Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
โ€˜Harga emas sekejap turun sekejap naik, macam mana nak beli?โ€™

Ini antara soalan daripada pelanggan saya. Saya beri pencerahan.
.

#Pertama
Sebenarnya walaupun harga emas ada naik dan turun, tetapi sejarah membuktikan nilai emas tidak pernah turun menjadi kosong (Zero).

Jadi kalaulah kita memilih untuk menyimpan emas, kita sebenarnya berada dilandasan yang betul.
.

#Kedua
Jika kita memilih menyimpan duit sebagai tabungan, tak mengapa. Teruskan sahaja. Itu lebih baik daripada mengkaji sana sini, komen sana sini tetapi tidak ada menyimpan apa apa. Akan tetapi kena faham dan tahu kelemahan simpanan wang.

Duit RM100 yang kita simpan hari ini,masih akan tertera RM100 pada duit itu walaupun 10 tahun akan datang. Yang membezakannya ialah nilai.
.

#Ketiga
Walaupun harga emas naik dan turun, fokus sahaja simpanan emas kita mengikut target.

Tanya diri,berapa GRAM kita nak capai?
10gram emas?
100gram emas?
1kilo emas?

Cuba fikir, bagaimana nak capai 1kilo emas jika emosi kita asyik terganggu dengan harga emas.

Jadi penyelesaian terbaik ialah fokus dan terus fokus dengan target kita.

Capai 1gram pertama.
Kemudian capai 10gram berikutnya.
Dan capai 100gram pula.
Kemudian mimpi pasti menjadi kenyataan kerana kita menghampiri 1kilo emas.

Tetapi jika kita asyik fikir tentang harga, 1gram emas pun susah nak simpan ๐Ÿ˜

Melihat & Berkongsi,
Fairuz Aziz
โ€œElehhhh 1gram ja. Bila nak kaya?โ€

Sebelum kita mula dan celik tentang emas, kita anggap simpanan emas perlu bermula dengan yang besar-besar.

Ramai yang perlekehkan berat 1gram emas.
Ramai yang perkecilkan berat 1gram emas.
Ramai yang persenda berat 1gram emas.
.

Pengalaman saya melihat,

Contoh #Pertama,
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang telah capai simpanan 50gram emas dalam tempoh 10bulan. Nilai 50gram tersebut sekitar RM13,000.

Kata beliau, seolah-olah tidak percaya kerana dulunya nak simpan RM13 pun susah apatah lagi RM13,000. Cuma sekarang simpanan dibekukan dalam bentuk emas.
.

Contoh #Kedua

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang sedar dari tidur yang panjang. Bayangkan sepanjang tempoh 10tahun bekerja, simpanan Zero.

Masuk tahun ke 11, beliau mula risau dan mencuba menyimpan emas. Pada tiga (3) bulan pertama sahaja menyimpan emas, beliau dapat capai simpanan melebihi 30gram emas. Nilai 30gram sekitar RM8,000.

Anehnya 10tahun bekerja, setiap sen yang ada dalam bank semua dirembat. Beliau tinggalkan minima sahaja dalam bank. Jika bank benarkan keluarkan semua, pasti akan dikeluarkan semua.

Kini beliau sungguh-sungguh menyesal dan kembali menyusun langkah.

.

Contoh #Ketiga

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang berstatus pelajar pernah berjaya kumpul 50gram dalam tempoh 5bulan sahaja. Saya pernah menulis tentang beliau dan saya sangat kagum dengan kesungguhan beliau.

Saya ulang, beliau status pelajar dan kini masih berstatus pelajar. Boleh follow beliau Cik Shafawani Othman.

Saya percaya tamat sahaja pengajian di Universiti nanti, disaat rakan sebaya beliau masih mengharapkan duit poket ibu bapa, beliau telah pun bersedia dengan simpanan emas yang ada.
.

Kawan-kawan,

Banyak kisah yang menarik dengan hanya bermula menyimpan 1gram emas.

1gram memang kecil tetapi ketahuilah ianya permulaan untuk kita membina semangat dan impian kita dalam dunia emas.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada matlamat yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada impian yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada usaha yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada semangat yang besar.

Teruskan melangkah, berlari dan meroket. Jangan pedulikan apa yang orang kata tetapi fikir tentang masa hadapan kita. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜Š

Ingat ni!

1gram permulaan kepada 10gram.
1gram permulaan kepada 50gram.
1gram permulaan kepada 100gram.
1gram permulaan kepada 1kilo.

Ingat ya !
Ingat tau !
Ingat !

Kredit: Fairuz Aziz