Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.41K photos
112 videos
2 files
402 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Gais.

Saya nak share sikit.

Ada berita penting yang keluar pada 16/5/2024 yang boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Ia berkenaan penjualan hutang US oleh China dalam bentuk US Treasury Bond dan Agensi Bon US dalam kadar yang besar.

Untuk suku tahun pertama tahun 2024, China telah menjual sebanyak USD53.3 billion hutang US. Dengan kata lain, China tidak mahu membeli hutang kerajaan US malah mula menjualnya secara besar-besaran.

Kemudian, China juga telah mula meningkatkan rizab simpanan emas mereka. Dalam jangka masa panjang, belian emas oleh bank pusat China akan meningkatkan harga emas.

Dengan kata lain, permintaan emas fizikal oleh bank pusat China dan negara-negara yang mempunyai hubungan baik bakal meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, sekarang hubungan diantara China dan US menjadi semakin dingin.

Ini disebabkan oleh perang perdagangan US vs China sejak zaman Donald Trump, sokongan China kepada Russia dalam perang Russia vs Ukraine dan juga sekatan perdagangan keatas China oleh pentadbiran Joe Biden.

Saya berpendapat, situasi yang berlaku sekarang boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Namun dalam jangka masa pendek harga emas boleh jatuh disebabkan data ekonomi, data inflasi dan juga kadar faedah US.

Jadi, untuk pelabur emas fizikal.
Buy and hold. Beli dan simpan emas fizikal elok-elok untuk jangka masa panjang.

Untuk pembeli emas bunian ganda-ganda, anda boleh berdoa banyak-banyak.

Sebab pembeli emas bunian boleh kena sidai 6 bulan selepas menjual emas. Payment tak dapat.

Ingat! Jika tersalah pilih syarikat dan tersalah pilih produk emas, anda akan sakit hati dan sakit poket.

Ok gais, sila baca berita 👇

Artike asal di sini:

https://theedgemalaysia.com/node/711847

China sells record sum of US debt amid signs of diversification
By Masaki Kondo & Iris Ouyang / Bloomberg

(May 16): China sold a record amount of Treasury and US agency bonds in the first quarter (1Q), highlighting the Asian nation’s move to diversify away from American assets as trade tensions persist.

Beijing offloaded a total of US$53.3 billion (RM249.59 billion) of Treasuries and agency bonds combined in 1Q, according to calculations based on the latest data from the US Department of the Treasury.

Belgium, often seen as a custodian of China’s holdings, disposed of US$22 billion of Treasuries during the period.

China’s investments in the US are garnering renewed investor attention amid signs that tensions between the world’s largest economies may worsen.

President Joe Biden has unveiled sweeping tariff hikes on a range of Chinese imports, while his predecessor Donald Trump said he might impose a levy of more than 60% on Chinese goods if elected.

“As China is selling both despite the fact that we are closer to a Federal Reserve rate-cut cycle, there should be a clear intention of diversifying away from US dollar holdings,” said Stephen Chiu, the chief Asia foreign-exchange and rates strategist of Bloomberg Intelligence. “China’s selling of US securities could speed up as US-China trade war resumes”, especially if Trump returns as president, he said.

With China selling dollar assets, its holdings of gold have risen in the nation’s official reserves.

The share of the precious metal in the reserves climbed to 4.9% in April, the highest according to central bank data going back to 2015.

China and countries with close ties to it have increased their holdings of gold in foreign-exchange reserves since 2015, while countries in the US bloc have kept them broadly stable, Gita Gopinath, the first deputy managing director of the International Monetary Fund, said in a speech this month. “This suggests that gold purchases by some central banks may have been driven by concerns about sanctions risk,” she said.

Kredit: tn syukor
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri.

Contohnya, anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah. Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasSyukorHashim
Jim Sinclair, juga dikenali sebagai James Sinclair, adalah tokoh utama dalam dunia kewangan selama beberapa dekad.

Beliau dikenali kerana kepakaran dalam logam berharga, khususnya emas, dan kemampuannya untuk meramal trend pasaran.

