Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
*Jika budget kecil nak beli emas apa?*

Jika Tuan/Puan ingin memiliki SMALL BAR berikut:-
1. 0.5 gram
2. 1 gram
3. 5 gram
4. Suku Dinar
5. Setengah Dinar,
saya cadangkan pengeluaran melalui akaun GAP adalah lebih jimat.

Ini kerana, jika Tuan/Puan membeli dengan kaedah Outright Purchase/ retail/ belian runcit secara langsung di website public gold, harganya telah ditetapkan dengan kos retail yang berbeza.

Tetapi, jika dibuat melalui pengeluaran GAP, ianya dikira mengikut harga GAP yang berubah setiap hari yang kebiasaannya lebih murah dan ditambah dengan caj gold premium yang rendah.

Semoga bermanfaat.
Inflasi antara perkara yang kita tahu tetapi kita tidak sedar.

Tahun 90an Karipap berharga RM0.20 paling mahal.
Tahun 2022 Karipap berharga RM0.60 paling murah.

Tahun 90an Nasi Lemak biasa berharga RM0.50 paling mahal.
Tahun 2022 Nasi Lemak berharga RM1.20 paling murah.
.

Antara kesan inflasi ialah peningkatan harga barang. Bahasa mudah, barang sama tetapi Harga berbeza.

Sebagai orang awam, kita tidak boleh kawal ekonomi Negara dari berlakunya inflasi.

Inflasi berlaku setiap masa,
Inflasi berlaku setiap ketika,
Inflasi berlaku setiap waktu,
Inflasi berlaku setiap minggu,
Inflasi berlaku setiap tahun,
Mustahil boleh kawal kerana ianya sesuatu perkara diluar kawalan.

Tetapi sebagai orang awam, kita boleh kawal ekonomi diri dan keluarga daripada terus dimamah oleh virus Inflasi.
.

Bagaimana?

EMAS!

YA Emas adalah penawarnya. Simpan emas sebenarnya perlindungan kepada kekayaan kita.

1kilo emas hari Ini nilainya tidak akan sama dengan 10tahun yang lalu.

1kilo hari Ini bernilai RM260,000.
1kilo 10tahun lalu bernilai RM180,000.
.

Simpan duit, tanpa kita sedar sebenarnya duit semakin mengecil.

Nilai RM100 hari Ini tidak akan sama dengan nilai RM100 10tahun lalu.

Nilai RM100 hari Ini boleh beli suku troli .
Nilai RM100 10tahun lalu boleh beli hampir penuh troli .

Ada ketikanya kita perlu ingat dan kenang masa lalu, supaya kita sentiasa beringat dan bersedia.

Jadi jika ada antara kita yang masih berfikir untuk menyimpan duit sebagai simpanan, boleh berfikir semula untuk menjadikan emas sebagai simpanan.

Dapat sesuatu?
Mulakan ya!

#PG1M
EMAS vs INFLASI

Perasan tak, kita selalu dengar dan baca bahawa,

‘Emas dikatakan aset kalis inflasi’


Apa itu inflasi?

Inflasi bermaksud peningkatan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dari semasa ke semasa, sementara kuasa mata wang semakin menurun.

Inflasi bermaksud kuasa beli duit kita makin susut. Jika inflasi 5% setahun, maksudnya kuasa beli duit kita susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Jika kita ada simpanan di medium pelaburan yang menawarkan dividen 5%, maksudnya ‘nombor’ dalam akaun bertambah tetapi hakikatnya kekayaan kita tidak bertambah.

Jika kenaikan gaji kita tak sampai 5% dalam setahun, maksudnya kita lebih ‘miskin’ dari tahun sebelumnya walaupun ‘nombor’ dalam gaji kita bertambah.
.
Inilah yang dikatakan inflasi.

Antara langkah terbaik untuk mengurangkan inflasi ini adalah dengan menukarkan ‘duit’ simpanan kita kepada aset yang lebih selamat seperti tanah, rumah dan emas.

Ketiga-tiga aset ini mampu menyelamatkan duit kita daripada terus dimamah inflasi.

Orang yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk membeli tanah ataupun rumah, tapi rakyat marhein agak sukar untuk memiliki kedua-dua aset ini kecuali emas.

Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dimiliki oleh semua lapisan rakyat baik kaya mahupun sederhana.

Buktinya,
Kita boleh beli dan simpan emas serendah RM100 di Public Gold melalui simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)

Emas adalah anugerah tuhan yang paling bernilai kerana ianya terhad di muka bumi.

Tidak boleh dimanipulasi nilai
Tidak boleh diganti nilai.
Itulah emas.

Malah dalam tempoh jangka masa yang panjang, harga emas meningkat, meningkat dan terus meningkat.

Sekiranya anda telah mulakan simpanan emas, teruskan simpan secara konsisten.

Sekiranya masih belum bermula, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan buat bersungguh-sungguh sehingga capai gram yang kita target.

Dapat sesuatu?
Ayuh! Kita mulakan ye.

