Nota Emas FaridahπŸ‘
122 subscribers
541 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
Sewaktu mula belajar tentang emas, sifu saya pernah bercerita.

Katanya "Syukor.. jika orang tahu ilmu emas, maka cara dia melihat dunia akan berubah sama sekali"

"Kenapa sifu cakap begitu?" balas saya.

"Jika orang tak belajar ilmu emas, mereka cuma kenal duit RM.

"Salah satu fungsi duit adalah alat mengukur nilai"

Contohnya... awak beli rumah pada tahun 2010 dengan nilai RM110,000. Setelah 10 tahun, bagaimana awak mengukur nilai rumah tersebut? Awak akan pakai RM juga kan?

Katakan tahun ini rumah tersebut bernilai RM250,000.

Jadi awak akan cakap "Setelah 10 tahun, harga rumah ini meningkat sebanyak 127.27%".

Kesimpulan: Harga rumah yang diukur dalam RM, ia meningkat 127.27%

KEHEBATAN EMAS.

"Syukor, untuk pengetahuan awak, kita juga boleh ukur nilai sesuatu dengan berat emas" Ujar sifu saya.

"Sebagai contoh, pada tahun 2010, harga emas sekitar RM135 segram. Jadi rumah yang berharga RM110,000 itu adalah bersamaan 814.81 gram emas" Ujar sifu saya (RM110,000 bahagi RM135)

"Dengan kata lain, jika awak nak beli rumah ini, maka awak perlukan 814.81 gram"

Sekarang, tahun 2020, berapa nilai rumah jika kita ukur dalam berat emas?

Harga rumah RM250,000. Manakala harga emas hari ini adalah RM269 segram (19/12/2020)

Nilai rumah ini dalam berat emas adalah adalah 929.36 gram. (RM250,000 bahagi RM269)

Jadi, di dalam berat emas:

Tahun 2010 = 814.81 gram boleh beli rumah ini
Tahun 2020 = 929.36 gram boleh beli rumah ini

Kenaikan harga rumah ini, diukur dalam berat emas, hanya naik 14% dalam masa 10 tahun.

Syukor. you nampak tak? Jika diukur dengan nilai RM, maka kenaikan harga rumah adalah purata naik 12.727% setahun.

Jika kita ukur dalam berat emas, rumah ini cuma naik 1.4% setahun. Awak nampak tak jauh benar bezanya?

Sebenarnya bukan salah rumah tu. Tapi salah kayu pengukur. Sebab kayu pengukur dalam RM adalah lemah.

In fact, apa sahaja kayu pengukur dalam duit kertas adalah lemah. Sebab duit kertas ini direka untuk jatuh nilainya dalam jangka masa panjang.

Sebab itu orang yang dapat gaji dalam RM akan sengsara. Sebab kenaikan gaji mereka tak mampu mengejar kenaikan harga rumah dan harga barang-barang.

Awak tengok zaman datuk nenek dan ayah awak.

Datuk ajer yang perlu bekerja. Nenek tak perlu.
Ayah aja yang perlu bekerja, mak tak perlu kerja.
Duit gaji cukup dan boleh sara satu keluarga.

Tapi tengok zaman sekarang.

Kalau suami aja yang kerja, alamat sesaklah kewangan keluarga tersebut. Kenapa? Sebab nilai RM merosot teruk. Pendapatan seorang kerja tak mampu nak tampung kos sara hidup yang tinggi.

Sebab itu, jika awak tahu ilmu emas, ia akan mengubah hidup awak. Awak akan ukur nilai dengan berat emas.

Kemudian awak dapati apa-apa sahaja benda yang diukur dalam berat emas, sama ada harga dia stabil atau ia jadi lagi murah.

Itulah kelebihan emas.

Gais.

Ilmu ini telah mengubah hidup saya selama-lamanya.

Ia bukan sekadar simpanan dan pelaburan, malah ia boleh membantu menukar cara anda melihat kehidupan :)

Silakan share jika bermanfaat.
#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Promosi istimewa daripada Public Gold sempena tahun baru 2022.

Ia akan tamat pada 2/1/22 jam 11.59 malam

Sila ambil peluang ini 😁

Murah banyak.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Apakah jangkaan untuk harga emas tahun 2022?

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ.

Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed)

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal.

Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak.

Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022?

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik.

Gais, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

Namun untuk penyimpan / pelabur emas rakyat marhein, saya nak bagi tips untuk anda.

