Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
📚SCAMMERS TAK TULIS BUKU!

1. Satu poin yang ramai orang tak sedar tentang buku ialah fakta di dalamnya adalah tepat. Most if not all writers akan check, double-check and triple check semua apa yang mereka tulis untuk memastian fakta2 di dalam buku mereka adalah tepat. Walaupun sudah tentu sesetengah fakta2 tersebut akan go out of date dan mungkin ada sedikit kesilapan, as a general rule, fakta dalam buku adalah tepat.

2. Poin ini adalah penting, dan malah kritikal jika anda ingin menambahkan ilmu dan seterusnya membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

3. Ini berbeza dengan pertuturan – people can say and claim anything. Dialah yang pandai, dialah yang terer dan dialah yang baik! Dan malangnya, ramai orang termakan dengan claim2 tersebut walaupun tak ada bukti yang diberikan.

4. Inilah satu sebab mengapa scammers tak tulis buku! Pak Man Telo, Tok Belagak (Emas ETA), Daniel Tay (UFun), Pok Din Empire, Cikgu Awi (Highway Group Resources), Sheikh Saidey (Mecca Fund) dan malah Mohd Sadik (Bitclub Network) semuanya tak tulis buku! So, a good clue tentang sesuatu ‘pelaburan’ itu scam atau tidak ialah dengan melihat sama ada pengasasnya menulis buku atau tidak!
💰ANDA PERLU MELABUR WALAUPUN TAK ADA DUIT LEBIH

1. Salah satu statemen yang sering diberikan oleh ramai orang yang bukan jutawan ialah ‘saya akan melabur bila ada duit lebih’! (Sounds familiar, doesn’t it?)

2. Sebenarnya inilah salah satu sebab utama mereka bukan jutawan! Sebab mereka nak tunggu sehingga ada duit lebih sebelum melabur.

3. Dalam kehidupan sebenar, JARANG2 SEKALI KITA AKAN ADA DUIT LEBIH. Somehow or other, akan ada saja keperluan untuk wang yang ditangan kita. Ini termasuklah repair kereta, repair rumah, beli ubat, mak sakit, adik nak pinjam, dan itu dan ini!

4. Jadi kalau kita nak tunggu sehingga ada duit lebih sebelum melabur, kita mungkin akan menunggu forever!

5. Jawapan kepada masalah ini sebenarnya senang saja – kita melabur secara konsisten i.e. setiap bulan. Duit itu cukup atau tidak makes no difference – kita tetap melabur. Strategi yang terbaik untuk mempraktikkan konsep ini ialah by paying ourselves first (diceritakan lebih lanjut dalam buku2 saya).

6. You see, kebanyakan jutawan yang saya kenali mempraktikkan strategi paying themselves first, dan MEMPRAKTIKKANNYA LAMA SEBELUM mereka menjadi jutawan.

7. Inilah satu sebab mereka adalah jutawan.

Sila SHARE
👍TIP EMAS: Apakah itu mata wang fiat?

Fiat ialah kereta dari Itali bersaiz kecil yang pernah dimiliki bapa saudara saya! Baiklah, masa untuk melawak sudah tamat.

Fiat ialah perintah yang dikeluarkan oleh seseorang atau badan yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan perintah itu. (Terma ini diambil daripada perkataan Latin fiat, yang bermaksud ‘biar ia dilaksanakan.’) Apabila sesebuah kerajaan mengeluarkan helaian kertas dan menamakannya wang (dan kerajaan memang mempunyai sumber dan kuasa menguatkuasakan perintah itu), wang kertas itu kini mempunyai nilai dan menjadi mata wang – mata wang fiat. Sudah tentu, ia hanya bernilai kerana ia didalangi oleh perintah. Semua mata wang dalam dunia pada hari ini adalah mata wang fiat.
.
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!

1. Satu lagi statemen yang sering diberikan oleh ramai orang yang bukan jutawan ialah ‘saya nak tunggu harga jatuh dulu sebelum nak melabur’! 😂(Sounds familiar, doesn’t it?)

2. Saya sentiasa tersenyum bila mendengar/membaca statemen tersebut. Sebenarnya inilah lagi satu sebab mengapa mereka bukan jutawan! Sebab mereka nak tunggu harga pelaburan itu jatuh.

3. Walaupun memang betul harga setiap pelaburan akan naik turun, tapi bilakah saatnya yang kita nak buat pelaburan tersebut? Bila harganya jatuh 5%? Jatuh 10%? Jatuh 20%? And even if you set this target, siapa yang boleh jamin yang harganya tak akan jatuh lagi? Dan jika harganya jatuh lagi selepas itu, apa yang akan anda buat?

4. Next, walaupun saya faham yang kita semua mahu melabur pada tahap harga yang baik, tapi kalau anda nak tunggu harga yang termurah, anda akan menunggu forever!

5. In summary, jika anda sudah membuat research dan study yang secukupnya, dan tanda2 menunjukkan peluang untuk pelaburan tersebut naik harganya dimasa depan, ambil tindakan dan buat pelaburan tersebut. Jangan tunggu lagi dan jangan tunggu lama-lama!
👍TIP EMAS: Apakah itu inflasi hiper?

