Nota Emas Noorshiah MA (PG012917)
160 subscribers
417 photos
20 videos
3 files
238 links
Tips dan perkongsian ilmu emas.
"Save gold today, it will save you tomorrow"
Download Telegram
Welcome #Disember!

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga Disember, antara sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 12gram emas.

Ya betul angka 12 telah tercapai.
Itu angka minima.
Kalau kita benar-benar fokus simpan, entah-entah angka itu lebih. Bukan 12gram, entah-entah 100gram.

Siapa tahu kan!
.
Jom kita buat kira kira supaya kita lebih faham.

Harga emas hari Ini = RM276 segram
Nilai 12gram emas = RM3312

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah🤲🏻

Simpanan kita telah pun melebihi RM3000.
Bukan mudah sebenarnya nak simpan duit sebanyak itu.

Ramai berjaya menyimpan duit apabila menyimpan emas. Emas boleh bertukar menjadi duit tetapi duit belum tentu boleh bertukar menjadi emas.
Yela kan, asyik bocor, bocor, bocor.

Ada sahaja alasan.
Ada sahaja cabaran.
Ada sahaja liku-liku.
Ada sahaja halangan.
Bertahun-tahun tak pernah berjaya simpan duit.

Duit memang sifatnya untuk berbelanja.
Emas sifatnya untuk kumpul.
Mudah faham kan?
.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa. 💪🏻😁

#Ingat!
Simpan emas bukan sebab mahu kaya semata-mata tetapi simpan emas untuk elak kita meminta-minta.

Ketahuilah saat kita meminta-minta, itu antara situasi yang sangat sukar.

Kena tebalkan muka.
Kena kentalkan hati.
Kena cekalkan jiwa.

Ayuh sediakan dana kecemasan dalam bentuk emas. BEKU!

#PG1M