Nota Emas Noorshiah MA (PG012917)
159 subscribers
420 photos
20 videos
3 files
239 links
Tips dan perkongsian ilmu emas.
"Save gold today, it will save you tomorrow"
Download Telegram
1/1/2024, hari pertama tahun ini, apa kata kita mulakan dengan kisah inspirasi.

Mana tahu, keberkatan pada kisah ini akan membuka minda anda untuk simpan emas sebagai harta.

Kisahnya, ada seorang pakcik yang bekerja sebagai cleaner di sebuah bank, merupakan penyimpan emas di bawah bimbingan Hj Shams Emas

Dari segi logik, kerja cleaner tidak memberikan pendapatan yang tinggi. Jadi berapa banyak sangat gaji yang beliau boleh ketepikan sebagai simpanan.

Namun Allah SWT merezekikan pakcik ini dengan simpanan emas sebanyak 145g emas dalam akaun GAP.

Fuh! Kagum saya.

Sebab 145g emas ini adalah bersamaan dengan nilai RM47,995 (RM331 segram)

Pakcik ini berjumpa Hj. Shams untuk mendapatkan gold card folder bagi menyimpan emas fizikal yang bakal dikeluarkan dari akaun GAP ini kelak.

Baguslah sebab beliau dapat pegang emas fizikal yang beliau simpan dengan konsisten.

Hajatnya hendak mendapatkan folder kad untuk isi emas yang hendak dikeluarkan daripada akaun GAP beliau.

Sebagai imbuhan, Hj. Shams memberikan hadiah gold card folder dan buku tulisan saya berjudul “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” kepada beliau.

Gais.

Untuk pengetahuan anda, beliau simpan emas sebagai dana untuk naik haji. Mari kita doakan semoga tertunai hasrat murni beliau.

Moral daripada kisah ini adalah; bila matlamat menyimpan emas adalah jelas. Maka akan wujud kesungguhan dan konsisten dalam usaha.

Tanpa matlamat yang jelas maka simpanan emas anda tidak akan meningkat.

Saya doakan semoga anda direzekikan oleh Allah SWT untuk menyimpan harta dalam bentuk emas.

Mari belajar dari kisah pakcik cleaner ini!

#NotaEmasSyukorHashim
Kuasa beli 1 dinar = seekor kambing terbukti sejak 1400 tahun yang lalu sehingga sekarang.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam musnadnya, daripada `Urwah yang bermaksud :

"(Pada suatu hari), Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.

Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata: "Wahai `Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing."

Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli seekor kambing daripadaku.

Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu."

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya?

Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: "Ya Allah, berkatilah perniagaannya."

Sekarang, 1400 tahun telah berlalu. Apakah kuasa beli 1 Dinar masih sama?

Jawapannya YA.

Sahabat saya Abdullah Ismail adalah seorang tokey kambing.

Sejak tahun 2010 beliau jual kambing dengan harga 1 dinar.

Sekarang tahun 2022, dah 12 tahun berlalu.Harga kambing jika dibayar dengan berat emas, maka nilainya sama.

Kalau nak bukti, anda boleh beli kambing dengan En. Abdullah Ismail. Dia tinggal di Bandar Baru Bangi.

Siapa yang ada 1 dinar, maka berbahagialah anda. Harga kambing takkan naik jika anda beli dengan dinar.

Inflasi = zero.

Namun, kalau harga kambing diukur dalam RM, maka lama kelamaan harganya bertambah mahal.

Alhamdulillah! Itulah kuasa beli emas.

#NotaEmasSyukorHashim
GAP JUNIOR (Gold Accumulation Program) Disokong 100% emas fizikal 999.9
====
Taukah?

1. Ibu atau bapa juga boleh buka akaun emas GAP untuk anak-anak seawal usia baby dilahirkan asalkan dah ada sijil kelahiran (Akaun Bersama)

2. Mulakan dengan serendah RM100 pun dah ok. Jika mampu mulakan 1 gram.

3. Tujuan simpanan emas GAP Junior untuk kegunaan menampong kos pelajaran anak ke sekolah mahupun kemasukan ke universiti.

4. Kos belajar semakin tahun semakin tinggi, lebih baik bersedia dengan suatu aset yang dapat dibeli sedikit2 dan kita tahu akan naik nilainya dalam jangka masa panjang.

5. Simpanan emas naik nilainya seiring dengan peningkatan usia anak. Memang sangat menguntungkan.

Nak tau bagaimana buka akaun #GAPjunior #PublicGold..

Saya bantu anda mulakan simpanan emas hari ini
http://www.wasap.my/60168876857/gapjunior
Apakah perkara penting yang perlu tahu untuk elakkan kerugian dalam pelaburan emas?

Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan macam dividen ASB/ Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat keuntungan. Mana-mana pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan, itu semua scam.

Beli emas mesti dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas itu kita boleh simpannya sendiri, tanpa ada syarat mesti simpan dengan mana-mana syarikat untuk tempoh tertentu.

Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Emas tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat. Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.

Beli emas bermaksud simpan duit. Beli emas duit tak habis. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja pada bila-bila masa.

Transaksi jual beli emas terdedah kepada risiko tertipu atau terkait dengan aktiviti "gubahan wang haram" (AMLA). Untuk elakkan ditipu atau terkait dengan isu AMLA, pastikan jual beli emas hanya dengan syarikat yang sudah trusted dan berkredibiliti sahaja. Bukan dari mana-mana individu yang tidak dikenali.