#PG1M
*Cara Beli Emas Akaun GAP Secara FPX Melalui Apps*

1. Install Public Gold Apps

Link Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold

Link Apple OS
https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964

2. Klik *Login* dan masukkan *username* & *password*
3. Klik *GAP*
4. Klik *Buy*
5. Klik *Gold-GAP*
6. Payment Method: *FPX*
7. Masukkan *Purchase Amount (RM)* atau *Purchase Quantity (gram)*
8. Purchase For: *Myself* / *Others*
9. Klik *I Agree and Understand...*
10. Klik *Place Order*
11. Teruskan bayaran melalui online banking

Selesai
Gais.

Semalam harga emas jatuh banyak iaitu USD83.14 /Oz lebih kurang 3.45%.

Ini adalah kejatuhan yang luar biasa besar.

Apa sebabnya?

Jawapan: Semalam telah keluar 2 berita besar yang menggerakkan harga emas ke bawah.

Pertama:

Dalam jam 4 pagi waktu New York, Bank Rakyat China telah mengeluarkan laporan satu laporan yang mengejutkan.

Laporan ini menyatakan bahawa mereka tidak membeli emas sebagai rizab negara China sepanjang bulan Mei 2024 (bulan lepas)

Ini adalah berita yang mengejutkan dan negatif kepada emas. Mengapa?

Sebab salah satu sebab kenaikan harga emas bergantung kepada pembelian daripada bank-bank pusat di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Bank Rakyat China membeli emas selama 18 bulan berturut-turut.

China juga menjual hutang US dengan kadar yang besar. Kedua faktor ini menyumbang kepada kenaikan harga emas.

Namun apabila Bank Rakyat China mengeluarkan laporan mereka tidak membeli emas sepanjang bulan lepas, ia dilihat sebagai berita negatif kepada pasaran emas.

Sebab itu harga emas start menurun mulai jam 4 pagi waktu New York.

Faktor kedua: Jam 8.30 pagi waktu New York, keluar pula laporan ekonomi iaitu US Non Farm Payroll (NFP)

Laporan NFP menunjukkan data yang sangat positif terhadap pasaran kerja US.

Pakar ekonomi menjangkakan 182 ribu peluang pekerjaan akan dicipta bulan lepas. Namun data sebenar menunjukkan 272 ribu pekerjaan dicipta !

Terdapat perbezaan 90 ribu pekerjaan (actual vs estimated). Jadi ekonomi US kuat!

Laporan positif NFP ini memberikan kesan negatif terhadap emas.

Jadi emas terus sambung menjunam dari jam 8.30 malam waktu Malaysia sehinggalah pasaran emas ditutup pagi Sabtu ini.

Kesimpulan: 2 berita negatif semalam memberikan kesan buruk kepada harga emas.
Sebab itu gold jatuh sangat teruk semalam.

Jika anda pembeli emas fizikal maka ambil peluang ini untuk tambah stok emas fizikal.

Harga cantik. Harga ini akan kekal sehingga hari Isnin

Bukan selalu nak jumpa situasi macam ini (double bad news 🤭).

Nak beli emas?

Silakan beli dengan senyuman 😃

Posting asal: https://www.facebook.com/share/p/kDXtuKpGCXsG1qUC/?mibextid=WC7FNe

#NotaEmasSyukorHashim
#DoubleBadNews
9 Jun 2024 🥳

Harga emas GAP turun RM2 kepada RM376 segram.

Manakala harga emas fizikal kekal tidak berubah.

Alhamdulillah 😍

Peluang tambah simpanan masing-masing insya allah
‘Harga emas tengah rendah’
‘Harga emas boleh rendah lagi?’
‘Rugi lah jika harga emas turun dan terus turun’

Ini antara luahan dan soalan daripada setiap penyimpan emas. Saya berikan pencerahan.
.

Dalam dunia pelaburan emas, Harga emas naik dan turun itu perkara normal. Mungkin sebelum ini kita tidak terdedah dengan perkara ini, jadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa panik dan gusar bagi sesiapa yang baru mula aktif menyimpan emas.

Pegang rapat-rapat kenyataan ini.
Kunci ketat-ketat kenyataan ini.

‘Dalam sejarah, Nilai emas tidak pernah menjadi ZERO’

YA itu antara fakta yang tidak boleh ubah!

Duit kertas boleh menjadi ZERO dan boleh jadi bernilai bergantung kepada kestabilan Politik sesebuah Negara. Ini bermaksud duit kertas bukan penyimpan nilai yang baik.

Itu antara fakta yang kita semua tidak boleh sangkal dan elakkan.
.

Oleh sebab itu, penyimpan emas sepatutnya bergembira kerana duit telah dibekukan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu emas.

Jika kita ada 1kilogram, Harga emas turun sekalipun GRAM kita tetap 1kilogram.

Jika kita ada 1kilogram, Harga emas naik sekalipun GRAM kita tetap 1kilogram.

Gram tidak berubah.
Gram tidak berganjak.
Gram tidak berkurang.
Gram tidak bertambah.
.

