Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
What’s so special about Public Gold?

“I can see myself doing this for a long, long time. In shaa Allah”
- Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan Malaysia (Ex- Pilot)

Even during the worst economic downturn, in the worst economic crisis of our lifetimes, Public Gold Business is booming instead 🤲🏻

Alhamdulillah sejak 13 tahun lalu sehingga kini Public Gold masih teguh berdiri, semakin kukuh dan stabil.

#InfoPG
#PublicGold
#AziziAli
PRINSIP SYARIAH DALAM EPP

Pembeli membuat tempahan (place order) item emas atau silver yang ingin dibeli dengan cara mengunci harga (lock price) emas atau silver tersebut dan membuat bayaran deposit sekuriti kepada Public Gold.

Sepanjang tempoh pembayaran deposit sekuriti, item emas atau silver yang ditempah tersebut akan disediakan dan disimpan oleh Public Gold.

Selepas selesai pembayaran keseluruhan harga item emas atau silver tersebut, barulah pembeli boleh dapatkan item emas atau silver tersebut.


"Apa beza deposit sekuriti dengan ansuran? Macam sama je."

Dalam deposit sekuriti, kontrak jual-beli tidak terlaksana sebelum keseluruhan harga barang selesai dibayar,

manakala dalam ansuran, kontrak jual-beli telah terlaksana sebaik sahaja bayaran ansuran pertama dibuat.

Maksudnya, dalam deposit sekuriti, pertukaran pemilikan masih tidak berlaku.

Barang yang ingin dibeli masih milik penjual, dan wang yang dibayar masih milik pemohon (bakal pembeli).

Wang yang pemohon beri kepada penjual hanyalah sebagai jaminan kesungguhan pemohon untuk membeli barang tersebut.

Berbeza dengan ansuran. Dalam ansuran, pertukaran pemilikan telah berlaku. Barang tersebut telah menjadi milik pembeli, dan wang tersebut telah jadi milik penjual, walaupun bayaran harga keseluruhan barang tersebut masih belum dilangsaikan.

Jadi, riba pada jual-beli emas atau silver secara tangguh tidak berlaku dalam EPP, kerana EPP ialah deposit sekuriti (hāmisy jiddiyyah, هامش جدية) dan bukan jual-beli secara ansuran (bay` taqsīth, بيع تقسيط).
Gais.

Saya nak share sikit tentang sejarah 2 syarikat emas yang telah scam rakyat Malaysia.

First sekali, Zenith Gold (sekitar tahun 2017) dan notorious Tok Belagak - Darul Emas Perak Berhad (2012-2015).

Walaupun banyak syarikat emas yg scam kat Malaysia, namun untuk posting ini, saya ambil contoh 2 syarikat ini.

Kedua-dua syarikat ini, walaupun scam orang, namun mereka turut mempunyai emas fizikal.

Ya tuan puan. Syarikat penipu pun ada keluarkan emas fizikal mereka sendiri.

Tengok gambar-gambar emas mereka.

Apa yang saya nak bagitau adalah, sewaktu mereka masih beroperasi, mereka berselindung disebalik kata-kata:

“kami hanya jual beli emas, bukan buat skim”

Namun, antara modus operandi yang digunakan oleh tok belagak adalah menjual emas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran, namun pembeli akan dapat emas tersebut dalam tempoh 7 hari, 14 hari hatta 30 hari kemudian.

Makin lama customer tunggu, makin murah harga emas tu. Ini yang mereka panggil “emas delay”

Lepas tu istilah tu ditukar kepada emas ETA (estimated time of arrival).

Jadi, walaupun urusniaga tersebut nampak macam jual beli emas. Namun ada unsur keuntungan ditawarkan jika pembeli sanggup delay tunggu ketibaan emas.

Sama juga jika customer jual emas.

Syarikat offer harga belian yang lebih tinggi jika customer sanggup delay payment. Ada customer yang sanggup tunggu sampai 30 hari sebab syarikat offer harga buyback yang tinggi.

Jadi, inilah contoh pulangan lumayan yang “bersembunyi di dalam urusniaga emas”

Jadi gais, jangan ler mudah percaya jika ada orang especially dealer/konsultan yang bagitau anda “ini jual beli emas tanpa janji pulangan”

Kadang-kadang kita kena tengok”between the lines”.

Inilah skill detektif conan yang anda kena kuasai.

Sebab itu anda kena dapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman melawan scammer seperti Alwi Adam dan Khairul Ezuwan

Sebab mereka boleh melihat operasi syarikat tersebut secara menyeluruh dan tengok “between the lines”. Kemudian mereka berkongsi ilmu dengan kita semua.

Kenapa saya tak kena tipu dengan emas sejak 2010?

Sebab saya mahir melihat “between the lines”.

Jadi, kalau ada syarikat emas yang offer jual beli emas, tapi produk mereka boleh untung luar biasa banyak.

Please read “between the lines” 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Apa saranan Michael Maloney - penasihat emas dan perak kepada Robert Kiyosaki?

Michael Maloney adalah penulis buku Guide to Investing Gold and Silver. Lebih pentingnya, beliau merupakan penasihat emas dan perak kepada Robert Kiyosaki.

Dan dalam buku beliau yang diterbitkan pada tahun 2008 – 16 tahun lalu, Maloney menasihatkan pelabur untuk melabur dalam emas tetapi menggunakan modal sendiri. Jangan pinjam duit untuk melabur dalam emas kerana risikonya amat tinggi.

Jadi bukan saya seorang sahaja yang berkata jangan pinjam duit untuk melabur dalam emas kerana risikonya amat tinggi. Penasihat emas kepada Robert Kiyosaki – Michael Maloney juga bersetuju dengan saya.

