Nurhasnina Hannan
2.5K subscribers
2.49K photos
134 videos
1 file
1.32K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
Jual Emas Untuk Tunai Haji

Baru-baru ini kami dah jual 60 gram. Kali ini kami jual lagi 100 Gram (Gold Bar 50 gram 2 keping). Total yang dijual 160 gram emas, bersamaan sekitar RM 52k.

Insya'Allah duit hasil jualan ini, akan digunakan sebagai dana untuk saya dan isteri Syarifah NurHidayah mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini, Insya'Allah bakal #Haji2024 #Haji1446H #TravelogHaji

Impian asal kami, nak tunai haji sebelum umur kami 35 tahun, Alhamdulillah dapat peluang untuk kami sempurnakan pada umur 33 tahun. Doakan semoga Allah swt permudahkan urusan ibadah haji kami tahun ini.

2 tips yang boleh saya kongsikan.
1. Letak target untuk tunai haji seawal mungkin, jangan tunggu dah pencen, umur 50, 60 baru fikir nak pergi haji. Ibu ayah, bagi kesedaran awal untuk anak-anak, jangan lupa #daftarhaji
2. Menabung dalam bentuk emas sebagai dana untuk tunai haji. Ini yang memang kami sendiri buat untuk capai target kami yang bersifat jangka masa panjang. Untuk #Haji #Umrah #DanaPersaraan #DanaPendidikanAnak #DepositRumah #AssetBisnes, memang saya kumpul dalam bentuk emas.

Untung banyak ke simpan emas untuk pergi haji?

Tuan Puan bayangkan, tahun 2016, waktu awal-awal saya ada kesedaran untuk jadikan emas sebagai simpanan. Untuk saya pergi haji waktu itu, dengan anggaran saya tak dapat sebarang subsidi dari kerajaan dan perlu bayar penuh. Saya perlu jual 180 gram emas yang saya simpan untuk pergi haji pada tahun 2016. Kalau 2 orang, kena jual 360 gram emas.

Tahun ini, 2024, untuk saya pergi haji tanpa sebarang subsidi, daripada 180 gram emas yang saya simpan sebelum ini, saya perlu jual sekitar 100 gram emas sahaja. Selebihnya, saya boleh simpan untuk hal-hal yang lain. Jimat sekitar 80 gram emas untuk seorang bersamaan RM 28 000. Kalau 2 orang jimat 160 gram emas, bersamaan RM 56 000. #TestimoniPenyimpanEmas

Bila kita menabung ni, yang penting letak target melebihi expectation kita, supaya kita tak terlalu mengharapkan subsisi dari kerajaan, yang namanya subsisi, belum tentu jadi milik kita, belum tentu akan ada lagi pada tahun-tahun yang mendatang.

So, simpan siap-siap 100 gram emas sebagai dana untuk kita pergi haji nanti, walaupun mungkin cost untuk menunaikan haji akan meningkat pada masa hadapan, ataupun mungkin kita dapat pergi haji setelah 4, 5, 10 tahun lagi, Insya'Allah 100 gram itu akan tetap mencukupi.

Dan bila nak menabung emas ni, jangan tunggu gaji dah besar baru nak mula, mula je walau berapa pun gaji kita. Sedikit demi sedikit. Insya'Allah

Terima kasih buat Ust Mohd Rafie Yusof, kenalkan kami dengan tabungan emas pada tahun 2016 dulu. Buat Tn Mohd Zulkifli Shafie, Tn Syukor Hashim guru-guru saya yang tak pernah henti berkongsi ilmu-ilmu emas. Buat Dato Wira Louis Ng, kerana sediakan platform yang Mudah, Murah dan Patuh Syariah untuk kami rakyat marhean menabung emas fizikal.

Kredit nota: Tuan Syahrul Azlan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1445 H📿

Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dengan penuh kesyukuran. Semoga Ramadhan ini dipenuhi kedamaian dan keberkahan.🌙

Ikhlas dari,
Nina Hannan Public Gold
Ar-rahnu Co-opbank terima pajakan gold bar edisi Tai Fook ni. Baru lepas call Co-opbank Putrajaya tadi untuk confirm samada mereka terima tak gold bar yang ada ukiran naga ni.

Emas 999 hari ni mereka nilaikan RM367, lebih tinggi dari harga emas PG (13 Mac 2024).

Ar-Rahnu Co-opbank bagi pinjam 80% dari nilai emas.

Maksudnya kita boleh dapat pinjaman RM293.60 segram.

Kalau gold bar 5 gram ni, dapatlah RM1,468.

Caj bulanan RM11.84 (0.8% sebulan atau 9.68% setahun). Murah... Caj ar-rahnu sekarang murah berbanding dulu... Dulu caj tahun dekat 14% juga...

