Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
๐Ÿ“ฃ PROMOSI BULAN JUN 2024 ๐Ÿ“ฃ
DEALER RECRUITMENT DRIVE
๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ ๐ƒ ๐‘ ๐—— ๐Ÿ”ฅ๐Ÿš€

Promosi bagi Dealer Recruitment Drive di kesemua cawangan seluruh Malaysia pada bulan Jun ini!

Khusus bagi mereka yang sering tertanya-tanya apakah promosi terkini untuk menjadi Normal Dealer mahupun Priority Dealer di Public Gold.

Dengan kepelbagaian Gold Wafer-Dinar yang menarik, di Bulan Jun ini, Public Gold akan mengadakan Promosi Dinar & Bunga Mas!!
Ayuh bersama sertai Keluarga besar Public Gold dan kita bersama menuju ke masa hadapan yang lebih cerah โœจ

๐ŸŒŸ Hanya sah pada Bulan Jun 2024
๐ŸŒŸ Tertakluk pada Terma & Syarat

๐Ÿ“Œ Promosi adalah bagi kesemua Cawangan Public Gold

Lawat cawangan serta berinteraksi dengan Public Gold Business Owner yang berdaftar sekarang!!
Sahut peluang untuk membuat perubahan dan sertai sebagai Dealer Public Gold! ๐Ÿ‘๐Ÿป

#DealerRecruitmentDrive #publicgoldmalysia
#PGBO #dealership #normaldealer #prioritydealer
#Jun2024 #promositerbaik
๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฑ

3-June-2015 : RM151 per gram

3-June-2016 : RM173 per gram

3-June-2017 : RM192 per gram

3-June-2018 : RM180 per gram

3-June-2019 : RM188 per gram

3-June-2020 : RM263 per gram

3-June-2021 : RM276 per gram

3-June-2022 : RM284 per gram

3-June-2023 : RM310 per gram

3-June-2024 : RM383 per gram

3-June-2025 : โ‰๏ธโ‰๏ธโ‰๏ธ per gram

Sejarah harga Emas membuktikan instrument Emas Fizikal sangat sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang.

๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€ dalam tempoh 9tahun kebelakangan ini adalah ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿณ% ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ปโ€ฆ

Prestasi simpanan yang sangat menguntungkan dan berbaloi berbanding medium simpanan yang lain seperti ASB & Tabung Haji untuk jangka masa panjangโ€ฆ

Sebab itu pakar kewangan Malaysia Tn Azizi Ali akan sarankan:
โœ… Untuk simpanan jangka masa pendek (2 tahun ke bawah) sesuai simpan di ASB & TH.
โœ… Untuk simpanan jangka masa panjang (2 tahun ke atas) sangat sesuai simpan dalam medium Emas Fizikal.

Dapat sesuatu ๐Ÿค— Mudah saja nak fahamkan ๐Ÿซก

๐‰๐ข๐ค๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ.. ๐‹๐ข๐ค๐ž ๐Ÿ‘ | ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐Ÿ“| ๐’๐ก๐š๐ซ๐ž โ†—๏ธ

Bashir Mansor and
Welcome #Jun!

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga Jun, antara sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 6 gram emas.

Ya betul angka 6 telah tercapai.
Itu angka minima.
Kalau kita benar-benar fokus simpan, entah-entah angka itu lebih. 60gram, entah-entah 100gram.

Siapa tahu kan!
.

Jom kita buat kira kira supaya lebih faham.

Harga emas hari Ini = RM384 segram
Nilai Harga 6 gram emas = RM2304

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป

Bukan mudah sebenarnya nak simpan duit sebanyak itu, kadang-kadang RM20 pun habis. Ini kan pula RM2000.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ˜

#PG1M
Perjalanan Penyimpan Emas.
1. Target 100 gram
2. Konsisten
.
Jumlah gram emas ialah 0.26.  Waktu ini baru register akaun GAP Public Gold, buat belian emas RM100.
.
Apabila faham, bagaimana emas boleh menyelamatkan duit simpanan dlm bank asyik bocor, jumlah gram semakin bertambah.
.
Dah capai 6 gram.
Konsisten #1gram1bulan
.
Berjaya simpan 12 gram.
Sebelum ini, simpan duit sebulan RM300, hujung tahun tak dapat kekalkan simpanan RM3600.