Saya bantu anda mulakan simpanan emas hari ini
http://www.wasap.my/60168876857

Noorshiah Mohd Arif (PG012917)
Introducer PG anda
Berapakah jumlah simpanan emas setiap orang patut ada?

Letakkan target sekurang-kurangnya 100 gram emas untuk satu keluarga. Bila sudah capai 100 gram pertama, target seterusnya ialah memiliki 1 kilogram emas untuk satu keluarga. Mulakan tabiat simpan 1 gram 1 bulan dulu.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita.

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walauapapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.

Jadikan emas sebagai benteng terakhir kewangan keluarga. Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada, dan simpanan emas kita itu tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain (jika jatuh muflis atau nama disenarai-hitamkan).

Saya bantu anda mulakan simpanan emas hari ini
http://www.wasap.my/60168876857

Noorshiah Mohd Arif (PG012917)
Introducer PG anda
Beli emas ni bukan soal minat tapi PERLU.

Perlu untuk elakkan harta kita dirompak senyap² oleh INFLASI.

#TipSimpananEmas
Bila waktu terbaik beli emas?

Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.
Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah.

Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.

Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark.
Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.

#notaemasnoorshiah
𝗕𝗔𝗭𝗜𝗥 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 - 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻

Pembeli emas sebagai PENYIMPAN jangan buang masa nak pantau harga emas naik atau turun.

Harga emas sememangnya ada naik dan ada turun dalam jangka pendek.

Kalau naik tak turun-turun itu pelik namanya.

Fokus berapa gram yang kita nak simpan. Tentang harga emas naik atau turun jangan dipedulikan.

Set dalam kepala "janji duit jadi emas".

Ada lebihan duit, tukar terus duit jadi emas untuk elak duit lebihan habis entah kemana.

Tetapkan matlamat kenapa "aku simpan emas".

Contoh matlamat yang kita boleh buat ialah nak jadikan simpanan masa depan, simpanan pendidikan anak, simpanan nak kerjakan ibadah haji/umrah dan sebagainya.

Harga emas turun tu adalah satu BONUS sebab kita boleh beli emas pada harga rendah.

Waktu sesuai untuk pantau harga emas adalah bila masa kita nak gunakan tunai (rancang untuk jual). Pada masa itu baru kita pantau waktu yang sesuai untuk kita jual.

Jangan bazirkan masa dan EMOSI nak tengok harga emas naik turun jika kita hanya sebagai penyimpan emas.

Fokus UTAMA adalah pertambahan gram bukan RM.

Begitulah
Gais.

Hari ini harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tapi harinine gold spot market ditutup sebab cuti Good Friday.

Trader forex dan spot gold tak boleh berjual beli. Platform ditutup dan bagi error “Off Quotes”.

Ada syarikat jual beli emas yang tutup urusniaga sebab spot market tutup. Customer berkicap kena tunggu Isnin walaupun harga emas tinggi depan mata 🥹

Tapi Public Gold nie jual emas fizikal. Oleh yang demikian, sistem website Public Gold buka 24/7.

Anda boleh lock harga untuk beli dan jual anytime kat website Public Gold walaupun harga tak bergerak asbab market close.

Jadi tuan puan.

Dipersilakan membeli dan menjual emas Public Gold seperti biasa 😀🥳👍

Ajommm

#NotaEmasSyukorHashim
PENGUMUMAN! 📣 PENGUMUMAN📣

Sempena kenaikan harga emas tertinggi dalam sejarah hari ini, Public Gold akan membuka semua cawangan esok, Sabtu 30/3/2024 🥳

Semua cawangan dibuka start jam 9.00 pagi sehingga 1 tengahari.

Ia adalah untuk tujuan anda menjual barang kemas atau gold bar jenama-X dan dapat tunai on the spot.

Jenama-Xbermaksud barang kemas atau gold bar yang bukan jenama Public Gold.

Kalau tunai habis, Public Gold akan transfer DuitNow pada hari yang sama ke akaun bank anda.

Jika anda ada barang kemas buruk, rosak, patah dan bengkok, dipersilakan jual kepada Public Gold esok.

Jika anda ada gold bar jenama X, dipersilakan jual kepada Public Gold.

Walaupun pasaran emas dunia ditutup, namun cawangan Public Gold dibuka. Website kami dibuka 24/7.

Jemput datang.

Staff Public Gold menunggu anda dengan senyuman 😃 dan duit 💵 💵 💵

#NotaEmasSyukorHashim
Duit raya dalam bentuk emas 0.25 gram au999.9. Lebih bertahan dan tinggi nilai.

Limited!

Ada promosi diskaun RM10. Siapa cepat dia dapat.

https://pgmall.my/p/1463/4751?referralPgCode=noshi03@yahoo.com.my
Alhamdulillah.. anak memilih emas sebagai hadiah hari jadi buat sahabat baiknya dari sama-sama sekolah rendah dulu. Suatu hadiah yang amat bernilai dan tak luput ditelan zaman🎂🎁. Semoga persahabatan mereka terus berkekalan selamanya.. aamiin
InsyaAllah

Mana nak dapat limited edition gold bar 0.25 gram ketulinan au999.9 ini?
Klik di sini⤵️

https://pgmall.my/p/1445/8835?referralPgCode=noshi03@yahoo.com.my