1. Kesabaran - ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.

2. Konsisten - beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.

3. Pengurusan wang yang mantap - sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

Sebagai contoh. Jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas.

3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas πŸ˜„

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Bermula jam 8.30 tadi harga emas menjunam turun. Ketika posting ini ditulis, harga emas menjunam sebanyak 27 usd / Oz.

Kenapa harga emas menjunam teruk? Apa sebabnya?

Jawapannya adalah seperti berikut:

Sebentar tadi US telah mengeluarkan satu laporan yang penting iaitu data inflasi.

Index harga pengguna menunjukkan peningkatan inflasi yang tinggi iaitu sebanyak 8.2%

Jadi kadar ini lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi.

Ini membayangkan bahawa usaha US Federal Reserve untuk mengekang kadar inflasi dengan menaikkan kadar faedah GAGAL!

Justeru itu, pelabur membayangkan bahawa Federal Reserve akan terus bertindak agresif dengan menaikkan lagi kadar faedah di masa hadapan.

Justeru, bila pelabur beranggapan kadar faedah di masa hadapan akan meningkat dengan agresif, maka harga emas dan saham akan jatuh sekarang.

Ini kerana emas akan hilang daya tarikan kepada pelabur.

Pelabur menjual emas sekarang dan target untuk melabur dalam instrument yang memberikan kadar faedah seperti t-bond, t-bill, t-notes dan juga simpan duit kat dalam bank.

Selagi mana inflasi di US masih tinggi dan fed mahu bertindak agresif menaikkan kadar faedah maka harga emas akan turun, stok market akan turun.

#NotaEmasSyukorHashim
Apa cerita emas hari ini? 27/12/22

Salah satu rahsia emas ialah, ia adalah magnet kekayaan.

Menyimpan emas bermaksud menarik kekayaan datang kepada anda.

Kenapa?

Pertama: Nilai emas meningkat dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, Disember 2017, harga emas sekitar RM176 segram.

Disember 2022, harga emas sekitar RM271 segram.

Kenaikan 54% dalam masa 5 tahun.

Walaupun gram emas tidak berubah, namun emas anda menarik kekayaan sebanyak 54% kepada anda.

Walaupun anda letak emas dalam almari. Ia tetap menarik kekayaan kepada anda.

Duit kena letak dalam bank, asb, tabung haji, unit trust, baru ia bekerja untuk anda.

Sekiranya anda letak duit RM1,000 dalam almari selama 5 tahun maka nilai nombornya masih sama, namun kuasa beli RM1,000 akan berkurangan.

Sebab β€œnilainya dicuri oleh inflasi”.

Guru saya berkata β€œperanan utama duit kertas adalah sebagai medium of exchange @ medium pertukaran, namun duit kertas lemah dari segi menyimpan nilai untuk jangka masa panjang.

Kalau nak simpan nilai duit, ia perlu ditukarkan ke dalam bentuk yang lebih baik, contohnya emas dan perak.

Atau anda letakkan duit ditempat ia boleh bekerja (invest duit tu ke mana-mana tempat yang anda mahir, contohnya ASB, tabung Haji, saham, unit trust etc)

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Saya nak share sikit pengalaman peribadi. Kenapa orang gagal dalam simpanan / pelaburan emas?

Gagal bermaksud emas dia tak bertambah, tidak dapat untung, tak bertahan lama, buka akaun 1 gram lepas tu tak tambah-tambah bertahun-tahun.

Pertama sekali, dia simpan emas secara suka-suka sahaja. Takde gol yang jelas.

Suka-suka = takkan kemana πŸ˜“

Untuk berjaya dalam pelaburan emas, anda perlu ada gol yang jelas. Gol yang jelas menyebabkan anda akan senang berjaya.

CONTOH GOL YANG ANDA BOLEH PILIHπŸ‘‡

1. Gol saya adalah untuk alihkan 10% dari pendapatan anda dalam bentuk emas sehinggalah anda pencen. Selagi ada pendapatan selagi itu anda simpan 10% dalam bentuk emas.

2. Gol saya adalah simpan 1 gram emas (atau lebih) setiap bulan sehingga pencen. Selagi ada pendapatan selagi itu saya simpan 1 gram.

3. Gol saya adalah untuk simpan emas sehingga boleh dapat nilai downpayment beli rumah/shoplot. Contohnya nak simpan emas sehingga RM100,000 sebab shoplot itu bernilai RM1 juta. Jadi saya simpan ajer sebanyak mungkin dan secepat mungkin untuk dapatkan RM100,000 nilai emas.

