"Kalau hidup kau susah (miskin), (cuba cek) samada kau bodoh atau kau malas!"
Tersentak dengan kata-kata Tuan Faizul Ridzuan (guru pelaburan hartanah) semasa #SeminarRoadToFinancialFreedom hari tu.
Bila saya renung balik kata-kata beliau, sebenarnya samalah apa yang saya cakap sebelum ni. Cuma bahasa beliau agak direct.
Ianya tentang ILMU dan USAHA. Kena rajin belajar dan rajin berusaha.
Kalau miskin, kena cari ilmu. Ilmu tu banyak...
Ilmu yang dimaksudkan tu ialah ilmu duit; ilmu buat duit, ilmu jaga duit, dan ilmu kembangkan duit.
Ilmu kena ada. Barulah duit yang banyak akan datang. Dan duit yang ada tu pun akan berkembang.
Tapi kalau tak ada ilmu, kita akan habis banyak masa dan tenaga.
Orang berilmu boleh buat duit dengan mudah. Bahkan kata-kata orang berilmu pun orang sanggup bayar harga yang mahal.
Tapi kalau tak ada ilmu, kita terpaksa jual kudrat dengan harga yang murah. Kudrat kita terbatas. Maka income (duit) kita pun akan terbatas...
Income kita dibataskan oleh kudrat dan masa (24 jam sehari) yang kita ada.
Yang kedua kena RAJIN berusaha.
Kalau hidup susah tapi hanya mengharap duit gaji (satu income) sahaja, maksudnya kita belum cukup bekerja keras.
Bahasa kasarnya ialah malas...
Kebanyakan orang kaya, mereka dah terbiasa buat banyak kerja dalam satu masa. Mereka ada 2, 3 income dalam satu masa.
Mereka kerja kuat sampai mereka tak ada masa.
Sampai banyak kerja-kerja yang mereka sanggup bayar orang lain untuk settlekan sebab masa mereka sangat berharga.
Kalau kita masih ada masa untuk shopping berjam-jam setiap kali hujung minggu, ada banyak masa untuk scroll medsos orang lain, ada banyak masa layan gosip dan berdebat di medsos, maksudnya kita ada banyak masa untuk bina kekayaan.
Tinggalkan semua yang tak berfaedah tu. Gunakan masa berharga tu untuk cari duit.
Cari ilmu duit. Dan bekerja kuatlah bina kekayaan...
Bekerja kuatlah sampai Tuhan 'kesian' kepada kita. Ibaratnya begitulah...
Memang semuanya takdir Tuhan. Tapi ingatlah, rahmat Tuhan tu dekat kepada orang yang rajin berusaha...
#TipKewanganPeribadi