Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
SIJIL PATUH SHARIAH PUBLIC GOLD

Pertanyaan tentang sijil patuh shariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat shariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, sijil patuh shariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fee ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan shariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh shariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

PS. Setiap penasihat shariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat shariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.

Syukor Hashim

#publicgold #patuhshariah #investment #goldsavings #emaspublicgold #dinar #emasfizikal #AkaunEmasGAP #goldbars
Nombor ni nampak macam sikit kan? Tapi nilainya hari ini bersamaan RM12k+๐Ÿคฉ

Beli emas bukan bermaksud kita habiskan duit. Tapi kita sedang bina kekayaan untuk masa depan.

Emas adalah aset. Tak mampu lagi beli rumah atau tanah yang mendatangkan hasil (duit sewa dll), pilih la emas untuk dijadikan aset.

Ada duit lebihan, terus simpan dalam akaun GAP.

Ada RM100, simpan RM100.
Ada RM1000, simpan RM1000.
Ada RM10000, simpan RM10000.

Letak target, berapa gram nak capai sebelum Januari 2026. ๐Ÿ˜Ž

Kalau harini ada 1gram dalam akaun gap. Adakah januari 2026, kita masih ada 1 gram?

Jangan pernah rasa rugi โ€œbeliโ€ emas 999.9. Kalau tak โ€œbeliโ€ kita sebenarnya jauh lebih rugi.๐Ÿ˜‡.

Inilah cara terbaik untuk kayakan diri sendiri sebelum kita kayakan orang lain.
Pesan Mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie,

โ€œOrang berilmu tak tunggu harga emas turunโ€ฆ sebab mereka tahu, masa terbaik simpan emas ialah setiap kali ada duit lebih.โ€

Harga emas naik?
Alhamdulillah โ€” bermakna simpanan makin bernilai.
Harga emas turun?
Syukur juga โ€” masa terbaik tambah gram pada harga lebih murah.

Orang yang bijak tak kejar harga emas.
Mereka fokus pada disiplin menabung, sebab yang penting bukan bila kita mulaโ€ฆ
tapi berapa konsisten kita simpan.

Bayangkan kalau anda simpan 1 gram sebulan sejak 5 tahun lepasโ€ฆ
Hari ni, anda dah ada lebih 60 gram emas.
Tak kisah berapa harga semasa, yang penting anda ada aset fizikal sebenar yang kalis inflasi, boleh diwariskan dan sangat mudah dicairkan.

Jangan biar naik turun harga jadi alasan untuk berhenti.
Emas bukan untuk dispekulasi.
Emas untuk perlindungan jangka panjang.

Tanya diri sendiri,
adakah anda menabung untuk hargaโ€ฆ
atau menabung untuk masa depan?

Dapat sesuatu?

Jom mula bertindak!
SIMPAN: Mudah disebut, sukar diamalkan.

1. Tak rugi simpan sikit-sikit.
Yang rugi, apabila langsung tak mula walau sikit.

2. Ramai sangka gaji kecil punca tak boleh menyimpan.
Padahal gaya hidup besar itulah puncanya.

3. Dulu rasa tak penting menyimpan,
Sekarang rasa rugi sebab tak mula dari dulu.

4. Menyimpan itu bukan soal mampu atau tidak,
Tapi soal mahu atau terus tunggu sampai terdesak.

5. Kita selalu fikir simpan nanti bila lebih,
Tapi hakikatnya, bila tak simpan โ€“ yang lebih pun akan lesap.

6. Gaji besar tak menjamin tenang,
Yang menyimpan walau sikit-sikit, lebih senang bila datang ujian.

7. Esok bila susah, kita akan harap ada simpanan.
Tapi malangnya, simpanan tak datang bila kita cuma berharap.

8. Ramai nak kaya dengan cepat,
Tapi lupa, konsisten menyimpan pun sebenarnya jalan ke sana.

9. Hidup tak selamanya cerah,
Simpan waktu senang supaya tak terkapai bila datang gelap.

10. Apabila duit ada, kita rasa kuat.
Apabila duit tak ada, baru tahu betapa lemahnya kita tanpa persediaan.
โ€œSaya tunggu harga emas turun duluโ€ฆโ€

Itu ayat biasa yang saya dengar.

Tapi saya nak cerita sikit pasal seorang kawan ni โ€” kita panggil dia Amin.

Masa tahun 2020, harga emas tengah naik.
Amin cakap, โ€œTakpe, aku tunggu harga turun, baru beli.โ€

Tahun berganti tahunโ€ฆ harga emas tak turun macam yang dia harapkan.
Sebaliknya, makin naik.

Dalam tempoh yang sama, ada seorang lagi โ€” Farah.
Farah tak tunggu. Dia mula simpan sikit-sikit.
Tak banyak pun โ€” RM100, RM200 sebulan.

Lepas 3 tahun, siapa ada simpanan emas?
Farah.

Siapa masih tunggu harga turun?
Amin.

Moralnya?

Orang berilmu tak tunggu masa sesuai. Mereka cipta masa yang sesuai.

Mereka faham โ€”
Emas bukan untuk โ€œtunggu murahโ€, tapi untuk lindungi nilai duit.

Kalau awak masih tungguโ€ฆ mungkin dah tiba masa untuk mula.