Sebab?
Asyik korek akaun bank. Tetapi simpan emas dalam akaun GAP, simpanan boleh capai 12 gram.
.
Alhamdulillah dah capai 33 gram.
.
Target 36 bulan untuk capai 100 gram. Terus saja niat 100 gram dan konsisten alihkan 10% daripada gaji ke bentuk emas. 

Apabila dapat bonus atau dividen terus topup gram emas dalam akaun GAP.
.
Wah...gram emas semakin bertambah menjadi 33gram.
33 gram bernilai +- RM13000
.
Dapat sesuatu ?
.
#PG1M
EMAS vs INFLASI

Perasan tak, kita selalu dengar dan baca bahawa,

โ€˜Emas dikatakan aset kalis inflasiโ€™


Apa itu inflasi?

Inflasi bermaksud peningkatan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dari semasa ke semasa, sementara kuasa mata wang semakin menurun.

Inflasi bermaksud kuasa beli duit kita makin susut. Jika inflasi 5% setahun, maksudnya kuasa beli duit kita susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Jika kita ada simpanan di medium pelaburan yang menawarkan dividen 5%, maksudnya โ€˜nomborโ€™ dalam akaun bertambah tetapi hakikatnya kekayaan kita tidak bertambah.

Jika kenaikan gaji kita tak sampai 5% dalam setahun, maksudnya kita lebih โ€˜miskinโ€™ dari tahun sebelumnya walaupun โ€˜nomborโ€™ dalam gaji kita bertambah.
.
Inilah yang dikatakan inflasi.

Antara langkah terbaik untuk mengurangkan inflasi ini adalah dengan menukarkan โ€˜duitโ€™ simpanan kita kepada aset yang lebih selamat seperti tanah, rumah dan emas.

Ketiga-tiga aset ini mampu menyelamatkan duit kita daripada terus dimamah inflasi.

Orang yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk membeli tanah ataupun rumah, tapi rakyat marhein agak sukar untuk memiliki kedua-dua aset ini kecuali emas.

Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dimiliki oleh semua lapisan rakyat baik kaya mahupun sederhana.

Buktinya,
Kita boleh beli dan simpan emas serendah RM100 di Public Gold melalui simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)

Emas adalah anugerah tuhan yang paling bernilai kerana ianya terhad di muka bumi.

Tidak boleh dimanipulasi nilai
Tidak boleh diganti nilai.
Itulah emas.

Malah dalam tempoh jangka masa yang panjang, harga emas meningkat, meningkat dan terus meningkat.

Sekiranya anda telah mulakan simpanan emas, teruskan simpan secara konsisten.

Sekiranya masih belum bermula, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan buat bersungguh-sungguh sehingga capai gram yang kita target.

Dapat sesuatu?
Ayuh! Kita mulakan ye.
Masa sessi bersama penulis di #PBAKL2024 hari tu, ada orang tanya saya, pada umur 40 tahun, berapa jumlah tabungan yang kita patut ada?

Saya tak ada benchmark untuk umur...

Sebab keperluan kewangan setiap orang berbeza ikut sara hidup dan gaya hidup masing-masing.

Saya tak pernah letakkan target kena ada sekian banyak simpanan pada umur tertentu.

Timing setiap kita berbeza, sebab setiap kita bermula di garisan berbeza.

Apa yang lebih penting, berapa jumlah harta yang perlu dimiliki kalau nak capai #FinancialFreedom a.k.a bersara - tak kerja pun ada duit.

Nak capai financial freedom, ini checklist yang saya guna;

1. Cashflow positif - minimum saving 10% dari gaji setiap bulan.
2. Cukupkan dana kecemasan - berjumlah 3 bulan gaji.
3. Bebas hutang - tutup semua hutang-hutang yang membuatkan kita jadi lebih miskin.
4. Cukupkan tabungan 6 - 12 bulan gaji.
5. Cukupkan jumlah harta yang boleh jana pendapatan pasif yang cukup untuk 'bersara'.

