Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
MATLAMAT LIMA TAHUN

Kenapa perlunya ada matlamat 5 tahun?

Kerana bukan semua tindakan yang kita mulakan pada hari ini boleh mendapat hasil dalam masa terdekat. Ia perlukan masa untuk berkembang.

Matlamat yang lebih besar memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak untuk mencapainya. Contohnya anda mempunyai matlamat untuk menyimpan RM50 000 dalam masa 5 tahun. Maka anda boleh pecahkan matlamat itu kepada 5 tahun bermakna setiap tahun anda perlu mencapai simpanan RM10 000.

Oleh itu anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM840 sebulan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat ini dipanggil matlamat yang realistik kerana anda mempunyai perancangan dan pelan tindakan untuk mencapai matlamat 5 tahun tersebut.

Sama juga jika anda mempunyai matlamat seperti mempunyai ingin memiliki ASET rumah sebanyak 5 buah dalam masa 5 tahun. aka anda perlu usahakan untuk membeli rumah setahun sebuah.

Matlamat yang ingin anda capai perlulah realistik dan boleh dicapai. Ia bukan sekadar angan-angan yang tanpa tindakan.

Jadi mulakan menulis matlamat anda sekarang. Elakkan hidup tanpa matlamat kerana 5 tahun akan berlalu dengan cepat dan anda mula bertanya pada diri anda sendiri apa yang telah anda capai dalam selama ini dan anda mula menyesal kerana ia berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa perubahan.

#motivasidiri
#matlamatkewangan