Jadi sekiranya harga emas rendah, sebagai penyimpan emas yang berilmu, itu adalah peluang kita.

YA Peluang!

Tangguh dulu kereta Honda.
Tahan dulu handbag LV.
Henti dulu Jam Tissot.
Tunggu dulu kehendak kayangan kita.

Fokus dan terus fokus kepada kepada simpanan emas. Rebut peluang ini.

Moga penerangan ringkas ini memberi motivasi yang tinggi untuk kita semua menyimpan emas.

Simpan emas bukan kerana kita mahu kaya sahaja tetapi Simpan emas untuk elakkan kita meminta-minta.

‘Stay Focus!’ & Tahniah. Teruskan perjuangan.

Sahabat Emas
Munirah Marzuki
PG00540198

Klik link di comment untuk bimbingan percuma.

#PG1M
Saya mendapat soalan ini daripada seorang follower baru-baru ini: Apa yang akan jadi kepada emas di akaun GAP jika internet sudah tidak ada?

TQ kerana bertanya soalan ini.

Saya akan bahagikan jawapan kepada soalan ini kepada 2 bahagian: satu - tentang ketiadaan internet, dan dua - tentang urusan akaun GAP.

Pertamanya tentang ketiadaan internet. Walaupun peluang untuk ianya berlaku adalah amat rendah, memang betul internet boleh down – mungkin disebabkan peperangan besar dunia.

Tetapi jika internet itu down, besar kemungkinan ianya akan down sekejap sahaja – mungkin beberapa jam atau beberapa hari. Selepas itu, internet akan pulih kembali dan semuanya seperti sediakala.

Dan jika internet itu down buat selama-lamanya – yang memang highly unlikely untuk berlaku - sebenarnya kita masih boleh menjual beli emas di syarikat PG – pergi ke branch.

Sekarang saya nak jelaskan tentang emas di akaun GAP pula. Memang betul kita akses akaun GAP melalui internet. Dalam masa yang sama, PG ada semua rekod disistem komputer mereka – yang tak bersangkut paut dengan internet. Jadi jika internet itu down dan down buat selama-lamanya, kita masih dan tetap boleh menjual beli emas di akaun GAP dan malah buat semua urusan lain di branch PG.

Situasi yang sama juga applicable untuk transaksi wang dan banking. Sekarang kita buat banyak transaksi secara online kerana ianya mudah, cepat dan convenient. Jika internet itu down dan down buat selama-lamanya, kita tetap boleh buat semua transaksi wang di branch sepertimana kita buat dahulu. Jadi begitulah juga situasinya dengan emas di akaun GAP.

Jadi rumusannya – kita boleh sahaja terus menerus menyimpan emas di akaun GAP.
Gais.

Laporan surat khabar kosmo hari ini (8/6/2024)

Ada orang 3 tahun kena gula-gula dengan founder syarikat emas. Akhirnya baru tersedar kena tipu.

Walaupun bersemuka dengan founder dan ada perjanjian bertulis, cik kak kena bohong juga akhirnya.

Soalan: Takkan 3 tahun baru sedar kena tipu kot cik kak?

Ps: Sedang berlaku sekarang, pelabur emas sebuah syarikat kena sidai 7 bulan apabila mereka jual emas bunian dan tak terima wang.

Korang dari pengalaman cik kak diatas lah 😓

————— berita start———-

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah mendakwa kerugian lebih RM125,000 ekoran menjadi mangsa penipuan skim pelaburan emas yang disertai hampir tiga tahun lalu.

Mangsa berusia 30 tahun mendakwa rasa tertipu apabila hanya menerima RM2,500 bayaran balik pelaburan dilakukannya sebelum membuat laporan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, mangsa mendakwa telah diperkenalkan dengan skim pelaburan ditawarkan sebuah syarikat emas secara dalam talian yang berpengkalan dari Kelantan daripada kakak iparnya pada pukul 6 petang, 10 Ogos 2021.

“Mangsa dikatakan tertarik dengan pakej emas murah tersebut dengan bersetuju menjadi ejen kakak iparnya.

“Begitupun sejak bulan September 2023, mangsa mendakwa tidak lagi menerima bayaran komisyen malah dia dan pelanggannya juga tidak menerima emas dijanjikan seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, suri rumah tersebut mendakwa telah bersemuka dengan pengasas syarikat emas terbabit sebelum dijanjikan bayaran balik modal jual emas berjumlah keseluruhan, RM127,991 yang telah dibuatnya.

Beliau berkata, berdasarkan perjanjian bertulis berkenaan, pengasas syarikat emas itu berjanji membuat pembayaran terbabit secara ansuran.

“Bagaimanapun bayaran dibuat sehingga Disember 2023 dan berjumlah hanya RM2,500.

“Ia membuat mangsa rasa tertipu sedangkan dia terus menerima tekanan daripada ejen di bawahnya serta pelanggan-pelanggan,” katanya.

– KOSMO! ONLINE