Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
BAGAIMANA 100 GRAM GOLDBAR BOLEH JADI TABUNGAN EMAS UNTUK MASA HADAPAN ?

Bayangkan kalau saya cakap, dengan hanya 100 gram goldbar, kalian dah boleh "kunci" masa depan daripada krisis kewangan?

Bunyi macam cerita dongeng kan? Tapi ini realiti kalau tahu caranya.

Saya nak kongsi satu rahsia yang mungkin tak ramai orang nak cerita terang-terang.

Kenapa 100 gram goldbar?

Sebab ini adalah ‘starter pack’ untuk mereka yang serius nak bina simpanan emas yang betul-betul ada nilai. 100 gram bukan kecil anak. Dengan berat ini, dah mula masuk 'liga serius' dalam dunia pelaburan emas.

Harga hari ini? Lebih kurang RM50,000 ikut pasaran semasa.

Mahal? Ya. Tapi mahal itu relatif. Berapa ramai hari ini sanggup ‘burn’ RM50,000 beli kereta baru yang 5 tahun lagi nilai susut tinggal separuh?

Tapi dengan 100g goldbar, insyaAllah 5 tahun akan datang, nilai dia boleh naik lagi.

Okay, soalan seterusnya... kenapa emas?

Emas adalah aset kalis inflasi.
Emas laku di seluruh dunia.
Emas bukan janji-janji palsu — ia WUJUD, boleh pegang, boleh simpan, boleh jual.

Bila duit kertas jatuh nilai, emas tetap maintain atau makin naik.

Sejarah membuktikan, dari zaman Firaun sampai zaman Elon Musk, emas tetap emas.

So macam mana nak jadikan 100g ini sebagai tabungan?

1 . Pecahkan target
Tak perlu terus sambar 100g sekaligus kalau tak mampu. Beli sikit-sikit. 1 gram sebulan pun tak apa. Boleh juga mula serendah RM100
Janji konsisten.
“Consistency beats intensity”.

2. Guna kaedah GAP atau EPP @ Public Gold
Ada banyak platform sekarang yang benarkan beli emas sikit-sikit tanpa perlu simpan di rumah pun. Cukup emas kau dah cecah berat tertentu, baru tebus goldbar fizikal.

3. Kunci mentaliti "menyimpan, bukan melabur" . Ini yang ramai silap. Kalau fikir nak cepat kaya, emas bukan untuk kalian.
Tapi kalau fikir nak ada aset bernilai untuk masa depan (contohnya pendidikan anak, deposit rumah, kecemasan), emas ialah kawan baik kalian.

Bila masa terbaik untuk mula? SEKARANG.

Sebab dalam pelaburan emas, prinsipnya mudah.

"Bukan timing market, tapi time IN market yang buat untung."

Semakin awal mula, semakin banyak boleh kumpul.

Macam mana 100g boleh selamatkan masa depan?

Katakan 5-10 tahun dari sekarang, harga emas RM700/g (sekarang dalam +~RM507/g).

100g = RM70,000

Kalau kau ada kecemasan — kos perubatan, anak nak sambung belajar, nak bayar deposit rumah , kalianada emas bernilai untuk dipajak atau jual.

Tak perlu merayu hutang, tak perlu korek KWSP.

Last sekali, satu pesanan penting.

Bila ada emas dalam tangan, kalian ada pilihan. Orang yang ada pilihan, dia tak panik. Dia tak terdesak. Dia boleh buat keputusan dengan tenang.

100 gram mungkin nampak kecil. Tapi ia boleh jadi ‘pelampung’ paling besar masa depan nanti.

Kau nak tunggu harga emas RM600/gram baru nak mula ke?

Atau nak mula slow-slow hari ini dan lihat sendiri keajaibannya dalam 5 tahun akan datang?

Pilihan di tangan anda. Saya cuma bukakan jalan.
Saya dah mula beli emas. Saya ni penyimpan ke pelabur? 🤔

Soalan ni memang selalu orang tanya. Ramai juga yang baru nak kenal emas masih keliru.

