Nota Emas Noorshiah MA (PG012917)
160 subscribers
417 photos
20 videos
3 files
238 links
Tips dan perkongsian ilmu emas.
"Save gold today, it will save you tomorrow"
Download Telegram
1/1/2024, hari pertama tahun ini, apa kata kita mulakan dengan kisah inspirasi.

Mana tahu, keberkatan pada kisah ini akan membuka minda anda untuk simpan emas sebagai harta.

Kisahnya, ada seorang pakcik yang bekerja sebagai cleaner di sebuah bank, merupakan penyimpan emas di bawah bimbingan Hj Shams Emas

Dari segi logik, kerja cleaner tidak memberikan pendapatan yang tinggi. Jadi berapa banyak sangat gaji yang beliau boleh ketepikan sebagai simpanan.

Namun Allah SWT merezekikan pakcik ini dengan simpanan emas sebanyak 145g emas dalam akaun GAP.

Fuh! Kagum saya.

Sebab 145g emas ini adalah bersamaan dengan nilai RM47,995 (RM331 segram)

Pakcik ini berjumpa Hj. Shams untuk mendapatkan gold card folder bagi menyimpan emas fizikal yang bakal dikeluarkan dari akaun GAP ini kelak.

Baguslah sebab beliau dapat pegang emas fizikal yang beliau simpan dengan konsisten.

Hajatnya hendak mendapatkan folder kad untuk isi emas yang hendak dikeluarkan daripada akaun GAP beliau.

Sebagai imbuhan, Hj. Shams memberikan hadiah gold card folder dan buku tulisan saya berjudul “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” kepada beliau.

Gais.

Untuk pengetahuan anda, beliau simpan emas sebagai dana untuk naik haji. Mari kita doakan semoga tertunai hasrat murni beliau.

Moral daripada kisah ini adalah; bila matlamat menyimpan emas adalah jelas. Maka akan wujud kesungguhan dan konsisten dalam usaha.

Tanpa matlamat yang jelas maka simpanan emas anda tidak akan meningkat.

Saya doakan semoga anda direzekikan oleh Allah SWT untuk menyimpan harta dalam bentuk emas.

Mari belajar dari kisah pakcik cleaner ini!

#NotaEmasSyukorHashim
Kuasa beli 1 dinar = seekor kambing terbukti sejak 1400 tahun yang lalu sehingga sekarang.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam musnadnya, daripada `Urwah yang bermaksud :

"(Pada suatu hari), Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.

Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata: "Wahai `Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing."

Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli seekor kambing daripadaku.

Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu."

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya?

Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: "Ya Allah, berkatilah perniagaannya."

Sekarang, 1400 tahun telah berlalu. Apakah kuasa beli 1 Dinar masih sama?

Jawapannya YA.

Sahabat saya Abdullah Ismail adalah seorang tokey kambing.

Sejak tahun 2010 beliau jual kambing dengan harga 1 dinar.

Sekarang tahun 2022, dah 12 tahun berlalu.Harga kambing jika dibayar dengan berat emas, maka nilainya sama.

Kalau nak bukti, anda boleh beli kambing dengan En. Abdullah Ismail. Dia tinggal di Bandar Baru Bangi.

Siapa yang ada 1 dinar, maka berbahagialah anda. Harga kambing takkan naik jika anda beli dengan dinar.

Inflasi = zero.

Namun, kalau harga kambing diukur dalam RM, maka lama kelamaan harganya bertambah mahal.

Alhamdulillah! Itulah kuasa beli emas.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Hari ini harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tapi harinine gold spot market ditutup sebab cuti Good Friday.

Trader forex dan spot gold tak boleh berjual beli. Platform ditutup dan bagi error “Off Quotes”.

Ada syarikat jual beli emas yang tutup urusniaga sebab spot market tutup. Customer berkicap kena tunggu Isnin walaupun harga emas tinggi depan mata 🥹

Tapi Public Gold nie jual emas fizikal. Oleh yang demikian, sistem website Public Gold buka 24/7.

Anda boleh lock harga untuk beli dan jual anytime kat website Public Gold walaupun harga tak bergerak asbab market close.

Jadi tuan puan.

Dipersilakan membeli dan menjual emas Public Gold seperti biasa 😀🥳👍

Ajommm

#NotaEmasSyukorHashim
PENGUMUMAN! 📣 PENGUMUMAN📣

Sempena kenaikan harga emas tertinggi dalam sejarah hari ini, Public Gold akan membuka semua cawangan esok, Sabtu 30/3/2024 🥳

Semua cawangan dibuka start jam 9.00 pagi sehingga 1 tengahari.

Ia adalah untuk tujuan anda menjual barang kemas atau gold bar jenama-X dan dapat tunai on the spot.

Jenama-Xbermaksud barang kemas atau gold bar yang bukan jenama Public Gold.

