Nota Emas Faridah๐Ÿ‘
122 subscribers
541 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
Walau apa pun bidang pekerjaan, dengan apa sahaja tangga gaji yang diterina. Kita tetap ada pilihan, untuk menabung sedikit dari gaji buat simpanan emas.

Kenapa emas? Sebab emas kalis boros. Kalau simpan duit ringgit cepat sangat akal mencadangkan beli itu dan ini.

Simpan #1bulan1gram , hujung tahun mudah untuk ada minimum 12 gram. Tapi kalau simpan RM.3 0 0 sebulan, hujung tahun agak sukar untuk berbaki RM 3 6 0 0.

Sebab kebiasaannya, simpan awal bulan 'korek' hujung bulan. Ini antara penyakit yang ramai tak sedari. Jumpa lah doktor mana sekalipun, tak akan dapat penawar kecuali kesedaran diri sendiri.

Kalau serious berkesedaran menyimpan, kita akan cari alternatif yang lebih eficient. Dan yang membuahkan hasil.
Tak sama orang simpan emas dengan orang simpan wang.

Orang simpan emas akan rasa ketagih. Ketagih untuk simpan lagi. Tambah pula jika ada matlamat. Tak sabar untuk capai matlamat tersebut.

Sedar-sedar dah ada 10 gram. 20 gram. 50 gram. Ini emosi penyimpan emas. Hanya mereka yang sudah mulakan sahaja yang tahu.

Orang yang simpan wang pula automatik akan terus cari idea nak beli itu. Nak beli ini. Emosi nak berbelanja tu tinggi. Sedar-sedar wang yang nak disimpan dah semakin berkurang.

Tambah pula simpan di dompet atau mana-mana ATM yang mudah cucuk. Ada sahaja idea kan. Itu tak cukup.Ini tak cukup.

Hakikatnya bukan tak cukup tapi sebab kita dididik sejak kecil lagi ada wang, kena berbelanja.

Begitu.

Betul tak?

#FarGoldTeam
#HjShamsGroup
#1bulan1gram