3. Gol saya adalah untuk simpan emas untuk pendidikan anak-anak saya. Jadi saya nak simpan emas selama 17 tahun sehingga anak saya habis SPM. Emas nie akan jadi dana pendidikan anak-anak saya.

4. Ini adalah gol personal saya. Saya simpan sahaja emas semaksima mungkin (70% ke 80% pendapatan sehingga muncul peluang baik) tak perlu fikir matlamat.

Simpan ajer sehingga ada peluang baik depan mata. Lepas tu terus jual emas dan ambil peluang tersebut.

Inilah gol yang menyebabkan saya boleh buat sebuah rumah di Langkawi secara tunai.

Saya tak pernah impikan nak buat rumah. Saya cuma simpan emas dan perak ajer sebanyak mungkin. Namun bila peluang datang apabila mak saya offer utk buat rumah atas tanah mak, maka saya jual emas dan perak tu, dapat cash dan buat terus rumah.

Puas hati sangat2 gais πŸ€—

Gais. Bila kita ada gol seperti πŸ‘†, InsyaAllah akan senyum.

Kenapa?

Sebab saya dah simpan emas 15 tahun. 

Dulu, kini dan selamanya. InsyaAllah πŸ€—

Sila share jika bermanfaat.

Perkongsian daripada Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Saya nak share sikit pengalaman peribadi. Kenapa orang gagal dalam simpanan / pelaburan emas?

Gagal bermaksud emas dia tak bertambah, tidak dapat untung, tak bertahan lama, buka akaun 1 gram lepas tu tak tambah-tambah bertahun-tahun.

Pertama sekali, dia simpan emas secara suka-suka sahaja. Takde gol yang jelas.

Suka-suka = takkan kemana πŸ˜“

Untuk berjaya dalam pelaburan emas, anda perlu ada gol yang jelas. Gol yang jelas menyebabkan anda akan senang berjaya.

CONTOH GOL YANG ANDA BOLEH PILIHπŸ‘‡

1. Gol saya adalah untuk alihkan 10% dari pendapatan anda dalam bentuk emas sehinggalah anda pencen. Selagi ada pendapatan selagi itu anda simpan 10% dalam bentuk emas.

2. Gol saya adalah simpan 1 gram emas (atau lebih) setiap bulan sehingga pencen. Selagi ada pendapatan selagi itu saya simpan 1 gram.

3. Gol saya adalah untuk simpan emas sehingga boleh dapat nilai downpayment beli rumah/shoplot. Contohnya nak simpan emas sehingga RM100,000 sebab shoplot itu bernilai RM1 juta. Jadi saya simpan ajer sebanyak mungkin dan secepat mungkin untuk dapatkan RM100,000 nilai emas.

3. Gol saya adalah untuk simpan emas untuk pendidikan anak-anak saya. Jadi saya nak simpan emas selama 17 tahun sehingga anak saya habis SPM. Emas nie akan jadi dana pendidikan anak-anak saya.

4. Ini adalah gol personal saya. Saya simpan sahaja emas semaksima mungkin (70% ke 80% pendapatan sehingga muncul peluang baik) tak perlu fikir matlamat.

Simpan ajer sehingga ada peluang baik depan mata. Lepas tu terus jual emas dan ambil peluang tersebut.

Inilah gol yang menyebabkan saya boleh buat sebuah rumah di Langkawi secara tunai.

Saya tak pernah impikan nak buat rumah. Saya cuma simpan emas dan perak ajer sebanyak mungkin. Namun bila peluang datang apabila mak saya offer utk buat rumah atas tanah mak, maka saya jual emas dan perak tu, dapat cash dan buat terus rumah.

Puas hati sangat2 gais πŸ€—

Gais. Bila kita ada gol seperti πŸ‘†, InsyaAllah akan senyum.

Kenapa?

Sebab saya dah simpan emas 15 tahun. 

Dulu, kini dan selamanya. InsyaAllah πŸ€—

Sila share jika bermanfaat.

Perkongsian daripada Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Ada emas yang dibeli untuk tujuan pelaburan.

Yakni beli pada harga rendah dan jual balik pada harga tinggi.

Ada emas yang dibeli untuk tujuan koleksi. Biasanya sebab emas tu limited edition, special edition atau special number.

Emas untuk koleksi nie, biasanya ia disimpan terus sebagai harta. Jarang sekali untuk dijual walaupun harga emas naik.

