Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#BacaBuku #Letsاقرأ

Kata guru kepada Aristotle, "orang bijak pandai mengetahui orang bodoh kerana dia pernah jadi bodoh, tetapi orang bodoh tidak mengetahui apa yang orang bijak pandai tahu, kerana dia tidak bijak pandai.

Shakespeare menyebut "orang bijak pandai sering merasa dirinya bodoh, tetapi orang bodoh selalu fikir dirinya bijak pandai."

"Apabila ada sesuatu yang ingin diperkatakan, orang bijak pandai akan berbicara, manakala orang bodoh selalu bercakap untuk dilihat bijak", kata plato.

Membaca buku, menjadikan sesorang bijak. Dia akan lebih tahu dari dirinya yang sebelum.

Bila tahu, kita tidak akan ragu.
Bila tahu, kita yidak akan keliru.
Bila tahu, kita tidak akan ditipu.

Tingginya nilai tahu. Orang tahu itu adalah orang bijak pandai.

Buku ini, tidak menjadikan kita bijak pandai, tetapi menjauhkan diri daripada jadi bodoh piang !

Syawal Ameron
Star Founder Master Dealer
Penulis 2 buah buku kewangan
Tiga perkara asas yang perlu kita usahakan dikala kita masih berkerjaya dan mempunyai gaji bulanan (pendapatan aktif) adalah:

1. Bina Dana Kecemasan minimum 6bulan
2. Bina Pendapatan Pasif setaraf pendapatan aktif
3. Kawal perbelanjaan bulanan dibawah paras 60% daripada jumlah pendapatan aktif

Sebab kalau ditakdirkan kita hilang sumber pendapatan utama, kita masih lagi boleh survive dengan Dana Kecemasan yang ada...

Jika kita ada Dana Kecemasan sebanyak 6bulan gaji, secara teoritikal kita akan mampu untuk survive selama 6bulan tanpa sebarang gaji bulanan. Tetapi saya amat yakin actual practice kita tidak akan pernah cukup...

Sebab itu kita perlu back-up plan dengan membina pendapatan pasif setara dengan pendapatan aktif...

Jika berlaku apa-apa kecemasan terhadap pendapatan utama, kita masih lagi boleh tersenyum indah sebab kehidupan kita masih boleh berjalan seperti biasa..

Tapi dengan syarat, kita perlu kawal jumlah perbelanjaan bulanan kita tidak melebihi pendapatan aktif kita...

Sebaiknya kita perlu kawal perbelanjaan bulanan supaya sentiasa dibawah paras 60% daripada jumlah pendapatan aktif...

Ramai di antara kita yang gagal membina status kewangan yang mampan sebab mereka kalah dalam mengawal jumlah perbelanjaan bulanan mereka...

Sebab itu pepatah melayu ada berkata "ukur baju dibadan sendiri", cuma kita saja yang selalu ambil sambil lewa...

Kalau kita lihat dengan keadaan ekonomi negara dan dunia sekarang ini, 3 perkara asas ini bukan lagi soal pilihan samada kita mahu buat atau tidak mahu buat...

Nak tak nak, kita hanya ada satu pilihan iaitu "mesti buat" demi memastikan kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun...

Betul ‼️ Rezeki itu ketentuan ALLAH tetapi kita sebagai hamba-NYA perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

Kredit : syawal ameron
Dalam kewangan peribadi & keluarga ada dua cara saja untuk baiki kewangan.

1. Tingkatkan pendapatan.
2. Kurangkan perbelanjaan.

Ramai orang cenderung untuk memilih cara ke-2 terlebih dahulu. Saya pun begitu.

Tetapi, sedarkah anda. Kaedah mengurangkan perbelanjaan ini sering bersifat sementara.

Hati kita tidak kuat untuk hari-hari berjimat sahaja. Lama kelamaan kita akan letih dengan cara ini dan kembali berbelanja seperti kebiasaannya.

Jika anda memilih kaedah ke-2, pastikan anda dapat bezakan cara berjimat dengan cara untuk elak membazir.

Kenapa? Sebab membazir itu amalan syaitan.

Tuan-puan, ramai juga orang yang pandai buat kaedah No.1 iaitu tambah pendapatan.