Okay, jom saya explain dengan cara paling ringkas dan santai:

💰 *. Pelabur Emas
Biasanya beli 100 gram ke atas
Fokus mereka: Buy low, sell high
Sebab apa 100g? Sebab spread rendah (sekitar 6%) dan harga per gram lebih jimat
Lagi besar belian, lagi cepat boleh buat untung bila harga naik!

🔐 2. Penyimpan Emas
Beli sikit-sikit ikut kemampuan – 1g sebulan, 10g sebulan, atau 1 dinar sebulan
Fokus utama: selamatkan nilai duit dalam bentuk emas
Tak kisah sangat pasal harga, yang penting konsisten simpan
Boleh capai macam-macam impian: travel, kahwin, rumah, kereta dll.

🎉 BONUS!
Simpan emas secara konsisten, lama-lama cukup 100g, dan automatik anda jadi pelabur juga! 🔁💸

Tak kisah mula sebagai penyimpan atau pelabur – yang penting, mula dulu💪
Berapa yang patut saya mulakan simpanan sebagai orang baru?

Jawapan:
Sekarang mudah.
Boleh ikut bajet masing-masing sahaja.

Ada Rm100 menabung Rm100.
Ada bajet 1gm terus menabung 1gram
Ada bajet beli RM1000 boleh terus top up RM1000
Ada bajet 10gram boleh terus dapatkan secara full payment

Sangat fleksibel dan mudah! Ini yang seronok jadi penyimpan emas di Public Gold.

Yang penting kita dah mula dan kena terus konsisten.

Tahniah yang dah mulakan simpanan emas hari ni!
Tip elak hujung bulan sesak lagi-lagi orang makan gaji, orang lain berkira-kira tunggu gaji, bulan ini masuk kita kekal tenang.

Ikut formula pakar dan mentor ini pasti kita happy sebulan setiap kali hari gaji.

Ramai orang gaji sesak hujung bulan kerana masih gunakan formula menabung lebihan duit gaji.

Ini pesan mentor saya, "jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih" - Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Tukar cara dan mulakan dengan sekecil-kecil kemampuan tapi konsisten. Kalau ikut formula 70:30 ini susah sampai bila-bila kita tiada simpanan.

70% gaji kita boleh gunakan untuk perbelanjaan

30% gaji kita asingkan untuk simpanan

Gaji RM3,000 asingkan RM900.
Gaji RM5,000 asingkan RM1,500.
Gaji RM10,000 asingkan RM3,000

Tak mampu asingkan 30% gara-gara hutang jahat, jangan turun kepada 10% tapi tambah sumber income baru sehinggalah ia cukup tampung keperluan dan belanja keperluan bulanan selepas 30% tabungan.

Kemana nak simpan duit ini? Boleh bahagikan kepada 3 bahagian pula

1. 10% masuk tabung dana tunai kecemasan
2. 10% masuk tabung sinking funds (perbelanjaan bermusim)
3. 10% masuk tabung matlamat jangka sederhana dan panjang.

Kalau dah bekerja bertahun-tahun tapi masih dengan cara bekerja sebulan makan sebulan langsung tiada tabungan, maknanya kita sedang kearah kemiskinan.

Suka tak suka perlu paksa diri. Biarlah kita asyik korek tabungan selepas 3 bulan, sampai satu masa kita akan mula rasa serba salah.

Tip bonus, kalau rasa diri sukar nak kawal nafsu bila nampak duit yang banyak di akaun, boleh cuba cara menabung aset kecil bernilai iaitu emas. Dah ramai harini bermula dengan 10% gaji setiap bulan akhirnya berjaya capai simpanan emas bernilai 4-5 angka setahun.

Nak beli emas dimana? Jangan beli barang kemas sebab tak sesuai spread tinggi dan kos per gram mahal. Jangan beli gold bar 0.2gram atau 0.01gram, walaupun ketulenan 999.9 tapi harga per gramnya mahal!

