Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Berita menarik daripada Astro Awani malam ini.

Apa ceritanya?

Ceritanya adalah Bank Pusat India telah membawa pulang 100 tan EMAS FIZIKAL milik mereka daripada Britain (Bank Of England).

Kebiasaannya, bank-bank pusat di seluruh dunia lebih suka menyimpan emas fizikal kat Bank Of England.

Sebab mudah berurusniaga beli, jual dan simpan.

Namun, kali ini mereka berpendapat. Lebih baik bawa balik dan simpan sendiri.

Moral of the story.

Kalau beli emas fizikal maka anda boleh simpan sendiri bila-bila masa. Anda boleh nampak emas fizikalnya.

Namun kalian kat Malaysia jangan tersalah memilih emas dan syarikat emas.

Takut nanti emas tak nampak, tak dapat dan kena sidai setengah tahun lepas jual.

Ia sedang berlaku kat Malaysia 😓.

Sebab syarikat terbabit beli emas kat Bunian Bank (sepatutnya Bullion Bank 🤭)

Habis customer mereka kena sidai.

Belajar dari kesilapan orang lebih mudah dan murah.

#NotaEmasSyukorHashim
Setahun lalu saya pernah bagitau kepada penyimpan Emas saya yang harga Emas akan naik ke paras RM380 per gram dalam tempoh 2tahun…

Belum cukup 2tahun… Harga Emas sudah melebihi RM380 dan sudah pun mencecah lebih RM400 per gram…

Kita jangan sesekali tunggu harga Emas untuk beli Emas sebab kita tak boleh kawal harga Emas…

Pesan Mentor Tn Mohd Zulkifli Shafie, tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa rendah harga Emas akan turun dan berapa tinggi harga Emas akan naik hatta dia adalah seorang pakar analisa harga Emas sekali pun…

Apa yang boleh kita kawal adalah berapa gram Emas yang berjaya kita miliki dalam tempoh setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya…

Letak target untuk memiliki 100g Emas pertama… Kemudian terus berusaha untuk capai 250g Emas, 500g Emas, dan seterusnya 1000g Emas sebagai rizab kewangan keluarga…

Konsisten simpan Emas dan fokus saja simpan Emas sebanyak yang mungkin sebab harga Emas pasti akan naik dalam tempoh jangka masa panjang…

InShaALLAH… Next target harga Emas akan naik melebihi RM450 dalam tempoh 2 tahun dan ke atas…

Letak target bila harga Emas capai RM450 per gram kita sudah ada paling kurang 250g Emas dalam tangan…

Emas sangat sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan jangka masa panjang… InShaALLAH…

Jom kita mula simpan Emas hari ini…

Kredit : Tn Bashir
Gais.

Ini adalah sambungan cerita pasal India yang membawa balik 100 tan emas daripada Bank of England ke India.

Emas ini dibawa terbang dengan kapal terbang khas.

Tak ramai orang tahu tentang kapal terbang ini kerana misinya rahsia - membawa pulang 100 tan emas milik India.

Laporan khas ini bagus untuk ditonton.

Ia menjawab soalan tentang “kenapa emas disimpan sebagai harta negara?”

Tonton disini https://youtu.be/IG_pIvGW4qE?si=6oU0sXxS4wjD20Ut

#NotaEmasSyukorHashim
Tips mudah untuk konsisten simpan Emas adalah dapat duit gaji terus alihkan 10% daripada duit gaji kepada simpanan Emas. Selebihnya baru guna untuk belanja keperluan & kehendak. Nak mudah terus set GAP AutoDebit setiap bulan 🫶
Saya ingin menjelaskan satu misconception dan salah faham oleh segelintir rakyat Malaysia.

Ada orang Islam yang mengelak daripada melabur dalam emas kerana mereka perlu membayar zakat emas.

Memang betul kita diwajibkan membayar zakat emas. Tetapi zakat itu hanya perlu dibayar apabila beratnya melebihi 85 gm (angka ini mungkin berbeza di negeri yang berlainan) dan apabila tempoh pelaburannya cukup setahun. Jika salah satu daripada requirement ini tidak dicapai, maka kita tidak perlu membayar zakat emas.

Salah faham di sini ialah mereka ini berfikir yang mereka tidak perlu membayar zakat jika melabur dalam pelaburan lain, sebagai contoh saham, unit amanah, saham koperasi, cryptocurrency atau ASB.

Pendapat ini SALAH, tuan puan semua!

Kita masih perlu membayar zakat apabila nilai pelaburan dalam saham, unit amanah, saham koperasi, cryptocurrency atau ASB mencapai 2 kriteria di atas (nilai pelaburan tersebut melebihi nilai 85 gm emas dan tempoh pelaburan lebih setahun). Malah, kita wajib membayar zakat walaupun wang tersebut ada dalam akaun simpanan sahaja!

Jadi jangan takut untuk melabur dalam emas.

Anyway, kadar zakat kekayaan hanyalah 2.5% sahaja! Tak ada seorang Islam di Malaysia pun yang pernah jatuh bankrap atau ditimpa kesusahan kerana dia membayar zakat! Malah ribuan orang Islam yang menjadi kaya raya dan hidup tenang dan aman kerana mereka membayar zakat.

