Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
1 dinar ni item favourite saya.
Berat = 4.25gm

1 dinar ni boleh buat backup belanja hangus sekitar RM1,600+

Penyimpan emas yang nak pakai duit, boleh pergi pajak emas ni ke ar-rahnu. 1 dinar boleh dapat pinjaman RM1,000++ on the spot.

Lepas tu bayarlah balik dalam masa 6 - 12 bulan.

Tapi saya percaya, tak lama lepas selesai urusan dia nak pakai duit, mesti dia akan tebus balik secepat mungkin. Sebab sayang... Sebab takut kena caj lebih mahal kalau lambat tebus...

Bila ada duit, kita akan fikir tebus emas ni dulu. Bila nak berbelanja, kita akan berkira-kira sebab kita fikir baik pergi tebus emas dulu...

Bahkan kita akan kreatif cari income tambahan untuk tebus emas tu balik.

Akhir sekali, keperluan perbelanjaan dapat diselesaikan, emas pun dapat balik! Itulah maksud sebenar "backup belanja hangus"

Semua orang mampu memiliki 1 dinar ini dengan 2 cara mudah di bawah:

1. Kumpul sikit-sikit dalam akaun GAP sehingga cukup gram. Kemudian withdraw dari Akaun GAP.

2. Buat epp bayar 10 bulan. Komitmen sebulan sekitar RM160+

Mudah dan simple untuk memiliki item mahal ni. Asalkan kita disiplin menyimpan.

Farrah Aiza
Sebanyak mana pun duit kita simpan, tetap akan berkurang setiap tahun. Bukan berkurang dari segi nombor tapi berkurang dari segi kuasa beli.

Kuasa beli yang ada pada duit berkurang sebab kejatuhan ringgit dan inflasi.

Cara nak lindungi duit daripada terus menerus terkesan daripada kejatuhan ringgit dan inflasi adalah alihkan kepada emas.

Alihkan sebahagian, bukan semua. Kena berpijak di bumi nyata, kita tetap kena beli makanan dan servis guna duit...bukan emas.

Habis tu, banyak mana nak kena alih kepada emas?

Ini panduan daripada Mentor Walid Tuan Mohd Zulkifli Shafie

1) Simpan duit 3 hingga 6 bulan gaji. Kalau kerja sendiri sebaiknya setahun pendapatan jadi back up.

2) Selebihnya duit yang tak guna dalam 2 tahun ke atas itulah paling sesuai ditukar jadi emas.

3) Pastikan beli emas dapat emas, beli emas pelaburan dan kena tambah ilmu emas dari masa ke masa.

4) Fokus simpanan bukan pelaburan. Jangan melabur kecuali kita ada ilmu tentang pelaburan tersebut.

Bagi tuan puan yang ada duit banyak banyak dalam bank, tolong pastikan tuan puan dah back up simpanan dengan aset di luar sistem kewangan... Itulah EMAS.


Azinuddin Abdullah
Rugi sebenarnya mereka yang sekadar melihat emas sebagai aset jana keuntungan semata-mata.

Umum kita tahu, nak untung dengan emas kita kena amalkan sikap “beli harga rendah jual harga tinggi”. Tapi adakah kita tahu yang harga emas tidak selamanya naik?

Jadi orang yang macam ni, akan anggap emas tidak ada nilai jika harganya tak naik.

Sedangkan, terlalu banyak manfaat lain yang kita boleh dapat dengan menyimpan emas.

Melalui pembacan saya dalam buku Wang Emas, sekurang-kurangnya ada 10 cara macam mana emas boleh bagi manfaat kepada kewangan kita.

Salah satu daripanya adalah dari sudut menutup kebocoran wang. Kata guru saya En Mohd Zulkifli, asas membina kekayaan adalah dengan menyimpan.

Kalaulah asas ni pun dah gagal. Macam mana nak bina kekayaan. Jadi untuk mereka yang ada masalah simpan sikit-sikit, lama-lama masih sedikit.

Emas adalah ubatnya. Pengalaman saya sendiri bantu lebih 5000 orang penyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Majoriti mereka simpan emas sebab nak tutup kebocoran wang simpanan.

Alhamdulillah bila mereka dah simpan emas. Simpanan mereka sentiasa meningkat. Bermula dengan simpan emas 1 gram 1 bulan sampailah ada 12 gram untuk 1 tahun.

Syukur.
Bila membuat pelaburan, kita kena ambil kira jugak dari segi kecairan aset tersebut.