Sinclair memulakan kerjayanya pada awal tahun 1960-an sebagai broker saham dan kemudian terlibat dalam perdagangan komoditi.

Sepanjang kerjayanya, Sinclair adalah penyokong tegar terhadap emas sebagai simpanan nilai dan pelindung nilai terhadap ketidakpastian ekonomi.

Beliau terkenal dengan pendirian bullishnya terhadap emas, sering meramalkan peningkatan harga yang signifikan dan menyokong pemilikan emas fizikal sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan.

Beliau telah menulis banyak artikel dan penerbitan mengenai pelbagai topik dari dasar monetari hingga geopolitik global, berkongsi perspektifnya tentang bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi pasaran kewangan.

He loves gold and gold love him 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah guru emas saya, allahyarham En. Abdul Halim bin Abdul Hamid.

Beliau adalah bekas lecturer untuk subjek Finance and Islamic Banking, Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU).

Saya kenal En. Abdul Halim tahun 2008 sebab saya juga staff MMU. Cuma saya kerja bahagian administrative.

Beliau aktif mengajar tentang emas, perak, dinar dan dirham. Kalau anda search kat YouTube, anda boleh jumpa video beliau.

Saya belajar secara bersemuka dengan beliau di biliknya. Beliau sangat menekankan pemilikan emas dan perak fizikal.

Sebab dinar dan dirham yang digunakan oleh umat Islam adalah emas fizikal.

Bagi beliau, emas dan perak adalah wang yang sebenar. Emas dan perak adalah harta sebenar.

Sehinggakan beliau bagitau saya , bahawa emas nie adalah harta untuk dipegang selamanya. Kalau nak pakai duit, gadaikan emas dan ambil duit, lepas tu bila ada duit maka tebus semula emas tersebut.

Jika dah di hujung hayat, emas tu anda boleh wariskan kepada zuriat dan keturunan anda. Biar mereka pula memegang emas tersebut sebagai harta mereka.

Sudah tentu anda perlu mengajar zuriat keturunan anda tentang ilmu emas yang betul supaya mereka simpan emas dengan ilmu.

Bagi guru emas saya, kita mesti back to basic. Emas bermaksud logam berharga yang berwarna kuning, ada fizikalnya dan anda simpan sendiri.

Sepanjang tahun 2008 sehingga sekarang, saya lihat banyak model simpanan emas / pelaburan emas yang lingkup dan bermasalah asbab lari dari konsep asas simpanan emas.

Contoh beberapa bisnes model yang saya pernah tengok.

1. Syarikat emas yang jual emas guna teknik 30:70 yakni pembeli bayar 30% harga emas, lepas tu syarikat bawa ke emas tu ke arrahnu dan gadaikan.

Duit gadaian company ambil. Emas tu dalam Arrahnu, tapi atas nama pembeli.
Dalam kes nie pembeli terlibat dengan hutang dan upah simpan.

Bisnes model nie dah tak tak dengar sekarang. Sebab lebih kepada menguntungkan company sebab boleh push sales tapi boleh jadi perangkap hutang kepada pembeli.

2. Customer beli emas, lepas tu serahkan emas kepada company untuk didagangkan.

Kononnya company terrer jual beli emas ikut analisis teknikal. Jadi company akan generate untung trading kononnnya. Lepas tu company akan share untung dengan customer setiap bulan. Kononnya kalau customer simpan sendiri kurang untung. Kalau serah balik kat company untuk didagangkan = lebih untung.

Bisnes model nie pun dah melingkup.

3. Customer beli emas pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran. Customer ambil emas. Namun setiap bulan customer akan dapat bayaran untung setiap bulan daripada company.

Kontrak biasanya 3 bulan. Lepas tu customer boleh jual balik emas ikut harga semasa. Ataupun renew balik kontrak selama 3 bulan dan dapat untung lagi selama 3 bulan.

Model nie pun dan melingkup.

