Nurhasnina Hannan
2.52K subscribers
2.48K photos
131 videos
1 file
1.31K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
EMAS PALSU!!

Bukan mudah kita sebagai orang awam nak kenal emas palsu.

Tapi ini dua sample emas palsu yang ditunjukkan oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), SIRIM ketika kami dibawa melawat ke makmal mereka pagi tadi.

Bukan jenama emas yang palsu, tapi penipu mengeluarkan emas palsu ini mempergunakan jenama yang bereputasi antarabangsa untuk memperdaya orang ramai.

Alat yang digunakan untuk test ketulenan kaedah x-ray ini mampu menilai dengan tepat komposisi logam tanpa perlu potong seal emas tersebut.

Bila saya tanya mereka, katanya alat ini berharga lebih RM100,000. Alat ini terlalu mahal untuk peniaga dan institusi ar-rahnu gunakan, apatah lagi kita sebagai pembeli emas individu.

Jadi untuk elak terbeli emas palsu, saya selalu nasihatkan orang ramai supaya beli terus dari syarikat yang punyai reputasi yang baik seperti #PublicGold.

Bukan dari tangan penjual individu.

#PesanMentor
#TipSimpananEmas