Ini adalah perkara buruk – inflasi yang disuntik dengan steroid! Ini ialah apabila inflasi menjadi di luar kawalan dan harga barangan meningkat boleh dikatakan setiap hari! Penyebab utama inflasi hiper ialah peningkatan bekalan wang yang segera dan terlalu banyak (ini satu cara yang sopan untuk mengatakan kerajaan mencetak terlalu banyak wang).

Ada banyak contoh tapi saya cuma akan menyatakan lima di sini: Rom purba (dan anda sangka orang purba tidak tahu sangat mengenai wang), Jerman pada tahun 1923, Hungary pada tahun 1946, China pada tahun 1949 (sekiranya anda sangka ia cuma boleh berlaku kepada orang putih) dan Zimbabwe pada tahun 2009.

Inflasi hiper juga melanda negara kita dahulu. Ketika penghujung Perang Dunia II (tahun 1945), tentera Jepun yang memerintah Malaya (nama Malaysia pada ketika itu) telah mencetak terlalu banyak mata wang mereka sehinggakan ia menjadi tidak bernilai. Menariknya, mata wang itu digelar ‘duit pisang’ berikutan motif pokok pisang pada nota berkenaan.
.
TABIAT ORANG KAYA VS TABIAT ORANG TAK KAYA

1. Salah satu tabiat orang yang tidak kaya ialah mereka suka menunjuk2 barangan mewah yang mereka miliki. Ini termasuklah kereta, tas tangan, jam, barang kemas dan itu dan ini. Mungkin mereka rasa mereka perlu menunjuk dan menonjolkan semua barangan tersebut untuk membuktikan kepada orang lain yang mereka adalah ‘orang kaya’.

2. Malangnya, orang yang baru menjadi kaya (the new rich) juga terikut-ikut dengan tabiat ini. Mungkin sebab mereka tidak memiliki semua barangan mewah ini dahulu jadi mereka berlumba-lumba untuk menonjolkan semua barangan ini untuk membuktikan kepada dunia yang mereka betul2 ‘orang kaya’ dan bukan orang biasa2 lagi. (Contoh: seorang dua selebriti di Malaysia, ehem-ehem.)

3. Pertamanya, saya perlu jelaskan yang tabiat ini tak salah dan tak haram. Jika nak buat, boleh (though I don’t recommend it!).

4. Cuma saya ingin menyatakan yang orang yang benar2 kaya tak buat semua kerja ini. Menayangkan branded goods and flashing wealth around bukanlah tabiat orang kaya. Especially the old rich. Mereka tak rasa yang mereka perlu menceritakan kepada dunia yang mereka kaya raya. They know they are wealthy, and know that there is no need to display their wealth or prove anything to anyone. Mereka berkerja keras dan enjoy their wealth their own way.

5. Walaupun kadangkala akan terbit sedikit cerita kehidupan mereka, as a general rule, orang kaya tak menonjolkan kekayaan mereka. Sebagai contoh, lihat saja pakaian 2 orang terkaya di dunia ini - Bill Gates dan Jeff Bezos. Simple dan practical, and certainly not flashy.

6. Ingat line ini - POOR IS FLASHY, RICH IS LOUD, WEALTH IS SILENT.
💰HANYA 8% AKAN MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN

Apa yang akan berlaku kepada sekumpulan 100 orang remaja yang berumur 15 tahun selepas 50 tahun i.e. waktu mereka berumur 65 tahun:

38 akan mati

62 masih hidup

Daripada 62 yang masih hidup itu,

38 akan papa kedana

16 akan masih berkerja

7 akan bersara dengan cukup wang untuk membiayai kehidupan

1 akan kaya raya

Jadi hanya 8% akan mencapai kebebasan kewangan.
Walaupun statistik ini adalah dari Australia, saya rasa ianya juga boleh diaplikasikan di Malaysia dan kebanyakan negara lain.

Statistik ini amat menggerunkan, dan malah menakutkan. Tambah2 lagi JIKA ANDA TIDAK TERMASUK DALAM 8% YANG MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN itu. Jadi do what you have to do tetapi PASTIKAN ANDA TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGAN 92% YANG FAIL ITU.

Salah satu langkah yang terbaik yang boleh anda lakukan ialah untuk menambah ilmu tentang kewangan dan pelaburan dengan membaca buku, menghadiri seminar dan berguru dengan pakar tentang kedua-dua subjek ini.
💰SIMPAN SEAWAL MUNGKIN

1. Ada sekurang-sekurangnya dua senario yang memerlukan belanja yang besar dalam kehidupan kita. Yang pertamanya ialah kos hidup setelah bersara, dan yang kedua adalah kos membiayai pelajaran tinggi anak-anak (higher education fund).

2. Kedua-dua ini memerlukan belanja yang besar – masuk berpuluh2 ribu dan beratus2 ribu ringgit.

3. Oleh kerana jumlahnya yang besar, kita tak boleh menunggu setahun atau dua tahun sebelum bersara atau sebelum anak kita ke kolej untuk membuat simpanan tersebut. Bagaimana nak simpan RM100,000 dalam masa 2 tahun???