Okay, ini pandangan saya. Anda boleh berjaya tambah pendapatan dengan lumayan.

Beribu-ribu ringgit keuntungan boleh anda usahakan.

Cuma, jika kaedah No.1 ini berjaya. Anda masih perlu belajar satu skil lagi. Apatu?

Simpan. Simpan. Simpan.

Pandai tambah pendapatan mesti disertakan dengan skill pandai simpan. Kenapa?

Duit banyak tapi tak pandai simpan. Lama letih juga, kerja tak habis-habis. Kaya tu hilang.

Belajarlah cara menyimpan ya.
7 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas

Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong.

Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving.

Beza dengan barang kemas ada dua iaitu harga per gram lebih murah dan kalau jual balik tolak kecil.

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.

Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?

Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 3 tahun saya dalam bidang emas:

7 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)

Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada SST atau GST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?

Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
Negara Venezuela sekarang sedang mengalami hyperinflasi. Duit mereka hampir tidak ada nilai.

Bayangkan nak beli segulung tisu tandas mereka perlu membayar 2.6 juta bolivar yang bersamaan dengan RM43.20.

Rakyat Venezuela perlu bawa wang kertas 1000 bolivar setinggi 26cm tebal dan mempunyai berat 2.6 kg hanya untuk beli segulung tisu.

Seekor ayam pula berharga 14.6 juta bolivar, bersamaan dengan RM242.50.

Harga dah mahal kan? Nak bayarnya pulak satu masalah besar.

Bayangkan mereka nak bawa wang tunai setebal 73 cm dengan berat sebanyak 14.6 kg untuk beli seekor ayam.

Kerajaan mereka cetak duit terlalu banyak sampaikan kadar tukaran USD dengan duit Bolivar mereka tak masuk akal.

Orang boleh buang dalam tong sampah sahaja. Nak keluarkan duit dari ATM pun tak boleh, sebab takde nilai.

Tengok video ini.
"Saya susah nak menabung, semua duit gaji habis". Kata Mamat, bukan nama sebenar.

Guna tabungan emas melalui akaun GAP. Setiap bulan dapat gaji, terus tolak RM100 atau 1 gram ke dalam akaun GAP. Tolak sambil pejam mata je. Hujung bulan saya pasti 1 gram ini masih kekal tak terusik.

Masuk gaji, terus tolak 1 gram.

Dan begitulah seterusnya tabiat #1gram1bulan ini terbentuk dengan sendirinya sehingga kita ada simpanan 3-6 bulan gaji dalam bentuk emas.

Emas bukan saja barang bernilai, tapi ia alat simpanan yang kukuh, mampu kawal inflasi dan boros.

Cubalah. Tak cuba tak tahu.
EMAS ROSAK

Semua syarikat emas akan j.u.a.l emas. Tapi tak semua syarikat ini jamin akan beli balik emas yang mereka j.u.a.l, apatah lagi emas yang kondisinya sudah rosak.

Kalau emas rosak macam dalam gambar ni, selalunya apa jadi kepada harga emas bila nak j.u.a.l balik nanti?

Kalau emas ini dibeli di bank, pihak bank tak akan beli balik emas ini. Kita terpaksa menjualnya di kedai emas.

Kalau jual di kedai emas, mereka akan tolak 25% - 40% daripada harga jualan semasa.

Berbeza dengan Public Gold, emas ini dibeli balik dengan spread 10% sahaja. Ia kadar tolakan paling murah di Malaysia bagi emas rosak begini.

Tapi nasihat saya : kalau sudah emas itu ada dalam baju cantik - cantik jangan lah pergi buka 😭.
Semasa aku berusia 40 tahun aku telah melakukan beberapa kesilapan, darinya aku pelajari beberapa perkara, antaranya ialah

1. Minimumkan gangguan kerana ianya pembunuh terbesar kejayaan. Kerana gangguan akan menghambat dan menghancurkan fokus kita.

2. Jangan sesekali meminta nasihat dari orang yang tidak berada di tempat yang kita inginkan dalam hidup.

3. Tiada seorang pun yang akan datang untuk menyelamatkan masalah kita. Hidup kita 100% adalah tanggung jawab kita sendiri.