Ar-Rahnu Co-opbank bagi extend pajakan sampai 18 bulan!... Option menarik bagi penyimpan emas yang nak pakai duit, samada sebagai backup belanja hangus ataupun nak rolling duit untuk bisnes.

#TipArrahnu
Alhamdulillah berita baik!

1 gram & 1/4 dinar edisi Raya 2024 dah available for withdraw dari akaun GAP.

Jom tukar duit raya jadi emas raya untuk yang tersayang 😍

Belum ada akaun tapi nak kumpul juga 1/4 dinar atau 1 gram edisi raya? Jangan risau, ws je saya akan bantu

wasap.my/601133162410/NakSimpanEmasRaya
Gais.

Semalam harga emas naik sangat banyak iaitu sebanyak 2.16% bersamaan 46.56 USD / Oz.

Semalam harga tertinggi adalah USD2211.32

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, semalam US Fed telah memberikan isyarat bahawa pemotongan kadar faedah tahun ini akan dipertimbangkan.

Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan pelabur menambahkan minat terhadap emas.

Untuk pengetahuan anda, sekarang inflasi di US dilihat masih tinggi. Ia meningkatkan risiko untuk fed menangguhkan pemotongan kadar faedah atau menundanya.

Namun kenyataan fed semalam memberikan kelegaan kepada pelabur tentang perancangan fed untuk meneruskan rancangan untuk memotong kadar faedah.

Kalau kadar faedah tinggi, pelabur akan memilih instrument yang berkaitan dengan kadar faedah seperti bon, t-bill dan t-notes

Jadi kenyataan fed menyebabkan tekanan belian yang besar semalam ke atas emas menyebabkan harga emas melambung.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri. Anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah.

Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan. Tapi atas alasan-alasan tertentu, anda kena tunggu beberapa bulan untuk dapat balik duit anda.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasSyukorHashim
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saya dah pesan banyak kali...
Saya dah ingatkan lama dulu juga..

Berita hari ini !

Paling sedih ramai di kalangan keluarga emas saya dah buat benda betul pada awalnya, menyimpan membina aset emas dengan Public Gold tapi sanggup STOP terus hanya kerana dek nak untung cepat & banyak katanya.

Akhirnya, 1 Gram, 1 Dinar pun belum ada 😭😭😭

Sayangilah hasil titik peluh setiap sen yang kita kerjakan.
Wallahualam.

Kredit: Puan D 🌹

#selfnote
#elakmindsetnakcepatkaya
PERBEZAAN HARGA EMAS DALAM 5 TAHUN

Mac 2019 - RM183 segram
Mac 2022 - RM281 segram
Mac 2023 - RM298 segram
Mac 2024 - RM359 segram

Mungkin tak nampak sangat. Tapi cuba bayangkan dalam 5 tahun ni ada yang konsisten dan berjaya kumpul hingga 1kg emas.

Jom tengok perbezaan harga 1 kg emas dalam 5 tahun

Mac 2019 - RM179,254
Mac 2022 - RM274,847
Mac 2023 - RM293,774
Mac 2024 - RM354,649

Jangan bertangguh lagi. Mulakan tabungan emas walau serendah RM100.

Nanti saya akan bantu dan guide hingga kalian berjaya kukuhkan kewangan dengan simpanan emas.

Salah satu rahsia kekayaan adalah melabur dekat mana kita ada ilmu.

Kata Warren Buffet, The More U Learn, The More u Earn.

Semoga bermanfaat 🥰
𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐔𝐒 𝐊𝐄?

GAP ini sebenarnya pemudah cara untuk anda simpan emas secara sedikit demi sedikit. Jadi bagi anda yang tidak ada modal yang besar, yang ada budget sikit bulanannya boleh simpan dalam akaun GAP. Janji anda ada RM100 dah boleh simpan emas di Akaun GAP.

Bagi anda yang nak mula simpan emas tapi budget tak besar, boleh gunakan akaun GAP ini sebagai alternatif untuk kita dapat gram yang lebih besar. Kalau kita nak keluarkan item 10 dinar yang beratnya 42.5gram ini yang harganya hari ini sekitar +/-RM15122 lebih. Bagi kita rakyat Marhaen ni memang akan terasa berat untuk dapatkan sekeping 10 dinar ini dengan harga tersebut.

Tapi dengan GAP, anda boleh dapatkan item emas yang lebih besar. Kuncinya anda konsisten sahaja menyimpan di akaun GAP sehingga capai target.

