Ramai yang sanggup buat hutang baru semata-mata nak merasa kereta baru, padahal yang 'baru' tu tak kekal lama.
Bagi saya, bau baru, rasa teruja sementara, selak langsir jenguk kereta tersayang, pujian melambung kawan-kawan - semua tu akan hilang dalam beberapa bulan. Mungkin 10 bulan sahaja. Yang tinggal, cuma komitmen bayaran yang ditanggung beribu sebulan.
Mengikut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 27% kes kebankrapan melibatkan hutang kenderaan. Kenapa? Sebab ramai terperangkap dengan hutang yang mereka tak sangka akan membebankan kewangan jangka panjang.
Bayangkan kalau duit bayaran bulanan tu disimpan sebagai aset. Dalam lima tahun, mungkin dah cukup untuk beli kereta idaman - cash. Bukan setakat kereta, malah boleh bina dana kecemasan, belanja anak-anak masuk universiti dan tak perlu risau duit bersara nanti.
Kereta lama walau tak secantik mana, tapi bebas beban hutang. Hati tenang, jiwa lapang. Duit yang ada boleh disimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Kita tak kejar gaya hidup, tapi kita kejar kualiti hidup yang lebih stabil dan bebas kewangan.
Statistik menunjukkan bahawa harga kereta susut nilai sekitar 15-20% setahun, dan selepas 5 tahun, nilainya boleh jatuh sehingga 60% dari harga asal. Itu belum lagi termasuk kos penyelenggaraan, insurans, dan cukai jalan—semua tu duit kita yang terbakar setiap tahun.
Bukan salah beli kereta kerana ia keperluan. Tapi ramai orang menyesal beli kereta berbanding tak beli kereta.
Oleh itu pilihlah ketenangan hidup, bukan tekanan hutang.
#AAR

Macam Mana Bank Buat Duit Dengan Duit Kita?
Ramai orang tertanya-tanya bagaimana bank buat untung dari duit kita? Jom kita kaji.
1. Apabila kita simpan duit dalam bank ia bermaksud kita serahkan kepercayaan kepada bank untuk uruskan duit kita.
Contohnya kita simpan RM10,000 dalam akaun simpanan. Duit tu bukan duduk saja. Bank tak simpan bawah bantal.
2. Bank akan guna duit simpanan kita untuk bagi pinjaman kepada orang lain contohnya pinjaman rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya.
Daripada pinjaman tu, bank kenakan faedah. Riba bagi bank konvensional atau margin keuntungan bagi bank Islam.
3. Kalau bank beri pinjaman RM10,000 dengan kadar 6% setahun, mereka dapat RM600 keuntungan. Untung dari duit yang kita simpan tadi.
Daripada keuntungan tu, bank mungkin beri kita sedikit faedah simpanan (e.g. 1% atau RM100), tapi baki besar jadi untung bersih bank.
4. Duit yang kita simpan jadi ‘modal’ bank untuk kaut keuntungan. Bank “rolling” duit tu banyak kali, sebab duit yang kita simpan tak dikeluarkan serta-merta.
Sebab itu bank perlukan kita saving.
Jika ramai orang keluarkan duit simpanan untuk beli emas fizikal, bank akan kehilangan ‘bahan mentah’ untuk produk hutang mereka.
Maka, bank terpaksa cari jalan supaya duit tu tak keluar dari sistem. Mereka akan keluarkan pelbagai produk. Salah satunya ialah cipta akaun emas digital yang patuh syariah.
Saya lebih suka pegang sendiri emas fizikal. Bila kita simpan emas, kita keluarkan duit daripada sistem hutang. Cukuplah bank tu untuk buat loan rumah dab kereta.
Bagi saya simpan emas fizikal bukan sekadar simpanan ia juga satu bentuk ‘exit’ dari sistem hutang berterusan.

Respon: Mati Nanti Satu Sen Pun Tak Sempat Merasa
Maaf cakap tapi pemikiran macam ni sangat berisiko. Tak perlu pelik kak.
Orang yang gigih menabung ni dia bukan takut mati. Mereka cuma tak nak hidup dalam kesusahan sebelum mati. Bayangkan dilahirkan keluarga susah tapi dah bekerja takkan nak hadap susah lagi.
Dan dia menabung guna duit dia dan untuk masa depan dia.
Kalau semua duit gaji dibelanja demi ‘nikmat hidup’, bagaimana nak hadapi waktu gawat, bila sakit datang tiba-tiba, bila hilang kerja, bila anak nak masuk universiti?
Nak tambah hutang lagi?
Kita bukan menabung sebab tamak. Kita menabung sebab bertanggungjawab. Sebab hidup ini bukan tentang “aku nak enjoy”, tapi tentang “aku nak jaga amanah yang Allah bagi”.
Nikmat hidup bukan sekadar beli barang mahal dan makan sedap. Nikmat hidup sebenar adalah ketenangan jiwa
bila duit cukup,
bila tak terikat dengan hutang,
bila anak-anak tak perlu risau masa depan.
Dan lagi satu, orang yang menabung hari ini, dia akan lebih banyak dapat memberi esok hari.
Sebab tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang meminta.
Kita semua akan mati. Tapi sebelum mati, kita nak hidup dengan bermaruah.