Mudah dengan akaun emas fizikal 999.9. Antara Bank M atau Public Gold saya suka PG kerana ada satu kaedah Gold Accumulation Programme (GAP) tiada caj simpanan, boleh menabung tanpa paksaan dengan budget serendah RM100.

24/7 withdrawal everywhere, ya boleh keluarkan daripada akaun tanpa perlu susah walk in ke cawangan PG, lebih mudah harini ada lebih 70 Gold ATM Public Gold seluruh Malausia.

Lagi satu the best thing about GAP, ada autodebit set minima RM200 tahu-tahu menang 10g Gold Bar yang harini bernilai RM5,100+ 😍.

Baca artikel mentor saya ini kalau nak sentiasa tenang dab tak sesak hujung bulan:
https://www.mohdzulkifli.com/2023/09/tip-happy-sebulan-setiap-kali-hari-gaji.html
Benda-benda ni kecil je. Tapi kalau biar tiap bulan, dia makan duit kita diam-diam.

Ni 7 benda remeh yang ramai tak sedar, tapi dia buat poket kita bocor! 👇🏻

1. Grab / Foodpanda Hari-Hari

• “Ala order je lah, RM12 je pun.”
• Tapi 20x sebulan? Itu RM240 dah melayang tanpa sedar. Aduduu.

2. Langgan App Yang Tak Guna Pun

• Netflix, Adobe, iCloud, Spotify, tapi tak guna pun.
• Autodebit jalan je tau. Rugi senyap-senyap tiap bulan tu.

3. Beli Benda Sebab Ada Promo, Bukan Sebab Perlu

• “Buy 1 Free 1”, “Diskaun 80%”, terus terjebak.
• Barang tu ada je masuk rumah, tapi tak pernah guna. Duit pun lesap.

4. Topup ShopeePay / TnG Terlebih Bajet

• Konon senang nak bayar. Tapi sebab nampak banyak, terus belanja lebih dari perlu. Haa siapa tuuu.

5. Sering Tertinggal Bayar Bil On Time

• Lambat bayar bil = kena caj lewat.
• Lambat bayar kad kredit = interest makan diri.
• Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

6. Self-Reward “Kecil-Kecil” Yang Terlalu Kerap

• “Baru closing sorang, jom reward Starbucks.”
• Hari ni reward, esok reward. Lama-lama reward tu lebih banyak dari income.

7. Tak Rancang Simpanan, Semua Guna Akaun Sama

• Duit gaji = duit belanja = duit simpan = duit kecemasan.
• Tak asing, tak nampak. Sebab tu semua licin.
• Tip: asing siap-siap dalam Akaun GAP emas. Tak nampak, tak usik.

Kadang kita tak boros. Kita cuma tak sedar duit keluar sikit-sikit. Sampai satu masa, dompet dah kering.

Jom sama-sama audit balik duit kita bocor kat mana. Sebelum menyesal bulan depan.
Recap sejarah harga emas sepanjang bulan April
Orang lain dah ada bergram-gram emas. Anda bila lagi? Masih menunggu harga turun?

Asik menunggu akhirnya duit habis dibelanjakan.
Mulakan simpanan emas sekarang.☺️
𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗬𝗣𝗘 𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗡𝗜?

Sebenarnya, kita tak akan faham seronoknya menabung emas selagi kita tak mula.

Sebab 2 benda yang buat kita menang dalam tabungan emas ialah:
1. Bermula
2. Konsisten

Kalau bermula sahaja namun tak konsisten, memang susah juga nak cakap apa.
Susah nak ke mana-mana.

Jumlah gram emas tak akan bertambah dengan sendiri nya kalau kita sendiri tak tambah.

Walaupun emas naik tinggi, sudah tentu untung nya tak sama berbanding dengan orang sentiasa tambah dan tambah tabungan emas mereka.