Simpanan akaun emas GAP ini tiada komitmen bulanan. Maksudnya anda boleh menabung emas bila-bila masa mengikut kepada budget anda. Walaupun prosesnya lambat tapi jika anda konsisten menyimpan setiap bulan, insyaallah anda boleh keluarkan item emas yang anda inginkan.

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya 😘

Jom! Sertai keluarga besar Public Gold !

Kredit: Ilmu Emas Diba & Miza
PRICE ALERT 🔥

Harga emas fizikal naik mendadak ke paras Rm365/gm!

Boleh top up GAP sebelum pukul 12am malam ini.

Harga GAP dijangka naik selepas jam 12am.

Cara top up GAP:
https://boards.com/a/z1nt3k.1xd6XM
Perkongsian bermanfaat daripada Tuan Mohammad Syafiq Rohaizad

𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦

Bila tiba 1 syawal, orang yang paling gembira ialah anak-anak kita.

Saya masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu raya inilah peluang nak kutip duit raya banyak-banyak.

Pergi beraya rumah ke rumah dengan kawan-kawan. Kira-kira, dapat juga RM200.

Besar sangat rasanya RM200 waktu tu. Sekarang nilai RM200 tak sama lagi dah berbanding zaman kita dulu.

⚠️Ibu bapa perihatin sekalian‼️‼️

Bila menjelang hari raya, ambil kesempatan ini tukarkan duit raya anak-anak kita kepada emas

Nilai emas yang kekal dalam jangka panjang sangat sesuai untuk tabungan pendidikan anak-anak kita. 👍👍

Emas yang disimpan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan mereka ketika masuk universiti nanti.

Emas juga sangat kalis inflasi dan sesuai mengikat nilai duit RM daripada kejatuhan nilai dalam jangka panjang.

Walaupun 10 tahun kita menyimpan duit raya anak-anak kita dalam bentuk emas, nilainya tetap dapat membeli barang yang sama masa akan datang. 🤩

Duit raya yang ditukar menjadi emas tidak mudah dibelanjakan sesuka hati. Jika duit raya dalam bentuk duit tunai. Kebarangkalian duit itu terbelanja amat tinggi. 😰

Sebelum duit raya itu terguna tanpa sedar. Alih cepat-cepat menjadi emas. Ibu bapa hebat pasti mahu melihat anak-anak mereka mempunyai simpanan emas masing-masing

Syawal bakal menjelma, ayuh mulakan misi alihkan duit raya kepada emas.

Sesiapa yang ingin mula menabung duit raya jadi emas serendah RM100 boleh jom wasap atau klik website kami.

website
publicgold.me/ninahannan
Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".

Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".

Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.

Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!

Ada yang beli bulan lepas dan jual bulan ni pun dah untung, khususnya yang beli item gold bar 250 gram dan 1 kilogram.

Kalaulah saya nasihatkan jangan beli emas pada harga RM340 (bulan lepas) dan lebih baik tunggu dulu, dah tentu-tentu saya akan dipersalahkan...

Jadi saya kena bersikap jujur sahaja yang saya sendiri tak tahu tentang keadaan sebenar harga emas dalam jangka pendek.

Nasihat saya cuma satu, kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, bila-bila masa pun sesuai beli emas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm ada naik turun. Kalau jangka panjang, confirm akan naik disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit.

Apa pun keadaan harga emas, yang paling utama ialah dah berapa gram emas yang dah kita ada?

Siapa ada lebih banyak emas, dah confirm dia lebih kaya dari sebelumnya. Tak perlu bimbang tentang harga. Kenaikan harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

#TipKayaDenganEmas
C L O S E D E A L

Selesai uruskan pembelian 1kg emas untuk Mr N hari ini, beliau beli emas untuk tujuan lindungi nilai harta (duit tunai) di bank.

Orang yang bijak akan buat sehabis baik cara untuk mengekalkan kekayaan dalam bentuk aset yang bernilai di masa depan.

Sebanyak RM353,825 duit tunai selamat jadi 1kg emas dan dapat percuma 5g yang bernilai RM1,900.

Baru je beli dah untung RM1,900! Hohoho.

Urusan jual beli straight forward yang mudah dan cepat, itulah kelebihan emas fizikal berbanding rumah dan tanah.

Bayar duit terus dapat emas, nak simpan sendiri atau dalam akaun terpulang pada diri masing-masing.

Saya akan bagi advise ikut pada keperluan dan kesesuaian semasa setiap orang, tidak ada advise yang sama untuk semua orang.

Tahniah buat Mr N! 👏🏻👏🏻

Insyaallah bulan depan beliau nak lock lagi 1kg kedua dan seterusnya. 🥰

Kredit : Tn Sadiqin
Harga GAP akan di naikkan sebab harga emas naik mendadak dalam pukul 2pm nanti. Yang nak top up, top up segera.