4. Sebenarnya 100 buah buku motivasi tidak diperlukan, apa yang diperlukan hanyalah tindakan dan disiplin diri sepanjang masa.

5. Kita tidak perlu bijak dan mempunyai sijil profesional untuk dapat duit, berfikir dan bertindak sebagai seornag peniaga pasti dalam 90 hari mendatang kita akan dapat untung. Saya sampai kini tak kaya kerana saya takut berniaga dengan segala alasan gila.

6. Tidak ada siapa yang peduli dengan kita. Jadi berhentilah menjadi pemalu, keluarlah dan ciptakan peluang hidup kita sendiri.

7. Ketika menemukan seseorang yang lebih pintar dari kita, bekerjasamalah dengan mereka, jangan sesekali bermusuh atau bersaing.

8. Confort zone adalah kecanduan terburuk dan tiket murah menuju kekecewaan.

9. Jangan buka mulut terlalu luas sehingga semua orang tahu mengenai kita, ianya adalah kebodohan berganda, berbincanglah dengan orang yang sayangi dan sokong anda sahaja serta hargai privasi kita.

10. Kita berjimat sehingga kita ada simpanan wang adalah lebih baik dari kita boros sampai tiada wang. Jika wang yang kita simpan itu tak sempat kita guna pasti anak dan isteri serta mak akan berterima kasih atas simpanan kita dan mereka akan sebut yang baik baik mengenai kita.
Susah simpan duit? Tabung asik bocor? Ubah kepada simpan emas. Simpanan pasti bertahan lama. Cubalah.

pgbo.net/PG00540198/
“Elehhhh 1gram ja. Bila nak kaya?”

Sebelum kita mula dan celik tentang emas, kita anggap simpanan emas perlu bermula dengan yang besar-besar.

Ramai yang perlekehkan berat 1gram emas.
Ramai yang perkecilkan berat 1gram emas.
Ramai yang persenda berat 1gram emas.
.

Pengalaman saya melihat,

Contoh #Pertama,
Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang telah capai simpanan 50gram emas dalam tempoh 10bulan. Nilai 50gram tersebut sekitar RM13,000.

Kata beliau, seolah-olah tidak percaya kerana dulunya nak simpan RM13 pun susah apatah lagi RM13,000. Cuma sekarang simpanan dibekukan dalam bentuk emas.
.

Contoh #Kedua

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang sedar dari tidur yang panjang. Bayangkan sepanjang tempoh 10tahun bekerja, simpanan Zero.

Masuk tahun ke 11, beliau mula risau dan mencuba menyimpan emas. Pada tiga (3) bulan pertama sahaja menyimpan emas, beliau dapat capai simpanan melebihi 30gram emas. Nilai 30gram sekitar RM8,000.

Anehnya 10tahun bekerja, setiap sen yang ada dalam bank semua dirembat. Beliau tinggalkan minima sahaja dalam bank. Jika bank benarkan keluarkan semua, pasti akan dikeluarkan semua.

Kini beliau sungguh-sungguh menyesal dan kembali menyusun langkah.

.

Contoh #Ketiga

Dengan hanya bermula 1gram emas, ada pelanggan saya yang berstatus pelajar pernah berjaya kumpul 50gram dalam tempoh 5bulan sahaja. Saya pernah menulis tentang beliau dan saya sangat kagum dengan kesungguhan beliau.

Saya ulang, beliau status pelajar dan kini masih berstatus pelajar. Boleh follow beliau Cik Shafawani Othman.

Saya percaya tamat sahaja pengajian di Universiti nanti, disaat rakan sebaya beliau masih mengharapkan duit poket ibu bapa, beliau telah pun bersedia dengan simpanan emas yang ada.
.

Kawan-kawan,

Banyak kisah yang menarik dengan hanya bermula menyimpan 1gram emas.

1gram memang kecil tetapi ketahuilah ianya permulaan untuk kita membina semangat dan impian kita dalam dunia emas.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada matlamat yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada impian yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada usaha yang besar.

Biar simpanan kita kecil asalkan kita ada semangat yang besar.

Teruskan melangkah, berlari dan meroket. Jangan pedulikan apa yang orang kata tetapi fikir tentang masa hadapan kita. 💪🏻😊

Ingat ni!