Sebagai contoh, pelaburan hartanah memang menguntungkan (kalau beli hartanah yang tepat), tapi tak sihat jugak kalau semua harta kita disimpan dalam bentuk hartanah sebab hartanah ni mempunyai tahap kecairan yang rendah.

Dalam erti kata lain, kalau lah kita tiba-tiba perlukan wang tunai, nak jual rumah bukannya mudah.

Nak kena cari buyer, dan kalau dah dapat buyer pun proses pengurusan akan mengambil masa berbulan-bulan atau kadang tahun. Fuh!

Sebab tu, kalau boleh variasikan aset kita. Sebahagian simpan dalam bentuk wang tunai dan sebahagian dalam bentuk emas!

Sebab apa emas?

Sebab emas memiliki tahap kecairan yang sangat tinggi. Bila perlukan duit, boleh jual di kedai-kedai emas atau kalau nak mudah, jual saja semula dekat Public Gold!

Tuan puan belajar sesuatu hari ni?
.
Azinuddin Abdullah
Asas untuk pastikan gaji kita berkembang , amalkan 4 perkara ini setiap kali gaji.

1. Simpan

Buat simpanan paling minimum 10% gaji.
Jika masih bujang dan kurang komitmen , simpan 35% gaji.

Menyimpan ialah satu tabiat , jika selalu buat pasti mudah.

Contoh gaji RM 3000 , simpan 300/sebulan. Hujung tahun patutnya sudah ada 3600.

Jika tak cukup 3600 kena semak balik , kita buat menyimpan atau hanya isi masa lapang ?

Jika menyimpan duit kurang berjaya, saya rekemenkan simpan emas .

2. Labur

Laburkan gaji kita agar ' wang pula bekerja untuk kita '. Bukan kita bekerja untuk wang sepanjang zaman.

Laburlah pada tempat yang betul dengan ilmu yang betul. Insya Allah baik hasilnya nanti.

3. Infaq

Keluarkan sebahagian duit gaji kita pada mereka yang memerlukan. Kerna kita tahu bahawa setiap rezeki yang kita dapat ada hak orang lain juga.

Belanja makan, sedekah , beri pada ibu bapa dan banyak lagi perkara yang kita boleh buat.

Hal ini akan berikan kita satu ketenangan dan tenteram hati ini. Percayalah.

4. Belanja

Ya , akhir sekali barulah belanja. Ini bahagian akhir sekali. Lakukan yang tiga atas dulu , baru hidup kita senang dan aman.

Ulang formula ini setiap bulan pasti kita lebih kacak daripada abang Bangla kedai karpet nanti.
JANGAN AMBIL REMEH SIMPANAN EMAS

Ramai mula sedar, bila dah mula simpan "Kalau aku simpan emas dari dulu kan bagus.. banyak juga gram dapat".

Apa yang penting untuk mula simpan emas ialah MINDSET dan TINDAKAN.

MINDSET yang betul tentang simpanan & pelaburan emas. Emas bukan buat kita kaya esok hari, namun orang yang ada emas takkan jatuh miskin. Mula simpan 1gram, 1bulan. sudah cukup baik daripada tak mula simpan langsung.

EMAS makin tinggi nilainya bukan macam duit kertas.

TlNDAKAN yang betul boleh jadi satu perubahan besar dalam hidup. Contohnya, dah tahu tentang emas, terus buat. Jangan bertangguh sebab emas tak tunggu kita betul-betul bersedia.

Tiba-tiba je emas dah harga RM399 satu gram.
Yang mana lebih bagus, jutawan emas atau jutawan ringgit? Ini harga untuk emas 1000gm.

Tahun 2000: RM35,000
Tahun 2008: RM95,000
Tahun 2012: RM180,000
Tahun 2020: RM292,000
Tahun 2021: RM 280,000
Tahun 2023: RM313,400

Kenapa harga emas semakin mahal? Adakah semakin mahal, semakin banyak gram kita dapat? Jawapannya, tidak! Sebenarnya tahun demi tahun, nilai wang kertas kita yang semakin menyusut.

Pakar Kewangan mencadangkan, kalau nak simpan nilai kekayaan dalam jangka masa yang panjang, duit itu boleh ditukar menjadi aset fizikal seperti emas, perak dan atau hartanah.

Sebab aset mampu kekalkan kuasa beli, bukan hanya angka.

Duit kertas hanya sesuai untuk transaksi harian, bukan untuk anda simpan lama-lama. kalau nak simpan duit secara "longterm", alih dalam bentuk emas.

Bagi anda yang alihkan keuntungan perniagaan, saham, wang pencen dalam bentuk emas fizikal ni, save dan share dulu post ni di wall anda.

Kredit : Amanina