Latih anak mengurus wang dengan mindset yang betul:
1. Bahagikan dahulu setiap duit yang diterima kepada beberapa bahagian. Selagi tak bahagikan duit, selagi itu jangan guna.
Jika di Akademi Bakat ABS, anak-anak dilatih untuk membahagikan duit mereka mengikut empat roda wang: belanja, kongsi, labur, dan simpan.
2. Tetapkan jumlah pembahagian setiap roda wang mengikut keperluan semasa. Guna duit dalam roda wang mengikut jumlah yang ada dalam roda tersebut. Jika tak cukup tunggu sehingga cukup.
3. Ajarkan anak-anak bahawa wang adalah alat kerja, bukan untuk bermewah. Wang adalah medium untuk mencapai matlamat hidup. Prinsip ini perlu jelas.
4. Latih anak-anak untuk menangguhkan kepuasan segera (delay gratification) demi mencapai matlamat jangka panjang yang lebih besar.
Contoh: Jika anak ingin membeli tablet, ajar mereka menunggu sehingga mereka menyimpan cukup wang. Jangan terus belikan untuk anak atau jangan ajar mereka berhutang daripada roda wang yang lain.
5. Libatkan anak-anak menyertai perbincangan mengenai perbelanjaan keluarga seperti membeli barang dapur dan membayar bil. Ini memberi mereka perspektif tentang kos hidup dan perbelanjaan harian. Ini juga melatih tanggungjawab dan kebertanggungjawaban.
6. Ajar mereka cara berbelanja yang betul. Merancang perbelanjaan, membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan. Jangan hanya belajar menyimpan. Banyak terjadi apabila tiba masa mereka diberi kebebasan untuk berbelanja, mereka lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya atau media sosial.
Dengan prinsip-prinsip ini, anak-anak akan lebih memahami dan mengurus kewangan mereka dengan bijak.
.
Gambar di atas bagaimana seorang anak berusia 12 merancang penggunaan setiap roda wang.
#akademibakatabs
#naturepreneurschool
#sekolahalamdanusahawan