Tujuan koleksi nie, lebih kepada menjamu mata 🀭 . Tengok dan lepas tu simpan balik.

Sebagai contoh, semasa gold bar POS Malaysia dikeluarkan, saya cepat-cepat cari gold bar POS nombor 12, sebab itu adalah nombor PGCode saya bersama Public Gold. πŸ˜† haha.

Jadi dapatlah 10gram nie.

Jadi, bila ada hamba Allah yang mencari gold bar 10 gram POS Malaysia sebagai koleksi, saya cakap β€œSaya ada gold bar 10 gram POS Malaysia. Tapi sy tak jual”

Walaupun dia sanggup bayar extra premium, tapi memang saya tak jual lah.

Sebab edisi nie dah tak dikeluarkan lagi dan nombor 12 nie cuma ada satu aja kat dunia.

Bila dah dapat, simpan terussss πŸ₯°

Tips: Untuk anda yang beli emas 1 gram yang banyak2 design tu, anda kena anggap diri anda sebagai collectors, bukan investor. Jadi kalau nak jual balik emas tu, carilah geng-geng collectors. Baru dapat harga cantik.

Kalau beli item collectors, tapi buat macam investors, memang itu mencari masalah di masa hadapan 🀭

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini berita pagi ini.

Iran telah melancarkan serangan ke atas Israel.

Serangan adalah dalam bentuk serangan dron, peluru berpandu krus dan peluru berpandu balistik.

Ini dikategorikan sebagai serangan ketenteraan Iran ke atas Israel.

Serangan ini berpotensi untuk membuka ruang kepada konflik yang lebih besar kerana melibatkan 2 negara.

Kita boleh lihat tindak pasaran hari Isnin 6 pagi. Adakah pasaran melihat konflik ini sebagai sesuatu yang serius?

Jika ya, emas, perak dan minyak akan naik mendadak pagi Isnin nanti.

Posting asal https://www.facebook.com/share/YJb2KLZEzze4P6qJ/?

#NotaEmasSyukorHashim
14/4/2024
Gais.

Ada orang tanya saya.

Kenapa emas Public Gold tak pernah sold out? Stok emas Public Gold sentiasa ada? πŸ˜„

Sejak tahun 2008 sehingga hari ini, customer Public Gold tak pernah nampak notis emas PG habis dijual.

Jualan emas fizikal PG dari 2008 sehingga 2023 adalah 65 tan emas!

Samada harga emas tinggi atau rendah, website Public Gold sentiasa dibuka 24/7 untuk anda beli emas fizikal. Stok PG sentiasa ada. Yes!! πŸ‘

Saya akui, ada syarikat kat Malaysia yang jual emas tapi menghadapi masalah stok sold out.

Customer tak boleh beli. Sold out katanya.

Namun masalah ini tidak berlaku di Public Gold. Sejak saya bersama Public Gold dari tahun 2008 sehingga hari ini (dah 16 tahun) Public Gold sentiasa ada stok emas fizikal.

Apa rahsianya?

Untuk pengetahuan anda, sebagai penjual emas fizikal, Public Gold mempunyai kilang emasnya sendiri.

Public Gold memiliki mesin-mesin untuk memproses emas bermula daripada proses peleburan (smelting) menggelek (rolling), mencetak emas (minting) dan pembungkusan (packaging).

Bila ada kilang sendiri sudah pasti Public Gold tak ada masalah untuk mengeluarkan jongkong emas, dinar emas dan jongkong perak bila-bila masa mengikut kehendak pelanggan.

Dengan bilangan pelanggan melebihi 1.2 juta orang, adalah menjadi tanggunjawab Public Gold untuk memastikan semua customer Public Gold boleh beli emas fizikal bila-bila masa, pada apa jua harga emas dunia.

Mana boleh sold out!

You can trust Public Gold!

We got kilang.
We got gold.
Zero sold out!

#NotaEmasSyukorHashim
Syabas!

Tahniah saya dan CikJun Jonaina Nordin ucapkan kepada anak buah saya, Mohd Zulkifli Shafie yang hari ini empayar customer Public Gold nya mencecah 500,000 orang πŸ₯³πŸ₯³

Dengan pencapaian ini, secara rasminya beliau kini bergelar 6 star, Double Diamond πŸ’Ž πŸ’Ž Founder Master Dealer.

Untuk pengetahuan anda, pencapaian ini bukanlah mudah. Beliau fokus dan istiqamah bersama-sama Public Gold selama 14 tahun.