Lebihan 6 - 12 bulan gaji, laburkan dalam pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya. Fokus bina harta yang boleh jana cashflow (pendapatan);

- Beli rumah yang boleh disewakan dengan kadar sewaan berbaloi.

- Beli tanah (kebun, ladang dsb) yang mendatangkan hasil.

- Laburkan dalam bisnes sendiri.

Kalau nak passive income sekitar RM5,000 sebulan, jumlah harta yang kita kena miliki sekurang-kurangnya bernilai RM1.2 juta - dengan andaian keuntungan pelaburan sekitar 5% setahun.

Berapa umur nak capai jumlah harta RM1.2 hutang?

Tak tentu... Setiap kita kena bermula dari bawah.

Ia bukan tentang umur. Tapi siapa yang mula dulu. Sesiapa obes belajar dan dapatkan ilmu tentang kekayaan, perjalanan dia selalunya akan ambil masa 10 - 15 tahun.

Siapa mula awal, dia capai awal. Siapa mula lewat, dia capai lewat.

Siapa tak mula-mula, dia kena bersedia untuk miskin di usia tua.

Miskin pada usia muda, itu pengalaman berharga. Tapi miskin di usia tua, itu penjara kehidupan. Jalan keluarnya sangatlah sukar...

Berapa pun umur, bermulalah sekarang.

Selagi hidup, teruslah berjuang jadikan kehidupan lebih baik.

Orang yang berjuang untuk kebaikan, hidupnya mulia matipun mulia... Jangan pernah berputus ada dengan Tuhan yang Maha Kaya, Maha Berkuasa...

#MotivasiKewangan
Bulan September 2023, saya beli 5 dinar ni harganya RM6,575.

Hari ini 5 dinar yang sama harga telah meningkat kepada RM8,096.

Kenaikan harga sebanyak RM1,521 dalam masa 9 bulan.

Simpanan emas ni mudah je nak faham sebenarnya.

Hanya perlu beli, simpan dan peram.

Tidak perlu pandai baca graf carta emas, jadi technical analyst yang pandai baca graf emas, susah susah pening kepala monitor harga macam di papan bursa.

Mak dan nenek moyang kita dulu tak pandai pun baca graf harga emas, tapi mereka tetap simpan emas kan.

Sebab mereka tahu emas tu benda yang berharga.

#hargaemas #dinar #5dinar
Auto debit untuk EPP dah efektif. Alhamdulillah

Untuk existing EPP buyer, boleh terus ke apps PG untuk setting bayaran Auto Debit:

Login apps PG > Klik Me > Tekan My Order:

1. Klik payment Auto Debit.
2. RM1 charges
3. Potongan tiap bulan secara auto

Untuk new purchase EPP, anda hanya boleh setting EPP selepas bayaran BULAN pertama telah dibuat.
Perkongsian dari Mentor Emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

1 dinar ni boleh buat backup belanja hangus sekitar RM1,000.

Penyimpan emas yang nak pakai duit, boleh pergi pajak emas ni ke ar-rahnu. 1 dinar boleh dapat pinjaman RM1,000 on the spot.

Lepas tu bayarlah balik dalam masa 6 - 12 bulan.

Tapi saya percaya, tak lama lepas selesai urusan dia nak pakai duit, mesti dia akan tebus balik secepat mungkin. Sebab sayang... Sebab takut kena caj lebih mahal kalau lambat tebus...

Bila ada duit, kita akan fikir tebus emas ni dulu. Bila nak berbelanja, kita akan berkira-kira sebab kita fikir baik pergi tebus emas dulu...

Bahkan kita akan kreatif cari income tambahan untuk tebus emas tu balik.

Akhir sekali, keperluan perbelanjaan dapat diselesaikan, emas pun dapat balik! Itulah maksud sebenar "backup belanja hangus" yang saya popular sejak 2016 lagi dalam tulisan-tulisan dan seminar saya tentang emas.

