Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Sekeping gold bar 100 gram ini cukup untuk tunaikan haji. Walaupun untuk lagi 20 tahun akan datang. In shaa Allah.

Kalau saya jual hari ni, saya akan dapat tunai sekitar RM41.7k

Alhamdulillah kira cukuplah untuk tunaikan haji secara muassasah bersama Tabung Haji.

Bila dapat panggilan haji je, kena settlekan full bayaran dalam masa 2 minggu.
Kalau ada duit ngam-ngam RM33,300 pun belum tentu mampu tunaikan haji. Itu duit bayaran haji sahaja. Belum kira kos lain yang bukan sedikit. 

Duit medical check up, vaksin, persiapan kelengkapan, tak kurang RM1k seorang. 
Duit nak tinggalkan kepada ahli waris dan duit bayar dam pun kena siapkan sekali. 

Jadi itulah sebab kenapa kena ada lebih kurang RM40k barulah ‘mampu’. Kalau tak ada sebanyak tu dan mengharapkan subsidi, itu belum mampu.

Begitulah.
BASIC STRATEGI

Bagi siapa yang nak mula simpan emas sebagai forgotten saving, antara cara berkesan ialah mulakan dulu dengan 1gram 1bulan. Disiplinkan yang tu dulu.

Simpan sikit-sikit tapi berterusan adalah lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Sebab, perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya.

Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang, insyaAllah. Walaupun cuma satu gram sebulan, nanti sedar2 setahun dah ada 12 gram.

Apa yang kita boleh buat, dapat je gaji beli dulu emas 1 gram. Anggaplah itu sebagai simpanan untuk dilupakan. Selebihnya boleh simpan dalam instrumen kewangan lain kalau nak.

Boleh ye semua. 😁

Klik sini untuk mulakan simpanan emas;

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula

Munirah Marzuki
PG00540198
Dealer Aktif Public Gold
Simpan, korek semula, simpan korek semula. Itulah saya dulu sebelum kenal simpanan emas.

Alhamdulillah bila dah kenal simpanan emas, kewangan bertambah baik.

Bila dah bermula, baru saya faham.

Sebenarnya, tak perlu pun fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas. Mula sahaja walaupun 1 gram atau ikut bajet yang ada.

Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1️⃣. Duit sentiasa habis kena belanja
2️⃣. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3️⃣. Simpanan tak tahan lama

Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1️⃣. Duit kita tak mudah bocor
2️⃣. Nilai emas semakin meningkat
3️⃣. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas. Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

#tipsemas
Jom berkenalan dgn 100gm 🥰

Comparison harga 100gm gold bar:
2010 - RM13,500
2022 - RM26,765
2025 - RM44,500

Peningkatan harga tempoh 3 tahun = RM17,735(66%)

Bagi mereka yang tak mampu beli full payment, cara termudah beli 100gm gold bar adalah melalui kaedah epp 10 bulan.

Lock harga emas hari ini untuk 10 bulan akan datang. Bayar ikut jadual. Inilah force savings yang kita letakkan ke atas diri sendiri demi membina simpanan masa depan.

Kalau kita boleh paksa diri bayar kereta mewah setiap bulan, sudah pasti kita boleh juga paksa diri bina aset emas untuk simpanan diri dan keluarga.

Jom kita sama-sama target #1kg1keluarga

Boleh tak boleh?
🥰🥰
'JANGAN BESAR PASAK DARIPADA TIANG'

Pepatah ini bermaksud perbelanjaan atau pengeluaran tidak boleh melebihi pendapatan atau kemampuan.

📌Pengurusan Kewangan Yang Bijak

Ia mengingatkan kita untuk sentiasa hidup dalam kemampuan dan mengelakkan pembaziran.

📌Elakkan Hutang

Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, seseorang terpaksa berhutang. Pepatah ini memberi amaran agar mengelakkan hutang yang tidak perlu, yang boleh membawa kepada masalah kewangan yang lebih besar.

📌Perancangan Masa Depan

Dengan mengamalkan pepatah ini, kita dapat merancang masa depan dengan lebih baik. Kita dapat menabung untuk keperluan mendesak atau impian jangka panjang.

📌Kehidupan Sederhana:

Ia mengingatkan kita untuk tidak terpengaruh dengan gaya hidup mewah yang melebihi kemampuan kita.

"Jangan besar pasak daripada tiang" adalah peringatan yang berharga tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bertanggungjawab. Dengan mengamalkan prinsip ini, kita dapat mencapai kestabilan kewangan dan mengelakkan masalah kewangan di masa hadapan.

#PG1M
Tanah, walaupun luasnya sama, kalau lokasi sahaja berbeza, nilainya tidak sama.

Belum lagi dikira tanah mana yang lebih subur atau tidak.

Emas, 1000gram emas.
Nilainya sama dengan 1000gram emas. Tak kisah beli waktu bila.

Untuk yang nak jadikan emas sebagai harta yang mudah diwariskan kepada anak-anak, kalau nak dibandingkan tanah yang tidak diusahakan (tanah kosong) dan emas...

Emas lebih baik.

Boleh bagi sama rata, sama adil. NIlainya tetap sama.

Dan yang paling penting, emas ni jauh lebih mudah untuk dijual kalau nak dibandingkan dengan tanah.