4. Jadi jawapannya ialah kita perlu membuat simpanan untuk dua senario ini seawal mungkin. Malah, lebih awal dan lebih cepat, lebih bagus kerana kita boleh menyimpan jumlah wang yang sederhana umpamanya RM300 atau RM400 sebulan, dan bukan RM1,000 atau RM3,000 sebulan, yang secara realistiknya tak boleh dibuat oleh kebanyakan kita.

5. Sebagai contoh, saya mula menyimpan untuk higher education fund anak2 saya semasa mereka berumur tiga bulan. Oleh kerana saya bermula awal, saya hanya perlu menyimpan dalam RM300-RM500 sebulan untuk setiap orang anak saya. Malah, saya mula menyimpan untuk higher education fund anak bongsu saya semasa dia masih di dalam perut ibunya!

6. Satu cara yang simple tetapi efektif untuk membuat simpanan in adalah dengan membuat pelaburan emas di Public Gold. Buka akaun Junior khusus untuk setiap orang anak, dan kemudian transfer wangnya setiap bulan ke dalam akaun tersebut.

7. Insya Allah, wang simpanan ini akan cukup untuk membiayai kos pelajaran mereka bila masanya tiba nanti.

.
💰ANDA SUDAH PUNYAI CUKUP WANG UNTUK BERSARA?

1. Kita semua akan menjadi tua satu hari (memandangkan alternatifnya ialah mati, menjadi tua adalah pilihan yang terbaik!).

2. Selepas bersara, kita tidak mempunyai wang pendapatan lagi.

3. Walaupun ada kos yang turun selepas bersara e.g. kos perjalanan dan pakaian, kita masih juga akan berbelanja. Malah ada kos e.g. kos perubatan yang akan naik selepas bersara.

4. Ini bermakna kita memerlukan wang yang banyak untuk menampung hidup selepas kita bersara. Dan jika kita mahukan hidup yang senang dan selesa (and who doesn’t?), jumlah wang itu akan berganda.

5. Saya boleh memberitahu yang wang KWSP anda itu TIDAK CUKUP untuk menampung hidup selepas anda bersara. Dan wang itu bukan tidak cukup sedikit; ianya tidak cukup dengan banyak!

6. Mereka yang mendapat pencen pun akan tetap merasakan bahang yang sama. Ini adalah kerana pencen itu hanya 50% daripada gaji terakhir mereka. Ini bermakna yang mereka perlu downgrade kehidupan mereka dengan 50% selepas bersara! Ini sudah tentu bukan satu impian kehidupan.

7. Jadi ini bermakna kita perlu:

(a) menambahkan pendapatan
(b) menambah jumlah simpanan wang (on top of KWSP/pencen) dengan melabur
(c) mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan.
Alhamdulillah.

Sekarang ini bilangan customer Public Gold hampir mencecah 1.3 juta orang!

Bagi meraikan customer ke 1.3 juta, Public Gold akan memberikan hadiah 1gram kepada customer ke 1.3 juta dan 1gram untuk introducer customer tersebut 🥰

Total 2gram untuk anda berdua 😆

Siapakah bakal pemenang?

InShaAllah minggu ini atau minggu depan kita bakal tahu pemenangnya.

Ps: Untuk pengetahuan anda, Public Gold adalah syarikat yang menjual beli emas dan perak fizikal terkemuka di Malaysia.

Anda beli, anda dapat emas dan perak dalam tangan.

Selain itu, Public Gold boleh poskan emas ke alamat anda di seluruh Malaysia (berat maksima 20g bar atau 5dinar, 21.25g)

Tiada produk gandaan di Public Gold (beli 1g dapat ganda 5x atau 10x gram. Itu mengarut dan bermasalah)

Sejak Public Gold wujud dari tahun 2008, semua customer Public Gold dapat emas fizikal. Bila jual dapat duit. Urusniaga jual beli di PG disahkan patuh syariah.

Anda boleh tidur lena 😴

#NotaEmasSyukorHashim

Nak mulakan simpanan emas terus klik link dibawah

http://www.wasap.my/60196736675/naksimpanemasPG
Nak berjaya dalam simpanan emas?

Rajin2 lah tambah ilmu.
Sebab bukan emas yang membuatkan kita kaya tetapi ILMU.

Ada orang gaji RM10k, tapi nak simpan RM1k sebulan pun susah.

Ada anak muda 23 tahun baru je bekerja, tapi dah boleh buat savings 6 dinar emas dalam masa 2 minggu. Nilai 6 dinar adalah RM10,070 hari ini.

Menyimpan bukanlah soal berapa gaji dan pendapatan kita, tetapi ia adalah soal tabiat dan disiplin dalam diri seseorang. Bina habit menyimpan dari awal, insya allah umur 30 tahun dah boleh capai bebas hutang.
Kalau nak simpan RM30,000 rasa susah, cuba simpan 100gm emas.

Simpan RM30,000 bermula dengan RM100 yang pertama.

Nak simpan 100gm mestilah bermula dengan 1gm yang pertama.

Dapat sesuatu? ❤️