Ps: Ada beberapa variable model seperti nombor 3, hampir serupa. Semua melingkup.

4. Customer beli emas, tapi kena tunggu. Semakin lama customer sanggup tunggu maka semakin murah harga yang mereka dapat.

Contoh. Harga emas RM340 segram. Namun kalau anda sanggup tunggu 1 bulan, harga segram jadi murah RM320 segram. Kalau tunggu 2 minggu, harga RM335 segram. Kalau nak emas murah maka kena sanggup tunggu lama.

Lepas tu, bila emas dah sampai, company offer pulak. Kalau anda jual balik kat company, mereka akan beli balik pada harga tinggi dari harga pasaran.

Tapi anda kena tunggu payment dalam masa seminggu sehinggalah sebulan. Semakin lama delay, semakin tinggi harga buyback yang ditawarkan.

Bisnes model nie dah melingkup. Kalau nak tahu, nie model bisnes Tok Belagak.

Waktu tengah rancak, mereka nie tak boleh ditegur langsung. Dikatanya kita jealous dengan syarikat bumiputera Islam. Agen mereka cakap sales syarikat competitor mereka merudum sebab ini bisnes model ini ini kononnya mengubah lanskap emas Malaysia.

Lepas 2 tahun ajer, semua melingkup.

5. Customer beli emas sikit, tapi dapat banyak ganda emas. Gamenya adalah, bila harga emas naik, maka customer boleh jual emas dan dapat untung berganda.

Customer yang terlibat dengan model ini dah mula nampak masalah.
Sebab bila ramai-ramai jual ketika harga emas mahal, maka payment jadi sangkut beberapa bulan. Jadi masing-masing kena sabar menunggu.

Ini adalah contoh sebenar… bila membeli emas.. kena belajar bersabar 🤭

Sudah 16 tahun saya belajar dengan guru emas saya, saya dah lihat banyak syarikat datang dan pergi. Banyak personaliti dalam emas datang dan pergi.

Saya pegang ilmu guru emas saya. Back to basic. Beli emas mesti ada emas.

Urusniaga emas mesti straight forward. Kalau ada bengkok sikit ajer, ia akan lingkup dan bermasalah.

#NotaEmasSyukorHashim
Mentaliti pembeli emas Public Gold simple sahaja.

i. Beli emas.
ii. Dapat emas.
iii. simpan sendiri.

Tak perlu takut hilang, sebab emas fizikal nie kecil aja. Boleh sembunyikan kat rumah. Kalau rindu, boleh check bila-bila masa.

Kalau company tolong simpankan, ada risiko mereka simpan di alam bunian.

Macammana nak tahu? Senang ajer kalau nak tahu.

Emas tu anda takkan nampak fizikalnya sampai kesudah. Settlement beli dan jualan adalah dalam tunai. Berat emas adalah dalam bentuk digit dalam akaun.

Penting untuk simpan emas sendiri. Sebab takde risiko pihak ketiga.

Apa contoh risiko pihak ketiga? Risiko pihak ketiga adalah risiko daripada pihak lain yang menjual dan membeli emas anda dan diluar kawalan anda.

Kengkadang anda tak tahu risiko pihak ketiga, sehinggalah tetiba berlaku masalah. Kemudian barulah anda sedar kewujudan pihak ketiga.

Contoh mudah, ada pembeli emas Public Gold target nak beli 1.5kilo emas.

Bila harga turun sikit, dia beli 500g x 2 pc. Lepas tu ambil fizikal. Kat sini dia dapat emas fizikal dan percuma gold bar 1gram x 2 pc, hadiah dari Public Gold.

Bila harga cantik lagi, dia beli lagi 1kg. Ambil fizikal. Kemudian dia simpan sendiri.

Bila harga emas naik, dia jual emas fizikal, dia dapat duit.

Ini adalah kaedah back to basic.
InShaAllah boleh tidur lena.

Kredit gambar kepada Sadiqin Sulong sebab order 250g x 2 nie adalah customer dia. Saya pinjam.

#NotaEmasSyukorHashim