"Ikhlas orang berduit tak sama ikhlas orang tak berduit"
Itu pesan saya pada murid-murid saya.
Nak cipta kejayaan besar dalam bisnes, niat kita kena sentiasa diperbetulkan.
Kena niat nak berikan kebaikan kepada orang lain.
Memanglah dengan bisnes kita boleh buat duit. Tapi kalau fokus kita pada duit berbanding bagi kebaikan kepada orang lain (customer), bisnes tak boleh pergi jauh.
Nanti penat kita kejar duit, tapi duit tu lari makin jauh dari kita.
Tapi kalau niat nak berikan kebaikan, nak bantu orang lain jadikan kewangan mereka lebih baik hasil menabung emas, bisnes akan jauh lebih mudah. InsyaAllah...
Kita akan lebih happy dan lebih bersemangat. Hidup akan terasa lebih bermakna...
Bila kita bagi kebaikan kepada orang lain, pasal duit tu tak perlu dirisaukan lagi. Duit tu akan datang dengan sendirinya...
Kita kejar Akhirat (dengan sebarkan kebaikan), Dunia (duit dan kekayaan) Tuhan akan pakejkan sekali... InsyaAllah...
Tapi macam mana nak ikhlas kalau kewangan diri sendiri pun masih sengkek? Hutang pun keliling pinggang...
Mestilah kita akan fikir duit dulu berbanding bagi kebaikan kepada orang lain.
Itulah sebab saya tekankan, kena obses belajar, dan dapatkan ilmu... Fokus improve kewangan sendiri dulu.
Bila buat konten (marketing), niatlah nak share ilmu apa yang kita belajar. Sambil belajar, sambil sampaikan ilmu supaya kita lebih faham apa yang kita belajar.
Bukan nak mengajar sesiapa...
Mudah-mudahan orang lain (customer) pun dapat manfaat yang sama. InsyaAllah...
Bila dah dapat income yang bagus dari bisnes, jangan gopoh nak bermewah ataupun tingkatkan gaya hidup.
Fokus tambahkan tabungan sampai cukup setahun atau 2 tahun gaji dulu. Selebihnya beli hartanah (atau harta lain yang ada cashflow) yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi (cashflow positif).
Dalam masa sama, tutuplah semua hutang-hutang yang ada satu per satu.
Jangan gatal tangan nak tambah beban hutang yang baru. Jangan reward diri sendiri dengan apa yang membebankan kewangan kita.
Orang bisnes kalau hutang dah paras hidung nak ikhlas macam mana?
Mana lebih utama; nak jaga Porche atau nak jaga customer (supaya hidup mereka berubah)?
Sanggup ke tergadai kemewahan dan jatuhkan air muka bila Porsche tu kena tarik demi nak berikan nasihat terbaik untuk untuk kepentingan customer?
Tentunya susah...
Saya dah tengok usahawan yang saya pernah kenal baik orangnya, tapi gara-gara nak maintain kemewahan dia, dia sanggup ambil kesempatan atas customer dia!
Dah tak nampak sikapnya sebagai usahawan yang beragama!
Saya pun jadi hairan kenapa dia berubah...
Tapi bila saya renung balik, gaya hidup dia mewah... Hutang dia banyak... Jadi mana lebih utama nak maintain kereta mewah atau nak jaga customer?
Tentunya dia teruji disebabkan sikap dia sendiri...
Nak ikhlas macam mana kalau kita terpaksa pilih jaga air muka sendiri berbanding nak bagi kebaikan kepada orang lain (customer)?
Itulah sebab saya katakan, ikhlas orang berduit (tiada masalah kewangan) tak sama dengan orang tak ada duit (banyak masalah kewangan).
Jadi bila pendapatan meningkat, jangan sesekali bebankan diri dengan komitmen kewangan yang besar.
Maintain sahajalah hidup biasa-biasa.
Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya...
Walaupun orang nampak hidup kita biasa-biasa sahaja, tapi hakikatnya hati kita sentiasa senang dan tenang sebab keperluan hidup kita sekeluarga serba cukup belaka.
Tak ada tekanan sebab dapat "makan cukup", bukan hidup "cukup-cukup makan"...
Ikhlas orang berduit tak sama ikhlas orang tak berduit...
#IslahDiri #TipKewanganPeribadi
Kredit : tn zul