Kalau tunai habis, Public Gold akan transfer DuitNow pada hari yang sama ke akaun bank anda.

Jika anda ada barang kemas buruk, rosak, patah dan bengkok, dipersilakan jual kepada Public Gold esok.

Jika anda ada gold bar jenama X, dipersilakan jual kepada Public Gold.

Walaupun pasaran emas dunia ditutup, namun cawangan Public Gold dibuka. Website kami dibuka 24/7.

Jemput datang.

Staff Public Gold menunggu anda dengan senyuman 😃 dan duit 💵 💵 💵

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Public Gold melangkah setapak lagi dalam industri emas. Ini kerana Public Gold akan buat refinery sendiri (kilang penulenan emas fizikal)

InShaAllah saya akan hadir ke majlis pecah tanah Public Gold refinery pada 7/5/2024 nanti di Batu Kawan, Penang (ini majlis tertutup).

Anda boleh baca maklumat lanjut kesini.

https://thesun.my/business/public-gold-to-break-ground-for-world-class-refinery-centre-in-penang-next-week-PH12404487

Dengan jualan emas fizikal berbilion ringgit setahun dan belian emas terpakai dengan nilai jutaan ringgit setiap bulan, kilang penulenan emas ini akan membantu meningkatkan lagi production Public Gold.

Jika anda customer Public Gold maka anda akan dapat emas fizikal dan anda boleh tidur lena 😴

Posting asal https://www.facebook.com/share/gvsftN1PgeVxHPFe/?mibextid=WC7FNe

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Saya akan buat fblive pada hari ini (Rabu).

Tajuk: Isu-isu semasa EMAS
Tarikh: Rabu 24/7/2024
Masa: 12 tengahari
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Julai dan juga perkembangan semasa Public Gold.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Tahniah kepada Sadiqin Sulong, dealer Public Gold team PG1M kerana membantu customer membeli 5kg emas fizikal.

Harga 5 keping kilobar ini berjumlah RM1,894,790 😄

Soalan.

Orang yang macammana yang mampu beli gold bar sebanyak ini?

Biasanya orang ini dah kaya. Duit dia berpuluh juta dan dah banyak aset.

Beliau mempelbagaikan aset dan emas menjadi salah satu pilihan.

Apa yang penting? Beliau faham hukum simpanan emas.

Beli emas fizikal, mesti dapat fizikal. Mesti boleh simpan sendiri.

Simple ajer gais.

Dulu, ada syarikat jual emas pernah buat program beli 1 dapat 10 kali ganda emas.

Namun itu terbukti mengarut. Habis semua customer dan konsultan masuk laut.

Jadi, untuk kita rakyat marhein, kita tak perlu invest 5 kilo. Poket kita tak sebegitu dalam.

Jadi kita beli emas ikut kemampuan. Sebagai contoh, kalau beli emas Public Gold secara akaun GAP, anda boleh start dengan minima RM100 sahaja.

Jika nak simpan secara berdisiplin, maka pilihlah kaedah auto debit.

Potong minima RM100 dari akaun bank dan jadikan ia emas secara automatik. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit jua.

Cuma kena ingat, jangan terpedaya dengan janji untung cepat dan banyak.

Terbukti semua tu mengarut. Semua ke laut.

#NotaEmasSyukorHashim
(Broadcast)

Saya terbaca posting di FB group.

Ada tuan rumah yang nak jual rumah dengan harga 810gram emas Public Gold 🥳

Lokasi di Kluang, Johor.

Apa maksudnya?

Maksudnya emas itu berharga. Orang terima emas sebagai alat pertukaran (medium of exchange).

Bayangkan anda ada 810g emas yang dibeli lama dahulu (contohnya zaman emas RM300 segram), maka anda cuma bayar RM243,000 sahaja.

Ini contoh ajerlah tuan puan 😎

Fakta menarik seterusnya adalah, tuan rumah mahu emas Public Gold (PG).

Walaupun nilai emas datang daripada berat dan ketulenan, namun kita tidak dapat nafikan bahawa ada sesetengah jenama seperti Public Gold menjadi pilihan (preferred choice).

Ini kerana jenama Public Gold telah bertapak 17 tahun di Malaysia.

Jadi ia terkenal, kukuh dan disukai penyimpan emas tempatan.

Ada banyak jenama emas di Malaysia datang dan pergi, contohnya syarikat yang buat skim cepat kaya dan untung ganda-ganda.

Jadi jenama ini kurang diminati kerana dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang kurang bagus.

Saya doakan semoga tuan tanah posting ini mendapat buyer dari penyimpan emas Public Gold 😀

Ps: ✍🏻 Ini adalah contoh kenapa anda kena simpan emas untuk jangka masa panjang.

Sebab mungkin simpanan emas anda membolehkan anda dapat sebuah rumah tanpa perlu loan bank! 💪

Aminnn…

Posting asal https://www.facebook.com/share/1AphbgEK85/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold