Nota Emas Faridah๐Ÿ‘
122 subscribers
542 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
Forwarded from PintarEMAS I Hj Shams
Simpan emas ni kena faham 2 benda

- Jangka masa pendek :
Harga emas ada naik ada turun

- Jangka masa panjang :
Harga sentiasa naik

Harga emas naik pon sebab nilai duit kertas semakin lama semakin menyusut. Jadi sebagai penyimpan emas, ni 5 tips supaya kita sentiasa tenang dalam membuat simpanan :

#Tips1 Fokus kepada pertambahan gram, bukan RM. Kita akan cepat risau bila terlalu fokus kepada RM. Harga emas bergerak setiap saat. Tak logik kalau kita beli emas ni harga emas tak turun-turun.

#Tips2 Beli emas guna duit lebihan selepas kita dah buat simpanan kecemasan dalam bentuk RM untuk 3 ke 6 bulan duit gaji. Kalau dah ada simpanan kecemasan then boleh mula simpan emas. Cuba cek sat ada tak simpanan kecemasan?

#Tips3 Tulis matlamat menyimpan dengan lebih jelas. Contoh :

1 Dinar - Travel
10 Dinar - Umrah
50 gram - Deposit rumah
100 gram - Pendidikan anak-anak
250 gram - Pencen untuk hari tua

#Tips4 Kalau beli emas dengan cara akaun emas GAP, target simpan 5 gram. Kemudian keluarkan dan simpan dalam dompet. Serius aura emas ni lain macam kalau kita letak dalam dompet tau.

#Tips5 Buat 1 target baru iaitu target nak simpan emas sampai boleh bayar zakat. Caranya simpan 85 gram ke atas atau 20 dinar. Then bayar zakat cuma 2.5% darab dengan harga emas semasa.

Kawan-kawan,

Simpan emas ni bukan nak tunjuk kaya. Tapi nak elak lemas diwaktu cemas. Biar tak susah tapi tak miskin. Dan tak nak lagi lah simpan duit sikit-sikit, lama-lama masih sikit. Aikkk?!

Jangan begitu awak. ๐Ÿ˜†

Semoga bermanfaat!

Silakan SHARE dengan orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.