Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
SIJIL PATUH SHARIAH PUBLIC GOLD

Pertanyaan tentang sijil patuh shariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat shariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, sijil patuh shariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fee ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan shariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh shariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

PS. Setiap penasihat shariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat shariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.

Syukor Hashim

#publicgold #patuhshariah #investment #goldsavings #emaspublicgold #dinar #emasfizikal #AkaunEmasGAP #goldbars