Norleila Salleh
๐ŸŽŠ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ท๐‘ฎ ๐‘ช๐‘ถ๐‘ซ๐‘ฌ ๐‘ท๐‘ฎ๐Ÿ๐Ÿ•๐Ÿ“๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ–

Public Gold terus mencipta sejarah apabila jumlah pelanggan berdaftar kini telah melepasi ๐Ÿ.๐Ÿ•๐Ÿ“ ๐‰๐”๐“๐€ di seluruh Malaysia! โ€” Bukti nyata bahawa lebih ramai rakyat Malaysia memilih jalan simpanan emas yang bijak dan selamat bersama Public Gold ๐Ÿ’›โœจ

Dan yang lebih ๐Œ๐„๐๐€๐Š๐‰๐”๐๐Š๐€๐ โ€” dari 1.7 juta ke 1.75 juta pelanggan hanya mengambil masa ๐Ÿ๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ sahaja! Satu pencapaian yang sungguh ๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐ˆ๐€๐’๐€! ๐Ÿš€๐Ÿ‘

๐“ฃ๐“ช๐“ฑ๐“ท๐“ฒ๐“ช๐“ฑ kepada pemilik ๐๐† ๐‚๐จ๐๐ž ๐๐†๐Ÿ๐Ÿ•๐Ÿ“๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ: ๐‘ต๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘ณ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ต๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐’๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฌ

Introducer ๐‘จ๐’๐‘ฐ๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฎ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ๐ŸŽ turut menerima hadiah Gold Bar 1gram (Au 999.9) setiap seorang ๐ŸŽ‰โœจ

Sertai gelombang simpanan emas sekarang! Dari sekecil 1 gram, anda mampu memulakan perjalanan menuju kebebasan kewangan yang lebih terjamin.

๐Ÿ“ข Kini, misi diteruskan ke ๐๐† ๐‚๐จ๐๐ž ๐Ÿ,๐Ÿ–๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ! Siapakah pula yang akan diraikan selepas ini? Mungkin anda pelanggan bertuah kami yang seterusnya!
Harga menjunam gais!
RM507
Turun RM26/gm berbanding harga emas tertinggi 2 hari lepas RM533

๐Ÿ”ฅ Beli 1gm jimat RM26
๐Ÿ”ฅ Beli 10gm jimat RM260
๐Ÿ”ฅ Beli 100gm jimat RM2600
๐Ÿ”ฅ Beli 1000gm jimat RM26,000

Ambil peluang borong emas ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Gaji pon dah masuk kan ๐Ÿ˜Š

Tahniah gold saver bimbingan saya tambah aset pada harga diskaun hari ini ๐Ÿ˜˜
Kick off Gold Fiesta!

Harga jatuh below RM500

Ini kalilah gais!!

Cepat lock emas EPP
Public Gold GAP
RM 100 = 0.1996 gram
RM 501 = 1.0000 gram

Harga GAP ๐Ÿ”ฝ RM 6

Terendah: RM 409 (1 Jan 2025)
Tertinggi: RM 533 (22 Apr 2025)

Dikemaskini: 26 Apr 2025
๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ Price Alert ๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ

Harga emas tengah TURUN sebanyak RM4 daripada RM507 kepada RM503 sekarang.

Masa terbaik untuk beli goldbar/dinar secara outright purchase atau EPP.
Dalam simpanan emas, ada satu prinsip penting yang Mentor Emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie selalu pesan :

๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ ๐ซ๐š๐ฆ, ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง ๐ง๐š๐ข๐ค ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š.

Kenapa?

Sebab harga emas memang sentiasa berubah-ubah setiap hari.
Kalau kita sibuk tengok harga, kita akan sentiasa serba salah โ€” bila harga naik, menyesal tak beli banyak; bila harga turun, takut nak tambah simpanan.

Tapi bila kita fokus kepada menambah gram demi gram, kita sebenarnya sedang membina kekayaan dalam diam.
Satu gram hari ini, satu gram esok โ€” tanpa sedar, kita sedang membina sebuah tabung emas yang kukuh untuk masa depan.

๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’ƒ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐’๐’‚๐’Š๐’Œ, ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’ƒ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐’•๐’–๐’“๐’–๐’,
๐‘ป๐’†๐’•๐’‚๐’‘๐’Š ๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐’Š๐’•๐’– ๐’Œ๐’†๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’…๐’Š ๐’Ž๐’Š๐’๐’Š๐’Œ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚.
๐’Œ๐’†๐’Œ๐’–๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐’”๐’†๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‘๐’†๐’๐’š๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’ ๐’†๐’Ž๐’‚๐’”.

Jadi, teruskan menyimpan.
Tambah gram sedikit demi sedikit.

Satu hari nanti, penyimpan emas yang konsisten inilah yang akan tersenyum paling lebar! ๐Ÿคฒ๐Ÿป
Selalu saya perhati.

Ramai penyimpan emas, tak sedar mereka ada simpanan duit banyak.

Saya pun sama juga sebenarnya.

Bila duit dah bertukar pada bentuk emas.
Kadang-kadang selalu rasa cemas.

"Eh, macam tak ada duit ni?"

Walaupun sebenarnya sudah ada 100gram emas atau 1 kilogram emas.

Dan kalau perlukan duit tunai, kita boleh saja jual emas tu pada bila-bila masa atau pajak ja di Ar-Rahnu dan dapat tunai segera.

Feel 'tak ada duit' sebegini sebenarnya bagus.

Sebab memaksa kita ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja.

Jadi, duit simpanan kita lebih bertahan lama.
Dan menutup nafsu berbelanja pada perkara yang bukan benar-benar keperluan.

Dah faham kan? Jangan lupa tambah simpanan emas untuk bulan ni ๐Ÿ˜
Emas Benteng Terakhir Kekayaan Jika Berlaku Peperangan

Benteng terakhir, Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis Kim Thanh ni.

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju.

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Nilai duit bukan pada kertasnya, walaupun begitu, jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza. Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Disebabkan kekuatan inilah, kenapa pakar sarankan setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan kita.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR kekayaan setiap kita.