1gram permulaan kepada 10gram.
1gram permulaan kepada 50gram.
1gram permulaan kepada 100gram.
1gram permulaan kepada 1kilo.

Ingat ya !
Ingat tau !
Ingat !

Kredit: Fairuz Aziz
1
Jika kita pernah cuba menyimpan duit tapi belum pernah berjaya, cuba kaedah ‘orang lama’ dengan cara menyimpan emas.

Orang dulu-dulu kalau ada duit, mereka akan alihkan kepada aset. Contoh aset mudah dan mampu milik ialah emas.

Jika kita ikut tabiat orang-orang dulu, kita juga akan berjaya kerana tabiat itu ‘Proven’

Boleh tanya orang dulu-dulu, pasti mereka sarankan kita menyimpan emas kerana mereka telah melalui fasa yang sukar dan emas menjadi penyelamat mereka. 😊

Kredit : FairuzAziz
“Sama sahaja simpan duit dengan emas”

Ini antara kenyataan daripada pelanggan saya sebelum beliau jatuh hati dengan simpanan emas.
.

Baik saya beri pencerahan. 😊

Memang betul dan setuju. Bagi yang belum celik emas, kita akan nampak dan rasa simpan duit sama sahaja dengan simpan emas. Tiada bezanya.

Tapi disebalik itu terselit banyak perkara yang kita sendiri tidak percaya.

Untuk orang yang fokus simpan duit, mereka perlu berhati-hati dengan satu masalah besar iaitu masalah kebocoran.

Sifat duit, lebih banyak yang kita ada dan simpan, lebih ligat otak kita berfikir untuk berbelanja.

Oleh sebab ini, ramai yang tidak berjaya menyimpan duit. Aura duit sememangnya begitu dan kita perlu terima hakikat bahawa simpan duit susah atau tidak pernah #Lekat.
.

Buktinya kita lihat sahaja contoh yang berlaku sekarang.

Sedar-sedar duit bank tinggal RM1000.
Sedar-sedar simpanan ada RM500.
Sedar-sedar tabung ada baki RM100.

Apabila ada duit ditangan memang begitu. Bukan setakat ditangan, ada ketikanya belum terima pun lagi duit, kita sudah berkira-kira untuk buat sesuatu. Dalam fikiran kita ligat merancang.

Nak beli itu lah nanti.
Nak beli ini lah nanti.
Hmmmmmm.
.

Saya ingat lagi kisah #tragis sahabat saya yang #Refinance rumah. Beliau sangat bersemangat dan teruja untuk buat belian emas.

Beliau hubungi saya setiap hari dan ajak berjumpa bagi perancangan simpanan emas. Akhirnya saya jumpa dan berikan beliau perancangan 3 hingga 5tahun akan datang untuk jumlah yang beliau terima sekitar RM25,000 bersih.

Tiba hari yang dinantikan, duit Refinance masuk ke akaun bank. Ketika itu beliau gelap mata dan berubah fikiran.

Beliau diam menyepi.
Beliau diam membisu.
Beliau diam tanpa khabar.

Sebulan selepas itu sahabat saya hubungi saya untuk mulakan simpanan emas. Tapi anehnya bukanlah jumlah yang sama seperti perbincangan pada awal dulu.

RM25,000 dah tinggal RM500. Kata beliau, banyak nak pakai duit.

Nampak?
Duit memang begitu.
Belum dapat, kita adalah Raja.
Bila dapat, duit pula Raja.
.

Berbeza pula kisah simpanan emas yang saya akan kongsikan.

Kisah seorang juruwang di sebuah pasaraya.

Kata beliau, gaji kecil tapi mahu capai minima 100gram emas. Jadi saya cadangkan beliau bermula simpan sikit-sikit asalkan #Konsisten.

Alhamdulillah jumlah GRAM beliau hari demi hari makin bertambah dan telah mencapai 23gram dalam tempoh 11bulan sahaja.

Terus terang saya bangga dengan pencapaian itu.

Gaji sekitar RM1200, tapi simpanan emas telah capai 23gram sekitar RM5000++. Kata beliau pada saya,

Nak simpan RM5000 rasa susah sangat, tapi bila simpan emas dapat capai 23gram emas dengan mudah.