Finally, membayar zakat bukan satu bebanan; sebenarnya ianya satu priviledge. Ianya bukan sahaja mensucikan wang kita tetapi hati kita, serta menjadi bekal di akhirat.

Kredit; TN Azizi Ali.
100GRAM - KOS HAJI T20

Sedangkan harga karipap pun makin lama makin mahal, inikan pulak Kos haji.

Of course makin lama, makin tinggi kosnya..

Tapi kalau taknak rasa terbeban dengan kos haji yang naik, simpan dana haji dalam bentuk aset emas fizikal.

Letakkan target dapatkan 100gram ini. Nak pergi haji contoh lah 5tahun dari sekarang.

100gram/5tahun = 20gram setahun.

Sikit je 20gram setahun untuk golongan T20. Sebulan kena menabung gram emas dalam 1.7gram sahaja.

Kalau mampu menabung 5gram sebulan, lagi cepatlah tabung haji tuan puan ni complete! 👍

Kenapa kena simpan dalam bentuk emas ni?

Sebab harga emas tahun demi tahun makin naik.

Emas yang sesuai adalah dinar dan goldbar. Bukan barang kemas sebab barang kemas susut nilai dia sangatlah tinggi.

Siapa nak pergi bersama pasangan, suami isteri, isteri kena ada 100gram - suami juga kena ada 100gram.

Jom letakkan target kita nak pergi haji bila dan berusaha cukupkan dana lebih awal dari sekarang.
Berakhir sudah bulan MAY. Kalau kita konsisten menabung 1 bulan 1g emas,hari ni kita dah kumpul 5g emas..kira-kira lebih RM 2k dalam tabungan kita.

Saya percaya bila simpan dengan Ilmu yang betul, bukan 5g malah lebih dari tu.. Simpan duit belum tentu kita berjaya simpan nilai yang kita ada sekarang..

Sekarang harga emas tengah murah dari harga tertinggi ambil peluang ini untuk tambah aset yang paling mudah dan mahal pada harga rendah

Tak boleh 1g 1 bulan sekurang-kurangnya simpan rm 100 sebulan kita dah dapat 0.25++g emas

Simpanan bukan komitmen tapi tabiat dan rutin

Tahniah kepada semua penyimpan emas semoga terus konsisten hingga tercapai matlamat yang di impikan.

Yang belum bermula jadikan hari ini sebagai permulaan.

Beli emas kita sentiasa ada duit, tak rugi langsung👍
APA ITU ARRAHNU?

Memandangkan ada ahli baru kita yg belum faham & bertanya berkenaan Ar-Rahnu, saya akan kongsikan info berkenaan Ar-Rahnu.

Seperti semua sedia maklum, simpanan emas sesuai untuk simpanan jangka panjang sekurangnya untuk kegunaan 3 tahun ke atas.

Untuk tempoh kurang dari 3 tahun, penyimpan emas berilmu akan cuba untuk elakkan dari menjual emas mereka.

Tapi bagaimana jika berlaku kecemasan & kita memerlukan duit segera sedangkan harga emas masih rendah berbanding harga beli emas & kita akan kerugian jika jual emas kita?

Pilihan yang akan dibuat penyimpan emas berilmu adalah menggadai emas mereka melalui Ar-Rahnu!

Ar-Rahnu adalah satu Skim Paiak Gadai Islam yang berlandaskan shariah.

Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi (untuk dapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas mereka).

Kelebihannya - peminjam tidak akan terbeban lika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.


KENAPA AR-RAHNU?

1. Proses yang mudah dan cepat.
- Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan.
- Wang tunai diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.
- Untuk gadai emas melalui akaun GAP, boleh dilakukan melalui applikasi Public Gold & wang tunai terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

2. Kurang risiko 'Non Performing Loan'
- Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan.

- Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh pembayaran.

- Jika masih tidak mampu, pembiaya akan melelong emas tersebut (setelah diberikan notis makluman). Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam.

- Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar.

3. Ar-Rahnu mana mana sahaja.
- Terdapat banyak syarikat yang menawarkan pajak gadai Arrahnu seperti Pos Ar-Rahnu, Ar-Rahnu Express, Ar-Rahnu Tekun, Koperasi Dagang Emas ( anak syarikat Public Gold) dan lain lain.

4. Kadar upah simpan yang minimum.
- Kadar upah simpan berbeza bergantung kepada Ar-Rahnu anda pilih.

- Kebiasaannya, kadar upah simpan cuma 1% sebulan.

5. Kekalkan pemilikan emas.
- Berbeza dengan menjual emas di mana emas berkenaan bukan lagi milik anda, emas yang anda gadai akan dipulangkan semula kepada anda selepas anda menebus emas berkenaan (membayar balik pembiayaan & upah simpan).
𝐁𝐈𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐖𝐒𝐏 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒?

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk beRkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

“Tapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, “ada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan ‘masalah’ majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

“Saya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang

Sumber FB - Tuan Mohd Zulkifli Shafie
Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

Kalau 1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.
Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Bacaan penuh disini
https://www.mohdzulkifli.com/2021/06/orang-lain-simpan-nombor-orang-kaya-simpan-nilai.html

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan info-info tentang Public Gold dan simpanan emas, silakan terus je ke PAGE saya:

https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00540198&lang=ms