Nurhasnina Hannan
2.52K subscribers
2.48K photos
131 videos
1 file
1.31K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
Sempena hari ni gaji bagi pegawai kerajaan, saya nak kongsikan ilmu dari mentor kewangan saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie :

Bila terima gaji, itu hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama,, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah...

#BukuWangEmas #BukuZeroHutang
TIADA JAMINAN YANG TERJAMIN

Walaupun makan gaji, uruslah duit gaji tu seolah-olah tak ada gaji tetap. Walaupun mungkin kerja tu terjamin, tapi tak ada jaminan kita mampu terus bekerja.

Perbanyakkan simpanan, dan kurangkan hutang.

Mereka yang ada masalah kewangan selalunya bukan sebab gaji kecil, tetapi sebab tak ada simpanan dan banyak hutang. Itulah punca sebenar tekanan kewangan.

Mereka yang gaji biasa-biasa, hidup pun biasa-biasa tapi ada simpanan yang cukup dan hutang yang minimum, hidup mereka jauh lebih senang dan tenang.

Maksudnya walaupun gaji besar sekarang, belajarlah "hidup di bawah kemampuan" dan belarlah menikmati hidup yang lebih sederhana. Walau gawat macam mana sekalipun ekonomi, orang begini selalunya boleh survive, insyaAllah.

#BukuZeroHutang #tipkewanganperibadi

Kredit : en Zul