Contoh dalam 5 tahun menabung emas, dan ada kenaikan RM 200 segram.

Seorang hanya ada 1 gram.
Untung RM 200.

Dan seorang lagi ada 250gram.
Untung RM 50,000!

Jauh kan bezanya?!
Sebab itu, bila kita menabung emas, fokus kita pada pertambahan gram emas.

Bila emas sentiasa bertambah. Apa kita dapat?

1. Memiliki aset yang banyak
2. Duit simpanan tak mudah bocor.
3. Untung pada pemurataan harga
4. Menikmati kenaikan harga emas untuk jangka masa panjang.

Dah fahamkan?
Jom bermula hari ni ya 😊
Selalu kita dengar orang bincang mana lagi bagus: simpan emas atau beli tanah?

Ada yang kumpul emas sampai berkilo-kilo.
Ada pula yang beli tanah berekar-ekar. Hebat kan?

Tapi sebenarnya, dua-dua pilihan tu bagus. Tak ada yang salah.
Sebab dua-dua adalah aset, bukan liabiliti — asalkan tahu cara urus.

Yang penting, kita pandang dari sudut positif.
Aset macam emas & tanah ni bukan jaminan terus jadi kaya,
tapi boleh jadi pelindung kewangan di masa depan.

Cuma satu je nak pesan…
Jangan beli ikut nafsu atau sebab orang lain beli.
Beli ikut kemampuan kita.
Tak guna beli tanah luas tapi dibiarkan kosong. Sama macam emas — beli tapi tak simpan konsisten, rugi juga.

Kalau rasa tanah terlalu mahal,
saya nak kongsi satu tips mudah…

Emas boleh mula serendah 1 gram je.
Tak perlu tunggu ada ribu-ribu.

Malah, dengan RM100 pun dah boleh mula simpan emas melalui Akaun Simpanan GAP.
(Harga 1 Mei 2025: RM100 = 0.2045 gram)

Nak 10 gram? Mula dengan 1 gram.
Nak 100 gram? Mula dengan 1 gram juga.
Nak 1 kilogram? Ye betul… tetap mula dengan 1 gram.

Batu pertama itu permulaan kepada sebuah bangunan.
Kalau tak mula, sampai bila pun kita tengok je orang lain simpan.

Dapat sesuatu hari ni?

Kredit: Khairuddin Ariffin
𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐯𝐬 𝐊𝐈𝐋𝐎
Duit Banyak Tapi Tetap Tak Cukup?

Nak tahu kenapa simpan duit rasa macam makin miskin?

Lihat ni:
• 1999: RM1 juta = 25 KILO EMAS
• 2010: RM1 juta = 7 KILO EMAS
• 2015: RM1 juta = 6 KILO EMAS
• 2020: RM1 juta = 4 KILO EMAS
• 2022: RM1 juta = 3.5 KILO EMAS
• 2024: RM1 juta = 2.7 KILO EMAS
• 2025: RM1 juta = 1.9 KILO EMAS

Duit sama RM1 juta, tapi makin lama makin SUSUT nilai.

Kenapa?
Sebab INFLASI senyap-senyap curi nilai duit kita tiap tahun.

Tapi EMAS lain cerita…
Berat sama, nilai makin padu!

25 kilo emas yang dibeli tahun 1999 tu, skrg nilainya dah jadi Rm12.6 juta. 😱

Mesej penting:
• Simpan duit? Rugi besar
• Simpan emas? Senyum besar

Nak kekalkan KUASA BELI?
Nak simpan harta yang tak lapuk dek zaman?
ALIH DUIT ANDA KE EMAS SEKARANG.
𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞? 𝗜𝗡𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦!

Setiap kali gaji masuk, itu bukan hanya waktunya untuk belanja — tapi juga peluang terbaik untuk menambah tabungan emas anda!

Dulu mentor saya pernah pesan satu perkara yang saya pegang sampai sekarang:

“𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗴𝗮𝗷𝗶, 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀. 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮.”