Nampak?

Jika gaji kita kecil, tidak semestinya impian kita juga perlu kecil. Yang penting kita konsisten menyimpan emas.😁
.

Beza kan aura menyimpan duit dan emas?
Beza kan pencapaian menyimpan duit dan emas?
Beza kan kisah menyimpan duit dan emas?
Beza kan kegembiraan menyimpan duit dan emas?
Beza kan kebahagiaan menyimpan duit dan emas?

Beza kan?
Kan?
Kan?

Jadi buat apa mengkaji lama, kita sepatutnya ambil tahu sahaja.

Jadi buat apa tunggu lama, kita sepatutnya ambil tindakan sahaja.

Dapat sesuatu?
Dah mula?
Dah tambah emas?💪🏻😁

Kredit :
Fairuz Aziz
Tadi saya menerima satu whatsapp untuk ulas Kenyataan ini daripada gambar yang saya terima ini.

Melihat kepada Kenyataan ini, mengikut pengalaman saya ada dua (2) perkara iaitu :

#Pertama
Pernah beli emas ketika situasi #Uptrend dan sekarang emas situasi #Downtrend

#Kedua
Tidak pernah beli.

Jika beliau kategori #Pertama, bermaksud matlamat belum jelas tentang menyimpan emas. Kategori pertama ini selalunya mengharapkan emas naik, naik & terus naik sedangkan harga emas daripada dulu hingga kini memang ada naik turun dan ianya Normal. Cuma mungkin kita tidak didedahkan dengan perkara ini. Jadi sudah semestinya pemikiran dikaburi oleh nilai emas yang sentiasa naik.

Untuk jangkamasa panjang, jawapan YA emas akan naik. Untuk jangkamasa pendek, jawapan TIDAK.

Berbalik kepada matlamat Penyimpan Emas, kebanyakkan penyimpan emas yang berjaya mempunyai matlamat yang jelas.

Bahasa mudah, Kenapa Kita Perlu Simpan Emas??

Jadi saya senaraikan matlamat penyimpan emas mengikut pengalaman saya membimbing pelanggan :

• Dana Kecemasan.
• Dana Haji atau Umrah.
• Dana Pendidikan Anak-anak.
• Dana Persaraan.
• Dana Deposit Rumah.
• Dan lain-lain.

Kenapa perlu capai matlamat ini dalam bentuk emas?

Jawapan mudah, jika matlamat ini dalam bentuk duit, maka matlamat itu akan menjadi mimpi.

Bukan semua orang berjaya Simpan duit tetapi pengalaman saya melihat hampir 100% orang berjaya menyimpan duit dalam bentuk emas.

Ada duit belum tentu ada emas. Ada emas sudah tentu ada duit.
.

Jika beliau kategori #Kedua, bermaksud beliau belum ada ilmu yang cukup tentang emas. Pemikiran beliau tertutup oleh kerana harga emas. Simpan Emas bukan soal Harga semata-mata. Jika kita Hanya pandang emas soal harga, simpanan kita tidak kemana-mana. Boleh jadi kita berhenti beli ataupun tidak beli langsung emas.

Kenapa??

Harga emas Naik Gelisah.
Harga emas Turun Resah.
.

Kawan-kawan,

Jika kita asyik mendegar atau takut dengan apa yang orang akan cakap pada kita, percayalah ianya tidak memberi manfaat buat kita.

Kita buat sesuatu kerana kita percaya dan yakin berbekalkan ilmu dan juga bimbingan Mentor.

Buat tanpa Henti.
Buat tanpa Nanti.
Buat tanpa Tapi.
Yang penting kita Happy.

Maafkan saya. Ini hanya pandangan dari saya yang kerdil ini.

Jujurnya, Saya sangat-sangat bahagia diizinkan Allah untuk menyimpan emas 😊✌🏻

Kredit : Fairuz Aziz
Dealer semua,

JRP sememangnya Proven.
JRP sememangnya membentuk keperibadian.
JRP sememangnya membina jati diri.
JRP sememangnya menjadikan kita lebih bertanggungjawab.

Jadikan JRP sebagai program yang wajib Join untuk Recharge Ilmu!

FairuzAziz
Founder Council PG1M