Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
1 G R A M P E R T A M A

1 gram pertama amat penting untuk kita ada ‘benchmark’ harga, selagi kita belum mula simpan emas selagi itulah kita akan fikir emas itu mahal.

Bila dah ada benchmark harga, baru kita tahu emas sekarang murah atau mahal. Pada tahun 2000 orang tetap emas mahal walaupun harga emas waktu tersebut cuma RM30 per gram!

Bagi orang yang mula simpan emas tahun lepas harga RM300 per gram, harga hari ini adalah murah. Bagi yang mula simpan emas pada 6 tahun lepas harga RM150 per gram, harga hari ini adalah mahal.

Mahal atau murah harga emas tidak sama untuk setiap orang, bila dah mula simpan baru kita akan faham maksud mahal atau murah harga emas.

1 gram boleh jadi simpanan, konsisten kumpul #satugramsatubulan genap setahun dah ada 12 gram.

1 gram juga boleh jadi titik permulaan untuk kita kenal syarikat emas yang kita berurusan, bila dah yakin barulah boleh melabur beratus-ratus gram emas dengan tenang.

1 gram juga boleh dijadikan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan emas, borong beratus keping 1 gram dan jual untuk dapat untung jual beli emas.

Nak untung banyak kena ada banyak keping 1 gram, kalau ada macam-macam edisi 1 gram lagi berpotensi untuk untung maksimum.

Untung jual 1 gram memang tak sama dengan untung jual 100 gram, untung 1 gram edisi classic tak sama dengan untung 1 gram edisi YDPA. Hehehe.

Salah satu keunikan simpan emas adalah boleh ‘rolling’ simpanan emas sementara tunggu harga emas naik, kiranya dapat untung 2 dalam 1; untung niaga dan untung kenaikan harga emas.

Itulah potensi keuntungan simpanan 1 gram yang kita boleh dapat, 1 kg emas bermula dari 1 gram pertama. Mula simpan dengan 1 gram jauh lebih baik dari tiada simpanan langsung. Adehhh!

Nak simpan emas 1 gram hari ini amatlah mudah, dengan bajet serendah RM100 hari dah boleh kumpul gram emas dalam akaun simpanan (GAP) dan keluarkan emas fizikal bila dah cukup gram.

Saya cuma kongsikan keuntungan yang saya dapat dengan 1 gram emas, dengan kaedah yang betul 1 gram tetap boleh jana keuntungan yang banyak

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Insyaallah.

Kredit Tn Sadiqin Sulong

Untuk info atau maklumat terkini tentang Public Gold dan Simpanan EMAS, lebih mudah terus ke PAGE rasmi saya, klik link di bawah :-

https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00540198
💯JOM TUKAR MINDA KITA KEPADA MINDA GOLD SAVERS🤩🥳
Untuk memulakan simpanan 1 gram pertama, kita mesti ada matlamat utama. Bukan sekadar ikut trend semasa.

Jika kita hanya ikut trend, orang simpan emas kita pon nak simpan emas, mungkin lama kelamaan kita jadi mudah bosan menyimpan emas.

Emas tak boleh beri keuntungan dalam jangka masa singkat. Peram emas minimum 2-3 tahun baru anda nampak kelebihan emas.

Saya bermula dengan menyimpan rm100 dalam akaun GAP. Ketika itu hanya dapat beli 0.3 gram emas. Setiap bulan saya konsisten alihkan rm100 kepada bentuk emas.

Betul lah kata orang, simpan emas ni jadi satu ketagihan. Saya rasa puas bila gram makin bertambah. Sampai saya paksa diri lupakan shopping barang-barang yang bukan keperluan.

Setiap sen, setiap ringgit yang saya ada, saya akan utamakan untuk tambah gram emas di GAP akaun.

Cukup 20 gram, saya withdraw dalam bentuk emas fizikal. Saya bukan peminat emas perhiasan, jadi ini salah satu cara saya untuk bekukan aset dalam bentuk goldbar 999.9.

Anda nak tahu cara buka akaun GAP serendah rm100? Tiada yuran keahlian, tiada komitmen bulanan..

Boleh layari website saya di https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00540198
#TabungEmas

"Bang, mana bagus simpan bang. Barang kemas atau gold bar nie bang?"

"Jika nak bagi mertua sayang, simpanlah barang kemas. Balik kampung dah boleh rentas daerah nie. Dia mesti kagum punya"

"Hahahah memang begitu bang, kalau tangan bini kosong dia perasan"

"Kalau nak jadi pelabur dan penyimpan nilai yang baik, simpanlan syiling emas, dinar dan bar emas. Ia lebih baik dari segi nilainya"

"Tapi, bini saya suka barang kemas bang?"

"Ada dua pilihan, bagi isteri suka dalam masa sama didik dia tentang nilai emas. Isteri sayang , emas pun tak melayang"

Kawan kawan,

Belajar simpan emas yang betul dan baik untuk masa depan. Harga emas tengah rendah ini. Jika nak simpan, ini masanya untuk kita menyimpan emas.

Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Jangan tukar semua simpanan duit kita menjadi emas. Tukar antara 10%-20% sahaja simpanan bersih menjadi emas. Beli emas dengan duit yang dalam tempoh 3-5 tahun kita tak akan usik dan guna.

12. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas
#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.

Nak register akaun emas? Klik link di sini;

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00540198
#TabungEmas

MENGAPA PERLU SIMPAN EMAS SEBELUM DARURAT?

1. Bila keadaan ekonomi tidak pasti dan jelas, ramai orang akan memilih emas sebagai instrument pelaburan yang paling selamat dan stabil.

Ini disebut ‘Safe Haven’ sebab ia akan selamat selagi berada didalam tangan kita.

2. Beli emas mesti ada tujuan, sebagai simpanan untuk kahwin, folio pelaburan, menjaga nilai aset kita, sebagai simpanan hari tua.

3. Beli emas tidaklah rugi, walau harganya jatuh selagi kita tak jual kita belum cipta kerugian. Ia pelaburan jangka panjang.

4. Ramai orang beli emas untuk untuk disimpan sebagi persediaan menghadapi bencana kewangan.

Bila darurat diistiharkan biasanya nilai matawang sesebuah negara akan jatuh dan emas antara penyelamat nilai yang kita ada.

Kita WAJIB SIMPAN EMAS.

Satu lagi, gegadis sangat suka dengan emas ini. Bila mereka tanya apa pelaburan kita.

"Saya sedang himpun emas untuk hantaran kita hidup bersama nanti".

Mereka tentu 'cepat lemas' bila dengar jawapan kita.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00540198
Forwarded from Muni
Channel photo updated