Kita sering tunggu “duit lebih” untuk menyimpan. Tapi realitinya, duit lebih itu hampir tak pernah datang. Sebab makin banyak kita ada, makin banyak kita nak belanjakan.

Kuncinya adalah utamakan simpan dulu, belanja kemudian. Apa yang kita simpan, itu membina kekayaan kita. Tapi apa yang kita belanjakan, hanya menambah kekayaan orang lain.

Para pakar kewangan pun setuju “simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda setiap bulan untuk:
1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting akan datang

Kalau anda berminat nak simpan sebahagian daripada 10% itu kepada Emas, boleh disimpan melalui #AkaunEmasGAP di Public Gold. Modal permulaan serendah RM100 pun dah boleh mula.

Kaedah terbaik untuk kita mula simpan Emas adalah melalui 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗚𝗔𝗣 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗚𝗼𝗹𝗱…

Kita boleh mula simpan Emas dengan 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold...
Hati-hati beli emas daripada tangan orang lain.

Bimbang emas itu emas curi. Kalau emas curi, kita pun tersabit kesalahan membeli emas tersebut.

Tambah pula beli emas dari kenalan online.

Sebab itu saya tak galakkan beli emas dari tangan orang lain. Kalau nak beli, beli di syarikat yang mempunyai reputasi tinggi.

Macamana nak tahu syarikat emas itu mempunyai reputasi tinggi? Semak 7 perkara ini.

1. Beli emasnya,kita akan dapat emas fizikalnya.

2. Cawangannya yang banyak.

3. Stoknya tiada had. Harga emas naik atau jatuh, pembeli boleh beli bila-bila masa.

4. Urusan jual beli mudah dan tak cerewet.

5. Ada panel syariah untuk pantau kaedah pembeliannya.

6. Syarikat beri jaminan untuk beli semula.

7. Emas fizikalnya mudah untuk diarrahnukan.

Kesemua kriteria ini mesti diambilkira sebelum kita buat urusan membelinya.

Semoga kita tidak ditipu dan menanggung kerugiannya..
Sekarang nak check harga emas dah senang. Buka App Public Gold terus nampak harga semasa.

Kami sebagai dealer tak jual emas. Kami ajak dan ajar orang simpan emas dengan betul sehingga mereka jadi kaya dengan emas.

Buang masa kalau kita selalu sibuk dengan harga emas setiap hari.

Ini tip terbukti berkesan yang mentor saya ajar jika nak untung dengan emas;

1. Beli emas guna lebihan yang tak guna dalam masa satu hingga dua tahun

2. Beli emas secara konsisten dan fokus kepada pertambahan gram

3. Beli emas untuk tujuan simpanan jangka panjang minimum 2-3 tahun dan ke atas

Bila gram emas bertambah baru lah aset kita makin bertambah.
#TabungHutang

DUNIA SEDANG DILIPAT?

1. Tanpa kita sedar, kita bukan bekerja untuk majikan kita lagi.

2. Bank ciptakan produk produk hutang agar kita lama 'bekerja' buat mereka dan kekal setia. Mereka adalah majikan baru kita.

3. Bank tak hasilkan rumah, bank hanya jual rumah pemaju dan kita beli dengan berhutang.

4. Setiap tahun bank kekal untung, tetapi kakitangan bank tetap ada yang diberhentikan atau diberikan pilihan berhenti.

5. Bank mula memperkenalkan dan memperkasakan perbankan online.

Tanpa bantuan manusia atau bantuan kakitanganya, kita akan mula membayar hutang secara bijaksana.

6. Hutang hutang ini dalam tempoh yang lama, ada yang 30-35 dan 40 tahun pun ada.

7. Kita akan setia membayar hutang ini selama tempoh kita kekal kerja atau sama usia kerja kita.

8. Dengan teknologi AI dan sistem online, bank semakin tidak perlukan manusia (kakitangan sebenarnya). Kita yang kerja gomen atau swasta yang bekerja buat bank menjadi kaya raya sebenarnya.

