanan jangka pendek ke atas harga emas kerana:

Penangguhan tarif.
(mengurangkan permintaan safe haven)

Dolar AS yang lebih kukuh.

Jangkaan penurunan kadar faedah yang semakin pudar.

Namun, risiko jangka sederhana dan panjang masih tinggi, antaranya:

1. Potensi tarif tambahan terhadap BRICS
2. Ketidaktentuan rundingan perdagangan lain (EU, Jepun, India)
3. Risiko inflasi dari pakej perbelanjaan besar Trump bernilai $3 trilion

Jangkaan harga emas bulan depan.

1 Ogos 2025 – Tarikh akhir tarif baru: Jika tarif dilaksanakan secara menyeluruh, permintaan terhadap emas boleh melonjak semula.

Mesyuarat Fed seterusnya: Sebarang kenyataan dovish (cenderung pelonggaran) boleh memberi sokongan kepada harga emas.

Data inflasi AS dan global: Jika inflasi melonjak, emas berpotensi menjadi lindung nilai (hedge) yang lebih menarik. Jadi harga akan naik.

Kesimpulan
Penurunan harga emas hari ini lebih bersifat sementara kerana pasaran menyesuaikan diri dengan berita penangguhan tarif.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas #AnalisisPasaran #TarifAS #EkonomiGlobal #Fed #BRICS
Saya nak cerita sedikit sejarah dinar emas yang dikeluarkan oleh Public Gold. Gambar disertakan untuk rujukan :)

Gambar atas sekali adalah dinar emas generasi pertama yang dikeluarkan oleh Public Gold. Ia berketulenan 22k (916) dan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh local assayer.

Dinar emas ini dihentikan pengeluaran pada tahun 2014 iaitu setahun sebelum perlaksanaan GST. Ini kerana jongkong/syiling emas keluaran tempatan tertakluk kepada GST. Jadi untuk tidak membebankan pengguna dengan GST, dinar emas 916 ini ditamatkan pengeluaran.

Walaupun tidak dijual lagi, namun dinar emas ini masih banyak disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas Public Gold.

Dinar ini digantikan dengan Dinar Emas LBMA (LBMA bermaksud London Bullion Market Association). Dinar emas ini berketulenan 24 karat 999.9 dan ditempa oleh Nadir Metal Refinery, sebuah kilang emas yang mendapat pengiktirafan "LBMA accredited refiners".

Ini menyebabkan dinar ini tidak dikenakan GST, sebab ia termasuk di dalam kategori IPM (investment precious metals). Bukan setakat dinar emas, tetapi jongkong emas yang ditempa oleh Nadir Metal Refinery juga termasuk di dalam kategori IPM dan ia bebas GST.

Dinar emas ini dijual sehingga sekarang.

Setelah Malaysia bertukar kerajaan dan GST ditamatkan, maka emas tidak lagi tertakluk kepada cukai GST atau SST. Jadi Public Gold telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dinar Emas keluaran tempatan dengan ketulenan 999.9 (gambar paling bawah sekali). Ini adalah dinar emas tempatan terkini.

Jadi sepanjang 12 tahun (2008 - 2020) kita dapat melihat 3 generasi Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.

Sekarang, anda boleh membeli dinar emas LBMA dan dinar emas tempatan 999.9 sebagai simpanan dan pelaburan. Memandangkan berat dan ketulenan kedua adalah sama, jadi harga dan spead kedua ini sama aja.

Kedua sama bagus.

Saya ada simpan ketiga-tiga design ini :)

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran Tun M yang ke 100, Public Gold telah menghadiahkan syiling emas dan perak yang diukir dengan gambar Tun M dan Tun Siti Hasmah.

Cantik kan?

Untuk pengetahuan anda, Public Gold mempunyai teknologi color laser marking yang membolehkan gambar Tun M dan Tun Siti Hasmah diukir dengan begitu cantik sekali.

Sewaktu di awal penubuhan Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng pernah berjumpa Tun M dan tunjukkan Dinar Emas Public Gold.

Ini kerana Tun M adalah pemimpin negara yang mencadangkan penggunaan Dinar Emas dan sistem barter dalam perdagangan sesama negara Muslim.

Sebagai penghargaan kepada jasa-jasa Tun, inilah hadiah yang istimewa dari Public Gold untuk Tun.

Happy Birthday Tun M!

#notaemassyukorhashim