Beliau aktif mendidik masyarakat Malaysia dengan ilmu kewangan peribadi melalui penulisan blog mohdzulkifli dot com dan juga menulis buku zero hutang, buku misi bebas hutang dan buku Wang Emas.

Beliau adalah orang yang anda boleh percaya jika nak belajar ilmu kewangan dan juga simpanan emas yang betul, tepat dan selamat.

Beliau juga merupakan founder team G100, team dealer-dealer Public Gold yang aktif.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada isteri beliau Najdah Mohammed Hussain yang menjadi tulang belakang dan orang penting kepada Mohd Zulkifli.

Teruskan mendidik rakyat Malaysia dengan ilmu emas dan ilmu kewangan yang betul, tepat dan selamat.

Saya doakan semoga beliau mencapai empayar customer base 1,000,000 orang selepas ini!

Mari kita ucapkan tahniah kepada beliau πŸ₯³

#NotaEmasSyukorHashim
29/4/2024
Antwerp, Belgium.
Bismillahirrahmanirrahim

Berita baik saya nak bagitau.

Mulai 1 Ogos 2024, anda boleh keluarkan semua gram emas daripada akaun GAP.

Tak perlu tinggalkan baki 1gram dalam akaun GAP.

Anda juga boleh jual semua gram emas daripada akaun GAP anda.

Anda juga boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP melalui mesin gold ATM yang berhampiran.

Dengan kata lain, anda boleh simpan emas Public Gold dengan senyuman πŸ˜ƒ

#NotaEmasSyukorHashim
31/7/2024
Gais.

Pada 31/8/2024 nanti, Public Gold akan buat rumah terbuka sempena hari Kemerdekaan.(di Menara Public Gold, Jalan Tun Razak, KL)

Anda dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Akan ada 2 program besar yang akan berlaku pada hari berkenaan iaitu:

1. Seminar Merdeka Kewangan oleh Mentor Kewangan Nombor 1 Malaysia, tuan Azizi Ali Coach (pada jam 10.00 pagi - 11.00 pagi)

2. Forum Emas & Hartanah oleh Syukor Hashim, Dr. Azizul Azli Ahmad dan juga Hafizul Hakim (2.30 petang - 4 petang)

Untuk keterangan lanjut dan juga pendaftaran, sila rujuk laman web ini:

https://pg1m.com/seminar-merdeka-kewangan-dan-forum-emas-hartanah-anjuran-pg1m/

Ok gais. Kedua program ini merupakan program ilmu yang sangat bernilai. Biasanya program seperti ini adalah program berbayar.

Namun sempena program hari Kemerdekaan, Public Gold membawakan kepada anda secara percuma.

Jemput register kehadiran program ini sekarang.

Jumpa anda di menara Public Gold Sabtu, 31/8/2024 nanti.

#NotaEmasSyukorHashim
Tahniah kepada Sadiqin Sulong, dealer Public Gold team PG1M kerana membantu customer membeli 5kg emas fizikal.

Harga 5 keping kilobar ini berjumlah RM1,894,790 πŸ˜„

Soalan.

Orang yang macammana yang mampu beli gold bar sebanyak ini?

Biasanya orang ini dah kaya. Duit dia berpuluh juta dan dah banyak aset.

Beliau mempelbagaikan aset dan emas menjadi salah satu pilihan.

Apa yang penting? Beliau faham hukum simpanan emas.

Beli emas fizikal, mesti dapat fizikal. Mesti boleh simpan sendiri.

Simple ajer gais.

Dulu, ada syarikat jual emas pernah buat program beli 1 dapat 10 kali ganda emas.

Namun itu terbukti mengarut. Habis semua customer dan konsultan masuk laut.

Jadi, untuk kita rakyat marhein, kita tak perlu invest 5 kilo. Poket kita tak sebegitu dalam.

Jadi kita beli emas ikut kemampuan. Sebagai contoh, kalau beli emas Public Gold secara akaun GAP, anda boleh start dengan minima RM100 sahaja.

Jika nak simpan secara berdisiplin, maka pilihlah kaedah auto debit.

Potong minima RM100 dari akaun bank dan jadikan ia emas secara automatik. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit jua.

Cuma kena ingat, jangan terpedaya dengan janji untung cepat dan banyak.

Terbukti semua tu mengarut. Semua ke laut.

#NotaEmasSyukorHashim

Info lanjut klik
https://publicgold.me/Faridah/akaun-gap