Nota Emas Faridah👍
122 subscribers
541 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
Seram tengok harga emas sekarang.

Tapi bila ada ilmu, kita tak pernah rasa seram dengan harga. Harga emas lagi 3 - 5 tahun confirm lebih seram dari harga sekarang.

Yang seramnya kalau tabungan kita tak bertambah. #TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas
3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

#GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk mereka.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.

Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai 'life boat' dan 'insuran kekayaan' keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah... Sediakanlah payung sebelum hujan.

#TipKayaDenganEmas #1kilogram1keluarga
DUIT RAYA ANAK!

Sebagai ibu bapa jangan guna dan jangan bagi mereka pegang sendiri.

Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya yang aturkan kewangan mereka demi masa depan.

Jadi di sini saya sarankan beberapa tempat yang boleh jadi tempat simpanan duit raya anak-anak.

1. Emas 999

Kalau pilih emas jangan simpan dalam bentuk emas perhiasan 916. Simpan dalam bentuk emas fizikal 999. Bagi emas 999 ni saya sarankan beli emas secara Online (patuh syariah) di Akaun Emas.

Pastikan simpanan di Akaun Emas itu bersandarkan emas fizikal yang mana fizikalnya wujud dan boleh kita keluarkan fizikal.

Contohnya kemudahan simpanan di #AkaunEmasGAP Public Gold.

2. Tabung Haji

Di sini kita simpan dalam bentuk duit kertas. Yang mana setiap tahu boleh dapat keuntungan daripada dividen yang diumumkan.

Keuntungan di tabung haji boleh dapat dalam 3.15 % setahun siap tolak zakat setahun.

Di sini saya sarankan cukupkan RM1300 terlebih dahulu untuk syarat daftar haji untuk anak-anak.

3. ASB

Simpan di ASB pun sama dengan TH. Bezanya dividen di ASB lebih kurang 5% setiap tahun tapi beli lagi ditolak zakat.

Boleh daftar di cawangan ASB terdekat atau buat online pun boleh.

Jadi itulah 3 tempat simpanan asas untuk duit raya anak-anak.

Jadilah ibu bapa yang bijak urus kewangan anak-anak. Dengan harapan duit tersebut boleh mereka guna untuk sambung belajar kelak.

Begitula…

#TipKayaDenganEmas

More info klik sini
https://t.me/notaemasfaridah
More info klik sini
https://t.me/notaemasfaridah