Kredit: Tn Azizi Ali
Keratan akhbar lama. Lama x lama mana lah.. Kalau x silap mata saya tahun 2015 rasanya..

*Kisah Dua Kali Miskin*

"Saya teringat gemulah ayah mertua saya, Dia pernah menceritakan kepada saya yg ketika Jepun mendarat di Pantai Sabak, dia berumur 14 tahun.

Dia sudah tidak bersekolah kerana dia tidak naik naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk tiga tahun berturut turut. Dia meminta modal daripada emaknya utk memulakan perniagaan.

Emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di Sg Kelantan.

Mula mulanya dia berniaga budu. Perniagaannya berkembang.

Pada akhir pemerintahan Jepun, dia sudah berniaga bermacam macam termasuklah atap & balak di sepanjang Sg Kelantan. Pada waktu pemerintahan Jepun, antara teman yg ditemui di Kota Bharu ialah Al Marhum Raja Perlis. Baginda ketika itu berniaga manisan ( gula melaka ) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni guni duit gambar pohon pisang yg dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lg.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British & Jepun.

Walaupun Barat kalah di semenanjung, duit pound Amerika tetap laku kerana ia emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun kerana ia kertas

Menarik kan cerita ni?
Kongsikan ye dengan kawan2

Artikel tulisan;
YB Husam Musa.
bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan,
Antara tulang belakang kpd kewujudan Dinar Kelantan.
Kos menunaikan haji secara muassasah tahun ini bersamaan dengan 100g emas.

Mula kumpul emas hari ini sementara menunggu giliran haji sampai. InsyaAllah dengan kenaikan melebihi 10% setiap tahun tuan-puan akan dapat capai nilai yang diperlukan untuk menunaikan haji dalam masa yang cepat.
Tahniah kepada dealer-dealer Public Gold.

Sebab bulan lepas (April 2024) adalah bulan serbuan emas yang sangat luar biasa.

Orang ramai berpusu-pusu beli emas fizikal.

Namun, orang ramai dah tak nak serbu emas bunian ganda-ganda 10 dengan janji untung luar biasa.

Kerana sudah terbukti emas bunian bermasalah.

Sebab bila nak jual maka masalah mulai timbul. Dah nak masuk 6 bulan penjual emas bunian tak dapat duit. Semua terpaksa sabar menunggu.

Lepas tu company boleh lagi offer lagi emas bunian dan cakap kalau customer jual, akan ambil masa sehingga 6 bulan untuk dapat duit.

Takkan lepas jual kena tunggu setengah tahun untuk dapat balik duit?

Untuk dealer Public Gold yang aktif mendidik customer dengan ilmu emas yang betul, tepat dan selamat, maka anda dapati bisnes anda akan berkembang yang luar biasa.

Customer akan puas hati. Mereka beli emas, mereka dapat emas. Mereka simpan sendiri. Straightforward aja bisnes model Public Gold nie.

Jadi, bersyukurlah.Lahirkan tenaga syukur dalam diri anda.

Syukur sebab anda pilih bisnes yang betul.

Syukur sebab pilih syarikat yang betul.

Syukur sebab anda boleh bantu rakyat Malaysia simpan emas yang betul, tepat, selamat dan tiada risiko kena sidai 6 bulan.

Sebagai orang yang dah 16 tahun dalam bidang emas (sejak 2008), saya sentiasa bersyukur.

Jika anda banyak bersyukur maka InShaAllah Allah SWT akan tambah nikmat kepada anda.

Ini ingatan untuk saya juga 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
Assalammualaikum dan PAGI

#AuraGaji

TIPS MILIKI ASET SETIAP BULAN!

1. Saya doakan anda semua mendapat keberkatan dari apa saja sumber pendapatan anda pada bulan ini.

2. Saya ingin berkongsi 1 tip bagaimana anda boleh memanfaatkan pendapatan anda supaya ia tidak bocor dan kekal lebih lamaaaaaaa.

3. Apa saja gaji atau pendapatan anda, ASINGKAN TERUS sekurang-kurangnya 10% daripadanya untuk ditukarkan kepada aset mampu milik yang bernilai tinggi seperti EMAS.

4. Dengan cara ini, gaji anda tidak habis, simpanan anda kalis inflasi dan anda mula mengumpul aset sebagai harta, bulan demi bulan.

5. Anggap saja ia adalah simpanan untuk dilupakan atau forgotten saving.

5. Percayalah, satu hari nanti anda sendiri akan terkejut dengan harta yang anda ada padahal gaji anda biasa² saja.

LipLap LipLap Simpanan Masa Depan

Selamat mencuba! 😍

Insyaallah🌹
“Asyik-asyik cakap pasal emas ja. Asyik-asyik suruh orang simpan emas. Jaga-jaga nanti takut jadi tamak macam Firaun pula”

Banyak perkara yang perlu direnung sebelum gopoh dalam menilai sesuatu seperti emas, lalu dikaitkan dengan duniawi semata-mata.

Tamak atau tak kita yang tentukan. Apa salahnya kalau simpan emas jika dengan simpan emas dapat menjadikan kita lebih baik dari segi pengurusan kewangan.

Berdasarkan pembacaan, testimoni penyimpan dan pengalaman sendiri, emas terbukti merupakan medium yang dapat membantu pengurusan kewangan seseorang jadi lebih baik.

Jika anda mampu simpan wang tunai secara konsisten untuk capai matlamat anda, silakan dengan cara tersebut.

Bagi mereka yang tidak mampu simpan dengan cara tu, boleh pilih emas sebagai medium untuk anda menyimpan.

Sesungguhnya kaya itu mulia di sisi Allah jika dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah.

#NotaEmas
Kredit : Puan Rohayati