9. Cukup bulan dapat gaji, kita akan setia membayar hutang hutang ini. Jika lewat, ada kadar penalti menanti untuk dikena.

10. Kita tidak pernah bekerja dengan bank, tanpa kita sedar kita menjadi sebahagian dari keuntungan bank dan setia menjana keuntungan buat mereka.

Kawan kawan,

Tulisan ini tentang hutang.

Tanpa kita sedar, majikan kita adalah bank. Kita kerja hanya untuk bayar hutang bank.

Bank tak perlu risau, jika kita gagal bayar. Apa sahaja boleh jadi hak mereka.

Jangan berlebihan menjana hutang. Fahami bahawa jika kita beli sebuah rumah dengan harga RM600k, bagi tempoh 20 tahun kita biasanya kita membayar RM1.2 juta sahaja.

Jika 30 tahun, nilainya menjadi 3 kali ganda.

Dunia sedang dilipat, kita semua adalah mangsa jika kita tidak memahami lipatannya.

Bank mula menjadi majikan kepada semua.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

APA ITU 'LOSS AVERSION' DALAM KEWANGAN?

Loss aversion ialah kecenderungan manusia untuk 'lebih takut kehilangan' sesuatu berbanding rasa seronok bila dapat keuntungan yang sama nilai.

Dalam erti lain: kerugian RM100 lebih menyakitkan daripada kegembiraan dapat RM100 tambahan.

Contoh Loss Aversion dalam Kewangan:

1. Takut Jual Saham Rugi

Situasi:
Seseorang beli saham pada harga RM2.00, kini harga jatuh ke RM1.40.

Loss Aversion:
Walaupun dia tahu syarikat bermasalah dan rugi akan terus meningkat, dia enggan jual kerana tak sanggup ‘melihat kerugian’ direalisasikan. Dia lebih rela tunggu dan berharap, walaupun risiko lebih besar.

2. Tak Berani Melabur Langsung

Situasi:
Seseorang ada simpanan RM10,000 tapi langsung tak melabur dalam emas, unit amanah atau saham.

Loss Aversion:
Disebabkan takut duit berkurang (walaupun berpotensi untuk berkembang), dia pilih simpan sahaja dalam akaun biasa — padahal nilai wangnya susut disebabkan inflasi.

Faham setakat itu bang?

Contoh dalam Budaya Melayu:

1. Tak Nak Tukar Cara Simpan Duit Warisan

Situasi:
Keluarga simpan duit dalam bentuk tunai sejak dulu, walaupun nilainya makin susut.

Loss Aversion:
Takut berubah kepada bentuk lain seperti emas, hartanah atau pelaburan ASB sebab rasa "nanti rugi". Mereka lebih rela ‘hilang perlahan-lahan’ daripada ambil risiko untuk dapat lebih. Ketakutan menebal hingga bebal.

2. Takut Jual Tanah Pusaka

Situasi:
Ada tanah pusaka tidak diusahakan, tapi tak mahu jual walaupun tiada hasil. "Itu jer lah kenangan dengan arwah opah yang ada" walaupun masing masih susah kedana!.

Loss Aversion:
Takut rasa bersalah atau "kehilangan warisan", walaupun ada peluang guna wang jualan itu untuk buat pelaburan atau bantu keluarga dan tingkat taraf hidup lebih baik.

3. Berniaga Kecil-Kecilan Tapi Tak Mahu Kembangkan

Situasi:
Seorang peniaga jual kuih dari rumah dan ada permintaan tinggi.

Loss Aversion:
Takut ambil risiko sewa kedai atau tambah pekerja sebab risau kalau tak balik modal. Jadi dia kekal pada tahap yang sama walaupun potensi untung besar.

Begitulah yang sering berlaku. Tidak salah, tetapi tidak baik secara kewangan untuk berkembang.

Dapat sesuatu?

Silalah komeng.

Azizul Azli Ahmad