Bukannya guna semua gaji buat pergi beli emas. Lepas tu pergi pajak dan belanja duit pinjaman tu untuk perbelanjaan habus bulanan. Bukan....

Teknik ni saya popular bila tengok realiti, banyak orang susah disiplinkan diri menabung. Tapi mereka berdisiplin bayar hutang.

Bila menabung pulak, sekali dia tarah (belanja) duit tabungan tu, duit tu hangus tak berganti...

Bila terdesak nak pakai duit, dia terpaksa buat loan sana sini, personal loan, kad kredit, skim beli dulu menyesal kemudian, yang langsung tak ada backup dengan "aset" macam emas.

Maka teknik ni sesuai untuk mereka.

Tapi teknik ni cuma sesuai bagi yang mampu tebus emas tu dalam masa 6 - 12 bulan. Kalau memang tak ada sumber duit nak tebus, teknik ni tak sesuai.

Lebih baik jual sahaja...

#TipKayaDenganEmas #TipArrahnu #BukuWangEmas

Jom kumpul 1 Dinar dengan cara termudah!
1. Semua orang bersetuju yang harga barangan termasuk harga makanan dan minuman telah naik dengan ketara jika dibandingkan dengan harganya 5 tahun dan sudah tentu 10 tahun lepas. Mungkin kita boleh beli nasi lemak dengan harga RM2 10 tahun lepas. Tetapi saya rasa amat susah untuk mencari nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 sekarang. Kalau ada pun, portionnya adalah seciput sahaja.

2. Satu lagi kepastian ialah harga barangan akan naik lagi di masa hadapan. Jadi kita mungkin akan terpaksa membayar RM20 untuk sebungkus nasi lemak beberapa tahun dari sekarang.

3. Kita boleh marah dan komplain tetapi realitinya kenaikan harga barangan i.e. inflasi akan terus menerus berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi basically di serata dunia.

4. Jadi daripada duduk sahaja, marah atau komplain, lebih baik dan malah lebih menguntungkan jika kita bertanya diri kita, โ€œAdakah caranya di mana saya boleh mendapat manfaat daripada inflasi ini?โ€

5. Dan berita baiknya, ialah โ€œAda!โ€ Salah satu daripada langkah yang kita boleh ambil untuk mendapat manfaat daripada inflasi ialah dengan melabur wang kita ke dalam aset yang meningkat nilai dengan peredaran masa. Empat daripada aset tersebut ialah saham terpilih, hartanah terpilih, kripto terpilih dan emas pelaburan.

6. Jadi kita bukan sahaja boleh menyelamatkan kuasa belian wang simpanan kita daripada di baham inflasi tetapi malah mendapat manfaat daripada inflasi dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan dalam akaun simpanan, FD, Tabung Haji dan malah ASB ke salah satu atau lebih pelaburan yang saya sebut tadi.

7. Jadi jangan tunggu lagi - hijrahkan wang anda dengan secepat mungkin supaya anda dan keluarga tidak menjadi mangsa inflasi.

8. Dapat sesuatu?
Kenapa โ€œRisauโ€ Nak Simpan Emas Menggantikan Wang Ringgit??๐Ÿค”๐Ÿ˜“

Ini adalah mungkin kerisauan yang selalu kita ada..even saya sendiri,sebelum kenal apa itu nilai emas,sebagai pelindung kekayaan yang kita ada.

Emas adalah satu aset kewangan kita yang tidak boleh diganggu oleh kerajaan.mereka tidak mampu melakukan โ€œcukaiโ€ ke atas kita, malah tidak mampu mengetahui berapa banyakkah kekayaan kita sekiranya kita menyimpan emas.,berbanding dengan menyimpan duit di bank

Jika kita tidak mampu untuk menyimpan dalam bentuk emas, belum tentu kita mampu menyimpan dalam bentuk wang kertas.

Jika kita mampu menyimpan emas, sudah tentunya kita mampu menyimpan duit..
Alhamdulillah selesai bantu Puan N topup akaun GAP sebelum jam 12pm.

Rakan-rakan yang perlukan bantuan untuk beli emas bole terus wassap saya ye?