Bermula di sini:
https://publicgold.me/MunirahMarzuki/akaun-gap
BEZA DARI SEGI NILAI RM

Tahun 2002 : 1 gram emas RM40.00
Tahun 2008 : 1 gram emas RM80.00
Tahun 2017 : 1 gram emas RM186.00

Tahun 2024 :1 gram emas RM 354
Tahun 2025 : 1 gram emas RM466

Emas masih kekal 1 gram tetapi yang terpaksa ditambah untuk dapatkan 1 gram emas ialah kepingan wang.

Sekarang cuba bayangkan sekiranya anda menyimpan emas ketika tahun 2002 dengan 1 kilogram emas ( 1000 gram ) dimana harga yang anda beli ketika itu kira-kira RM 40,000

Sekarang jika anda masih ada 1 kilogram emas tersebut, ianya bernilai kira-kira RM190,000 +/- (2017) tapi sekarang dah tahun 2025 nilai 1 kilo dah menjangkau RM458K (wow sangat)

Waaaahhh mungkin anda rasa untung simpan emas, tetapi saya akan gunakan terma "selamat nilai duit" bila simpan emas.

Kita rasa untung sebab kita nampak duit jadi banyak sebab dulu beli harga murah jer.

Memang benar dari mata kasar kita nampak ianya untung tetapi dari aspek yang sebenar anda dah kunci nilai duit dalam bentuk emas.

Inilah cerita emas 2002-2017, jika rasa anda tak perlu ada emas untuk hedging nilai duit, jangan risau, skrip ni akan diulang semula pada 10 tahun akan datang dan ketika itu anda akan kata "emas masa tahun 2017 dulu murahnya.."

Tak sampai 10 tahun, tapi 8 tahun skrip yang sama kak Ina ulang balik tapi di tahun 2025 ni sudah pastinya kita kata "emas ada tahun 2017 dulu sangat murah" kan.

Bagi mereka yang masih belum bermula, jom kita mulakan langkah pertama dengan hanya RM100 sahaja dulu. Lepas tu konsisten menyimpan,

Kredit: Kak Ina Public Gold
Bismillah ﷺ ﷴ

Semalam (18/3/25) harga emas telah melepasi 3000/oz dan berjaya tutup di paras 3030/oz. Boleh dikatakan ini adalah level yg agak strong utk harga emas terus memacu keatas. ada beberapa faktor yg menyumbang kepada kenaikkan harga emas ni.

1. Ketegangan di middle east - Bintang daud telah melakukan serangan udara terhadap tembikai yang menyebabkan lebih 400 orang kehilangan nyawa. dalam masa sama, uncle sam telah menyerang yemen dan menyebabkan orang awam kehilangan nyawa. yeman pun berkerasa akan membalas serangan yg dibuat dengan menyasarkan kapal2 yg melalui perairannya. Situasi ni dah membuatkan ketegangan geopolitik kembali tegang dan para pelabur mula mendapatkan emas sebagai save heaven mereka.

2. Kerisauan terhadap policy ekonomi USA -Ssemenjak trump masuk rumah putih, pelbagai tariff yg dikenakan oleh beliau. benda ni telah menimbulkan ketidakpastian dalam pasaran. ini menyebankan banyak saham jatuh. sebagai langkah jangka masa pendek, org rush kepada emas utk selamatkan kekayaan mereka.

Ramai speculator cakap ini adalah strategi trump untuk memperlahankan ekonomi supaya inflasi dapat diturunkan dan The Fed boleh menunrunkan kadar faedah mereka. dengan keyakinan terhadap kegawatan ekonomi bakal berlaku tinggi, ini membantu utk harga emas terus naik

3. Federal reserve meeting - The Fed dikatakan telah meeting selama 2 hari utk menentukan hala tuju dasar monitory negara dengan ketidakpastian yg berlaku skrg. mungkin The Fed hanya akan mengekalkan kadar faedah mereka pada bulan ni.

4. USD melemah - disebabkan usd melemah dek kerana uncertainty skrg ni, menjadikan USD melemah dan ini membuatkan kos utk mendapatkan emas dalam usd juga menjadi murah. jadi permintaan terhadap emas pun meningkat dan menaikkan harga logam mulia ni.

5. Permintaan dari bank pusat - walaupun harga naik, tapi disebabkan USD melemah, permintaan bank bank pusat pun masih meningkat utk menyelamatkan reserve mereka. kene faham yg bank2 seluruh dunia banyak simpan USD, bila usd melemah, mereka akan menukar usd mereka kepada emas.

Jadi, jgn mengharapkan harga emas nak turun dalam masa terdekat ni. boleh jadi tahun 2025 ni harga emas akan mencari 3200-3300/oz atau mungkin lebih. tapi korang jgn FOMO pula, jgn dok sibuk beli emas sampai tak ada makanan atas meja.

Lagi 1, time2 harga emas tinggi mencanak ni, hati2 dengan scam2 yg ada dkt luar sana. Jgn dengar manis2 untung kebulan sampai otak korang cicir tak boleh berfikir. INGAT! xda emas xjadi masalah pun dalam hidup ni. tapi kene tipu dek kerana emas, pedih dkt hati tuh susah nak hilang. okey??

Dapat tak tu?